Saturday, December 19, 2009

Ketika Cinta Bertasbih.


Salam buat semua di arena siber...

Sudah tiga minggu lebih blog ini tidak diupdate dengan sebarang entry baru. Belumlah dipenuhi sawang tetapi debu-debu sudah mula kelihatan. Maklumlah diri aku sedikit kesibukan dengan beberapa urusan. Banyak program yang akan diadakan dalam masa terdekat tapi entahlah aku mempunyai kesempatan waktu atau tidak,memandangkan tarikh program yang saling bertembung dengan tarikh pengajian.

Ketika berangkat ke Terengganu baru-baru ini,banjir melanda lagi. Beberapa kawasan yang sudah surut,dinaiki air semula. Sepanjang perjalanan aku berkesempatan untuk menyaksikan beberapa buah kampung yang digenangi air hujan yang turun tanpa henti. Ada sebuah banglo dua tingkat,seluruh bahagian bawahnya ditenggelami air sehingga pasukan bomba terpaksa datang membawa bersamanya bot penyelamat. Aku tidak mahu bercerita panjang berkenaan banjir ini kerana semua sudah sedia maklum mengenainya. Media-media massa pun sudah banyak melaporkan.Lagi,mereka yang tinggal di kawasan yang dilanda banjir ini sudah tentu lebih mengetahui dan mengalaminya sendiri.

"Ketika Cinta Bertasbih" ,sahaja aku letakkan sebagai tajuk posting aku kali ini. Untung-untung siapa yang menaip tajuk itu di enjin search google,akan ada yang tersesat masuk ke dalam blog aku ini. Mungkin ramai sudah mengetahui mengenai filem ini yang diangkat ke layar perak dengan diadaptasikan dari novel islamik karangan Habiburrahman El-Sherizy yang juga merupakan penulis kepada novel Ayat-Ayat Cinta . Filem yang menjalani pengembaraan sekitar Mesir ini,pada pandangan peribadiku sampai mesejnya walau tidak sama dengan membaca novelnya sendiri. Padaku,bila membaca penghayatannya lebih. Tidak tahulah mereka yang lain bagaimana.

Merenung tajuk dan menonton filem ini,aku rasa mesejnya mudah.Cinta itu bukan sekadar meminta tetapi juga memberi. Bukan sekadar cinta berlainan jenis yang disuratkan dengan ikatan perkahwinan,tetapi cinta kekeluargaan,persahabatan juga cintakan agama. Peri pentingnya,cinta itu semuanya kerana Allah.

Lirik ini adalah lagu yang menjadi OST Ketika Cinta Bertasbih,nyanyian Melly Goslow ft Amee. Mari kita hayati bersama mungkin akan sampai maksud apa yang ingin disampaikan oleh Habiburrahman El-Sherizy melalui novel beliau atau filem ini sendiri.

(LAGU TEMA CERITA KETIKA CINTA BERTASBIH)
"Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta"

Jadi kepada siapa yang belum menonton filem ini,maka aku syorkanlah supaya menontonnya. Cuma jangan bengang bila sampai di penghujungnya,tertulis to be continued. Maklumlah novel itu sendiri ada 2 jilid,jadi mestilah ada sambungannya.

InsyaAllah beberapa minggu lagi aku akan menghadapi peperiksaan semestar. Entahlah jika selepas ini ada kesempatan waktu atau tidak untuk diupdate blogku. Selalu bila namanya pelajar,kesempatan menulis blog sedikit terbatas. Lebih disibukkan untuk menyiapkan assignment dan apa yang tidak siap sebelum tarikh peperiksaan. Tapi jika ada kelapangan,blog ini memang tidak akan ku biarkan bersawang atau berdebu. Biar segala perkongsian bisa berjalan.

Cukuplah sekadar pada coretan ini,moga akan bertemu lagi.

Wassalam.

10 CARA MEMBINA MOTIVASI DIRI

10 CARA MEMBINA MOTIVASI DIRI

TIBA-TIBA anda terasa tidak bermaya sekali. Hidup umpama tidak bererti. Nyata anda telah kehilangan motivasi diri. Apa yang harus anda lakukan?

Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan sekaligus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, “Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh kesah”.

Berikut adalah langkah-langