Wednesday, September 1, 2010

Gembira

Salam 1 ukhwah kepada semua pembaca2 setia blog ini. Sudah lama membiarkan blog ini bersawang dan berhabuk kerana masalah nak sign in google ni xblh plak. Maaf la

Kali ni nak berkongsi cerita gembira kerana dapat berhubung semula dgn kawan yang telah empat tahun tidak mendengar khabar dan berita nya setelah beliau melanjutkan pelajaran nya di bumi anbiya' yaman.

Selepas berbuka puasa ngan keluarga tadi terdetik di hati ini nak menghubungi rumah nya sementara menunggu waktu isyak baik la aku call rumah dia dulu,itu la yang terdetik di hati ni. Apabila menghubungi rumah nya ada seorang wanita yang mengangkatnya mungkin adik nya kot macam ni la lebih kurang perbualan kitorg " Hello,Assalamualaikum,ni rumah jazim ke??"
jawabnya " ye,kenapa boleh saya bantu??"
"boleh saya dapat kan no jazim di yaman??"
jawabnya " jap ye"
sy pun menunggu dalam lima minit la.
jawabnya " no jazim yaman xdela."
dalam hati ni rasa kecewa sangat,pas2 dia sambung percakapannya.
" no abg dia ade la"
saya tnya " abg dia dok mne??"
jawabnya "abg dia baru je balik malaysia"
saya jawab " boleh la"
pas2 dia terus bagi kat saya no 2.xboleh la tulis kat sini.hehe
Selepas dapat saje no 2 saya terus call dan yang bercakap itu abg dia yang sama pergi yaman ngan adik dia. Saya rasa gembira yang xterhingga terus sujud syukur. Alhamdulillah.

No comments: