Thursday, September 10, 2009

Airmata seorang Nabi... kerana umat tercinta.

Airmata seorang Nabi... kerana umat tercinta.

Hayatilah duhai teman....

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak di kenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri,tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian di panggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"
Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu.Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii,ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini,mampukah kita mencintai baginda sebagaimana tulusnya cinta baginda kepada kita?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.

Selagi upaya, kuturuti ajarannya
Apa terdaya, ku amalkan sunnahnya
Rinduku padanya tiada terkira...

IBU, kenapa menangis?

IBU, kenapa menangis?

Ibu, kenapa menangis? tanya seorang anak kepada ibunya. Ketika itu si ibu sedang menyuap makanan ke mulut si anak. Kerana ibu seorang wanita, jawab si ibu sambil mengesat air matanya. Apa maksud ibu? si anak bertanya lagi.

Ibunya cuma tersenyum sedang air mata masih merembas, membasahi pipi. Dipeluk anaknya erat-erat, lalu berkata: Anakku, kau memang tak kan faham.. Kemudian anak itu bertanya pula kepada ayahnya: Ayah, kenapa ibu mudah menangis?

Semua wanita memang mudah menangis, hanya itu jawapan yang mampu diberikan. Masa berlalu, si anak membesar dan menjadi lelaki dewasa, namun dia masih lagi tertanya-tanya, mengapa wanita mudah menangis? Sampai waktunya si ibu dipanggil pulang ke rahmatullah. Kerinduan yang amat sangat menyebabkan si anak terbawa-bawa rasa rindunya itu ke dalam mimpi. Di dalam mimpi itu, si ibu memimpin tangan si anak sambil berkata: Anakku; Allah telah ciptakan wanita sangat istimewa. Dijadikan-Nya bahu wanita itu cukup kuat agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya.

Namun ia juga cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang nyenyak. Allah berikan wanita kekuatan untuk melahir dan mengeluarkan bayi daripada rahimnya walaupun kerap kali ia menerima cercaan daripada si anak. Keperkasaan itu juga membuatkan wanita tetap bertahan, pantang menyerah walaupun ketika orang lain sudah berputus asa. Kepada wanita jugalah Allah berikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, sakit dan lelah tanpa berkeluh-kesah. Ingatlah anakku, dalam hati setiap wanita itu, Allah telah tetapkan perasaan kasih sayang dan peka untuk mencintai semua anaknya tanpa mengira keadaan atau paras rupa. Walaupun acap kali anak-anak melukai perasaan dan hatinya. Allah juga memberikan wanita suatu kekuatan luar biasa untuknya membimbing suami melalui saat-saat genting dan sukar serta menjadi pelindung walaupun sepatutnya dialah yang harus dilindungi.

Kemudian Allah berikan wanita kebijaksanaan, ketabahan serta kelembutan untuk menangkis segala keburukan suami. Walau sering kali ia akan menguji setiap kesetiaannya kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan menyayangi. Dan anakku, air mata adalah permata paling berharga yang Allah kurniakan kepada setiap wanita supaya dia boleh mencurahkan perasaan suka dan dukanya. Jika kamu fikir air mata adalah kelemahan wanita, ternyata kamu silap.

Air mata adalah kekuatan wanita, di situlah perasaannya berderai; duka,gembira, bahagia, sengsara malah cintanya terungkap melalui air mata.!
Air mata wanita adalah air mata kehidupan, tiba-tiba si anak terjaga. Barulah
dia sedar betapa teguh dan kuatnya seorang wanita..


"Hawa diciptakan daripada rusuk manusia Adam, bukan daripada kepalanya utk dijunjung atasnya, bukan juga daripada kakinya utk dijadikan alasnya,
MELAINKAN..
disisinya utk dijadikan teman hidupnya, dekat dilengannya utk dilindungi,
dan dekat dihati utk dicintai.."

Tuesday, September 8, 2009

1 Ogos Adalah Hari Anti ISA Dan Hari Protes

1 Ogos Adalah Hari Anti ISA Dan Hari Protes.
Asslamualaikum dan salam 1 ukhwah.



Hari ini saya telas menghadiri sesi pebicaraan 43 orang yang di tangkap pada 26Jan2008 di mahkamah tinggi jalan Duta. Saya tertari apabila membaca satu artikal yang ditulis didalam akhbar parti sosialis Malaysia yang berkaitan ISA. Artikel nye seperti yang berada di bawah.

49 tahun yang lalu, pada 1hb. Ogos 1960, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah digubal di Parlimen Malaya oleh Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC.

Akta zalim ini telah digunakan oleh semua Perdana Menteri Malaysia, dari Tengku Abdul Rahman sehingga Datuk Seri Najib Razak. Ia telah digunakan terhadap semua kaum dan agama di negara ini. Ia berjaya membenteras gerakan mahasiswa, gerakan pekerja dan gerakan reformasi. Ia berjaya memenjarakan pemimpin politik pelbagai aliran dan idelogi politik.

Ia adalah senjata yang paling berbisa dimiliki oleh Parti Perikatan dulu dan Barisan Nasional sekarang untuk menentang hak demokrasi dan kebebasan rakyat.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru segala ahli parti dan barisan fron parti untuk turun beramai-ramai untuk menuntut akta zalim ISA dibubarkan, Kem kamunting ditutup dan tahanan dibebaskan. Jadikan 1 Ogos, sebagai tarikh memprotes akta yang maha zalim ini.

Hak berhimpun secara aman adalah hak demokrasi rakyat Malaysia dan PSM menyeru pihak polis untuk menghormati hak ini dan tidak membuat sebarang tindakan untuk mencabul hak ini.

Cukup sudah kesengsaraan ISA! Marilah kita sama-sama menguburkan akta zalim ini.

JANGAN BENARKAN JAGUH PERKAUMAN MENANG ! UMNO BIADAP MASA SESI DIALOG

JANGAN BENARKAN JAGUH PERKAUMAN MENANG !
UMNO BIADAP MASA SESI DIALOG

Shah Alam, Sabtu 5hb.Sept,09


Kehadiran Umno Taman Seksyen 23 ke majlis dialog pada hari ini adalah untuk satu tujuan yang jelas, iaitu untuk membuat kecoh. Mereka telah memulakan rancangan mereka sejak sebelum majlis tersebut bermula.

Pada lebih kurang pukul 10 pukul pagi tiba-tiba beberapa orang Umno membuat bising dipintu depan Dewan banquet MBSA. Mereka memarahi anggota penguatkuasa MBSA kerana kononnya menghalang seorang penduduk cina dan isterinya masuk. Orang –orang tesebut memaki hamun penguatkuasa MBSA. Saya terpaksa mencelah meredakan keadaan. Saya memberitahunya bahawa kita tidak menghalang penghuni rumah membawa anak isteri mereka dan kita hanya hendak pastikan bahawa semua yang hadir untuk sesi dialog ini adalah penduduk Seksyen 23 sahaja. Setelah tiada isu lagi yang boleh dikecohkan lagi, kumpulan itu pun masuk ke dewan.

Sekali lagi kumpulan tersebut menjerit dan memaki apabila Menteri Besar Tan Sri Khalid, ADUN Khalid Samad , ADUN Rodziah dan delegasi Datuk Bandar masuk kedalam dewan. Pihak Penguatkuasa terpaksa mengawal keadaan. Kumpulan itu juga menyerang dan mengasari seorang pembantu wanita YB Khalid Samad apabila beliau tengah mengambil gambar. Wanita tersebut terpaksa dibawa ke bilik VIP untuk mengelakkan kumpulan itu dari terus mengejarnya.

Kesemua tindakan dan perbuatan biadap UMNO ini direkodkan sepenuhnya oleh lebih 20 wakil media akhbar , TV and penulis –penulis blog . Majlis yang reda seketika semasa bacaan doa, mula kecoh lagi semasa pembentangan Datuk Bandar Shah Alam Mazalan Md Noor. Kumpulan pengacau tersebut enggan mendengar penjelasan isu tersebut dan beberapa kali menjerit agar beliau hanya menyatakan samada pembinaan kuil akan diteruskan atau tidak.

Mereka ini merebut mikrofon walaupun sesi dialog belum bermula dan memaki hamun semua kepimpinan negeri yang berada didepan. Antara kata-kata yang telah dikeluarkan ialah “ MB Bodoh , “Khalid Samad sekongkol dengan kuil”,” Rodziah pelacur “, “Rodziah saya akan rogol you sekarang ! “ dan banyak kata –kata kesat lagi .

Ada juga beberapa yang telah mengangkat kasut dan kerusi untuk dibaling ke arah MB dan Ahli Parlimen dan ADUN. Penguatkuasa terpaksa membuat benteng dihadapan untuk menghalang kumpulan ini daripada menyerbu Khalid Samad dan MB . Beberapa kali timbul pergaduhan yang terpaksa diredakan keadaannya.

Wakil penduduk Hindu yang ingin bercakap juga di jerit dan dikacau oleh mereka. Pada suatu ketika orang UMNO ini menyerbu kedepan untuk menumbuk wakil penduduk Hindu ini daripada bercakap . Penguatkuasa terpaksa meleraikan mereka.

Dialog ini berakhir dengan saranan Menteri Besar bahawa, beliau ingin semua penduduk yang terlibat agar jangan membincangkan isu ini lagi. MB memberitahu bahawa Kerajaan Negeri akan mendengar pandangan jawatankuasa kuil sebelum membuat keputusan. Sehingga itu semua pihak tidak harus membangkitkan isu ini dan membiarkan Kerajaan Negeri meneliti untuk membuat keputusan muktamad.
RUANG DEMOKRASI DISALAHGUNAKAN !

Sesi dialog yang berupa ‘town hall meeting’ bersama penduduk hari ini disalahgunakan demi kepentingan politik UMNO. Kerajaan Negeri telah sudi mengadakan mesyuarat seumpama ini tetapi ianya pula memberikan platform untuk UMNO bersikap biadap. Segala tindakan memaki dan perbuatan biadap UMNO Seksyen 23 akan diperhatikan oleh seluruh rakyat Malaysia dan seluruh dunia nanti.
PIHAK POLIS BERSEKONGKOL !

Sekali lagi, sejak protes dan perarakan kepala lembu tersebut, pihak polis gagal menjaga keselamatan rakyat. Kegagalan pertama ialah apabila penghasut dan penganjur protes kepala lembu masih gagal ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang. Yang hadir pada sesi dialog hari ini juga adalah orang –orang yang sama . Oleh kerana mereka masih bebas, dan seolah-olah ‘di atas’ undang-undang, maka ianya mengakibatkan kejadian kecoh hari ini.

Polis bertanggungjawab untuk kekecohan dan pemakian dan hasutan yang berlaku dalam sesi dialog hari ini. Ini adalah kali yang kedua dan polis terus membiarkan penghasut berbuat demikian .

Bersekongkolan polis juga terbukti apabila pihak polis gagal hadir dalam sesi dialog ini .Pada mesyuarat persiapan pada hari Khamis yang lalu semua ahli Majlis dan Datuk Bandar telah meminta kehadiran pihak polis dalam sesi dialog ini demi mengawal keadaan. Tetapi malangnya seorang pun pihak polis beruniform tidak hadir. Saya diberitahu ada 2 atau 3orang SB sahaja yang hadir untuk menyaksikan kekecohan ini.
MAJORITI BELUM BERSUARA.

Jumlah penduduk Seksyen 23 yang sebenarnya ialah 323 rumah . Daripada jumlah ini 48 adalah keluarga India dan 28 adalah rumah orang Cina. Selebihnya ialah orang Melayu. Hujah bahawa kuil tidak boleh dibina dikawasan majoriti Melayu tidak rational. Ini adalah kerana dalam semua projek pembangunan PKNS, adalah disyaratkan bahawa lebih 60% pembelinya haruslah orang Melayu . Maka secara pratiknya tidak akan wujud kawasan majority bukan Melayu di kawasan Tengah Shah Alam, iaitu Seksyen 1-24. Adakah ini bermaksud kaum lain akan dianiyayai dan ditindas hak mereka untuk beribadat ?

Justeru itu, hujah majoriti Melayu tidak sepatutnya wujud. Pemindahan kuil ke Seksyen 23 bukan sahaja untuk 48 keluarga yang menduduki Seksyen 23 tetapi juga kepada 2000 lebih penduduk India di kawasan Seksyen 19, 20 , 21 dan 23 keseluruhannya.

Tetapi yang hadir pada sesi dialog pada hari ini ialah sekumpulan penduduk ahli UMNO dan pro BN seramai lebih kurang 40 orang. Mereka telah hadir bersama naik bas, dengan tujuan utama untuk menimbulkan kekecohan .

Malangnya suara majoriti orang Melayu Seksyen 23 belum kedengaran lagi. ‘Silent majority’ ini sebenarnya tidak membantah pembinaan kuil kerana ianya langsung tidak menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan mereka. Isu perkauman hanya dipermainkan oleh segolongan yang beragenda politik.
CABARAN KEPADA KERAJAAN NEGERI PR

Kini cabaran besar yang terletak pada Kerajaan Negeri untuk membuat keputusan yang wajar. Adakah sesi dialog yang kecoh hari ini dengan bantahan dan laungan biadap beberapa penduduk memberikan suatu gambaran hasrat sebenar penduduk Seksyen 23?

Selain daripada kata-kata kesat dan memaki hamun kepimpinan negeri , adakah mereka ini mempertengahkan hujah –hujah rasional kenapa kuil Hindu tidak boleh dibina ditapak tersebut di Seksyen 23 ? Kalau tiada hujah rasional, apakah yang perlu dipertimbangkan ?

Jika Kerajaan Negeri ingin menawarkan suatu tapak alternative selain dari Seksyen 23, demi mengambil kira bantahan penduduk hari ini, pada pandangan saya ianya akan merupakan kekalahan politik bagi PR .

Jelas bantahan tersebut adalah agenda politik UMNO , maka jika kuil tidak dibina di Seksyen 23 sepertimana yang dicadangkan maka ianya akan bererti bahawa Kerajaan PR walaupun berkuasa di Selangor telah mengalah kepada samseng UMNO . Adakah PR sedia menerima hakikat ini ?

PSM merasakan bahawa rakyat perlu bersuara. Hasrat rakyat pelbagai kaum untuk hidup harmoni harus diketengahkan . Sikap hasutan perkauman dan perangai biadap mereka harus dikecam sekeras-kerasnya. Rakyat Selangor telah bersuara secara jelas memilih Pakatan Rakyat untuk memerintah Selangor . Polisi dan tindakan UMNO Barisan Nasional yang memperjuangkan ketuanan Melayu dan mempermainkan perkauman telah pun ditolak oleh rakyat Selangor pada 8hb .Mac, 2008 yang lalu .

Justeru, rakyat perlu bangkit membantah dan melindungi hak demokrasi dan hak samarata semua rakyat. Tugas kuasa rakyat amat diperlukan pada ketika ini . Rakyat berbilang kaum harus digembeling untuk menyuarakan bantahan terhadap politik perkauman ini . Ini bukan sahaja isu diantara penduduk Melayu Muslim dan hak penduduk Hindu tetapi ia juga akan memberikan tamparan hebat kepada penganut Kristian , Buddist, Taosim dan Sikh. Hak beribadat adalah samarata dan harus dihormati. Jika hak penduduk Hindu Seksyen 23 dirampas, itu juga akan bermaksud, penganut agama Kristian , Buddist , Taoist , Sikh dan lain akan mengalami juga nasib yang sama.

Hapuskan perkauman, hapuskan politk keji UMNO Barisan Nasional, bangkitkan kuasa rakyat benteras perkauman.

Sunday, September 6, 2009

TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERAN ATAKUTKAN ALLAH

TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)


Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W" Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T. Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

ANSARULLAH

ANSARULLAH
Antara karakter Ansarullah yang layak memikul tugas membela agama Allah ialah :

Memanfaatkan potensi diri untuk agama Allah .

Sesiapa yang menggunakan penanya untuk menegakkan kalimah Allah maka dia adalah pembela Allah . Sesiapa yang menghulurkan hartanya untuk membela kebajikan kaum muslimin maka dialah Mujahid Allah .Sesiapa yang menggunakan tenaga dan fikirannya mendidik generasi Islam, jika dia mati pada jalan itu, maka dia bergelar Syahid fi Sabilillah. Sesiapa yang menunjukkan kebaikan, dia mendapat pahala sama dengan pahala orang yang mengerjakannya tanpa mengurangi pahala orang itu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa melihat kemungkaran maka ubahlah ia dengan tangannya, apabila dia tidak sanggup ubahlah dengan lidahnya, apabila ia tidak sanggup maka ubahlah dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Hadis riwayat Muslim)

Membela sesuatu fahaman tidaklah semudah yang kita bayangkan, jika kita tiada keyakinan mengenai fahaman itu dan tiada kecintaan kepadanya maka tidak akan tergerak hati kita untuk membelanya.Seperti orang yang aktif menggerakkan suatu perniagaan, untuk mendapat kejayaan, dia mesti faham selok-beloknya, mengkaji dengan penelitian tepat dan berani mencuba kerana yakin akan mendapat keuntungan berlipat ganda.Begitu pula halnya dengan orang yang berniaga pada jalan Allah . Dia mesti mengikut proses perjalanan dakwah dengan ilmu dan kepakaran, tenaga dan usaha, harta dan jiwanya untuk memenangi agama Allah .

Seperti firman Allah Taala yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah Taala sudah membeli daripada orang mukmin, diri dan harta mereka dengan nilaian syurga.” (Surah Al-Taubah, ayat 111)

Dan firman-Nya lagi yang bermaksud: “Dan apa saja kebaikan yang kamu usahakan bagi diri kamu, sudah tentu kamu akan mendapat pahalanya di sisi Allah .” (Surah Al-Baqarah, ayat 110)

Menjadikan Allah , Rasul dan orang mukmin sebagai penolong.

Ciri pembela agama Allah termaktub dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah dan Rasul-Nya serta orang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat seraya tunduk kepada Allah , dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya dan orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pendokong Allah itulah yang pasti menang.”

Seorang pembela agama menyerahkan hatinya untuk Allah , Rasul dan orang beriman. Dia tidak disibukkan dengan urusan remeh-temeh yang boleh menghabiskan masa dan tenaga. Hari-harinya diisi perbuatan bermanfaat untuk umat. Kekuatan seorang pembela agama terletak pada kuatnya ibadat kepada Allah yang disebutkan dalam ayat ini, sembahyang dan zakat.Sembahyang membekalkan tenaga rohani yang boleh melonjakkan daya kekuatan jasmani, mencerahkan pemikiran dan mententeramkan perasaan. Semua itu sememangnya diperlukan seorang yang sentiasa dicabar di atas jalan dakwah.Sementara zakat pula mendidik jiwa untuk merelakan harta, sesuatu yang paling disayangi untuk membuktikan kebenaran imannya. Kedua-dua ibadat itu tidak akan sempurna tanpa persekitaran yang baik, iaitu sokongan orang mukmin yang membentuk jemaah umat Islam.

Tidak berdukacita dengan tribulasi dakwah.

Hanya orang yang sabar menahan sakit boleh menang dalam setiap pertempuran. Bukan atas sebab siapa lebih kuat dan perkasa. Sesungguhnya jalan dakwah adalah jalan sengsara dan seksaan yang pedih. Di sana hadir penentang dan musuh yang akan memerangi syiar agama Allah . Mengapa Allah tentukan jalan sukar dilalui Rasulullah SAW untuk mendapat kemenangan? Mengapa tidak langsung diberikan kemenangan itu dengan cepat dan mudah?Ketentuan itu berlaku atas hikmah supaya pembela agama Allah diuji siapa yang paling baik amalannya dan jalan dakwah itu juga adalah suatu proses mematangkan iman seseorang. Supaya Allah mengetahui siapakah yang benar imannya dan siapakah berdusta.Sudah ramai yang terkorban di jalan Allah , ada juga menyerah kalah dan meninggalkan jalan-Nya ataupun terseleweng dengan matlamat lain untuk kepentingan diri sendiri. Siapakah pembela yang istiqamah?

Al-Quran menjanjikan kemanisan bagi kita yang teguh dalam perjuangan. Firman Allah Taala yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang menyatakan: Tuhan kami ialah Allah dan kemudian meneguhkan pendirian mereka maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: Janganlah kamu berasa takut dan janganlah kamu berasa sedih dan bergembiralah dengan memperoleh syurga yang dijanjikan Allah kepada kamu.” (Surah Fussilat, ayat 30)

Tuesday, September 1, 2009

Apakah kita sudah MERDEKA??????

Apakah kita sudah MERDEKA??????

"Assalamua'alikum wbt dan salam 1 ukhwah,
Syukur kehadrat Ilahi, kerana kita dikurniakan IMAN dan ISLAM yang merupakan ni'mat dan rahmat yang amat berharga dan tiada tandinganya.

Firman Allah swt Surah Al-Baqarah: 21-22 bermaksud:"Wahai manusia, abdikanlah dirimu kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan mencipta orang-orang yang terdahulu sebelum kamu supaya kamu bertaqwa. Dialah juga yang telah mencipta untuk kamu bumi menjadi hamparan, dan langit sebagai binaan dan dia menurunkan daripada langit air hujan, maka dia mengeluarkan dengannya daripada buah-buahan yang menjadi rezeki kepada kamu. Maka janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah pada hal kamu mengetahui."

Berdasar firman Allah tersebut, dapatlah kita fahami bahawa apabila seluruh alam termasuk manusia hanya mengabdikan diri kepada Allah membuktikan itu adalah tanda diri kita sudah merdeka. Hal ini kerana, mereka tidak terikat daripada sebarang bentuk penghambaan.

Muslimin dan muslimat sekalian.
Erti merdeka yang sebenar ialah kemerdekaan yang bukan sahaja kemerdekaan jasmani sahaja tetapi rohani turut dimerdekakan. Ini bererti iman dan seluruh sistem di dalam tanah air itu hendaklah dimerdekakan. Ini bererti memerdekakan sebarang ketundukkan kepada yang lain daripada Allah s.w.t.

Ketegasan dan pendirian Islam jelas tergambar daripada kata-kata Rubie B, Amir ketika menemui Rustam pemimpin Rom:

"Allah mengutus kami untuk mengeluarkan sesiapa yang mahu, daripada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman pelbagai agama kepada keadilan Islam dan daripada dunia yang sempit kepada keluasa dunia dan akhirat."

Itulah kemerdekaan yang sebenar, bukan sekadar kemerdekaan untuk beberapa tahun dan beberapa abad. Kemerdekaan yang mempunyai wawasan dari dunia sehingga akhirat yang kekal abadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati.

Kita melihat dunia barat yang memperjuangkan kemerdekaan, kebebasan dan hak asasi manusia dengan menggelarkan sistem mereka sebagai demokrasi. Sedangkan demokrasi yang menjadi sistem mereka itu telah dipimpin oleh mereka yang berjiwa kezaliman dan mereka sendiri yang merobek demokrasi itu sendiri.

Kita perlu bermuhasabah, walaupun kita telah merdeka daripada penjajahan Inggeris, tetapi dalam masa yang sama adakah pemikiran kita sudah merdeka dari pemikiran yang negatif yang ditinggalkan oleh Inggeris?

Akhirnya, marilah kita memahami hakikat kemerdekaan yang sebenar.

Wallhu A'lam.

SEDIKIT NASIHAT MENGENAI CARA-CARA MENDIDIK KAUM WANITA

SEDIKIT NASIHAT MENGENAI CARA-CARA MENDIDIK KAUM WANITA

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR. JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah suisnya.

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU. HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN. PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan. Kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja - negarawan, karyawan, jutawan dan 'wan-wan' yang lain.

Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkannya. LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita. JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI SEPERTI SAYYIDATINA FATIMAH RA, KALAU PERIBADI BELUM
LAGI SEPERTI SAYYIDINA ALI RA...

PERBALAHAN MALAIKAT RAHMAT DAN MALAIKAT AZAB

PERBALAHAN MALAIKAT RAHMAT DAN MALAIKAT AZAB

Pada zaman dulu, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Dia ingin menjumpai pendita untuk meminta fatwa supaya dia dapat bertaubat dari dosanya. Sebaik saja berjumpa, dia pun menerangkan bahawa dia telah membunuh 99 orang dan bertanya sama ada dia masih ada peluang untuk bertaubat. Pendita dengan tegas mengatakan dia tidak boleh bertaubat kerana dosanya terlalu banyak. Lelaki itu mejadi marah dan terus membunuh pendita itu, menjadikannya mangsa yang ke-100.

Dia masih ingin untuk bertaubat dan terus mencari kalau-kalau ada ulama yang boleh membantunya. Akhirnya dia berjumpa dengan seorang ulama. Dia menceritakan bahawa dia telah membunuh 100 orang dan bertanya sama ada Allah masih menerima taubatnya. Ulama itu menerangkan dia masih ada harapan untuk bertaubat.

Seterusnya dia menyuruh lelaki itu pergi ke sebuah negeri di mana terdapat sekumpulan abid (orang beribadat). Apabila sampai di sana nanti, ulama itu Menyuruhnya tinggal di sana dan beribadat bersama mereka. Ulama itu melarangnya pulang ke negeri asalnya yang penuh dengan maksiat. Lelaki itu mengucapkan terima kasih lalu terus menghala ke negeri yang diterangkan oleh ulama tadi. Sebaik saja sampai separuh perjalanan, dia jatuh sakit lalu meninggal dunia.

Ketika itu t’jadilah p’balahan antara dua malaikat, iaitu Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Malaikat Rahmat ingin mengambil roh lelaki itu krn pd pendapatnya dia adlh org baik lantaran azamnya utk bertaubat sementara Malaikat Azab mengatakan dia mati dlm su'ul-khatimah krn dia telah membunuh 100 org dan masih blm membuat sebarang kebajikan. Mrk saling berebutan dan tidak dpt memutuskan keadaan lelaki itu.

Allah kemudian menghantar seorg malaikat lain berupa manusia utk mengadili perbalahan mrk berdua. Dia menyuruh malaikat itu mengukur jarak tempat kejadian itu dgn kedua-dua tempat; adakah tempat kejadian itu lebih dekat dgn tempat kebajikan yg hendak dituju atau lebih dekat dgn tempat dia mula b’tolak. Sekiranya jaraknya lebih dekat dgn tempat kebajikan, dia kepunyaan Malaikat Rahmat. Setelah diukur, didpti jarak ke negeri kebajikan melebihi kadar sejengkal saja. Lalu roh lelaki itu terus diambil oleh Malaikat Rahmat. Lelaki itu akhirnya m’dpt pengampunan Allah.

MORAL & IKTIBAR

1 Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani
2 Orang yang berbuat dosa hendaklah diiringi dengan penyesalan dan taubat.
3 Jangan merasa putus asa dari rahmat Allah meskipun telah melakukan dosa yang sangat banyak kerana rahmat Allah sangat luas dan lebih besar daripada dosa besar yang kita lakukan.
4 Menjalankan amar makruf dan nahi mungkar hendaklah dgn hikmah dan bijaksana.
5 Fatwa yg salah dan tidak b’landaskan hukum sebnr hanya menyusahkan diri sendiri
6 Pelepasan dari azab diperolehi hanya dengan berlebihnya timbangan kebajikan meskipun dengar kadar yang sedikit.
7 Orang yang hendak bertaubat mesti buktikan penyesalan dengan tindak-ikut yang sewajarnya.
8 Orang yang bertaubat dengan sungguh-sungguh penyesalan dan berikrar tidak mengulangi kejahatannya akan diterima oleh Allah taubatnya.
8 Mrk yg diterima oleh Allah akn taubatnya seolah-olah tidak m’punyai sebarang dosa.
10 Mereka yang sempat bertaubat 'nasuha' sebelum roh sampai ke khalqum dimasukkan ke dalam syurga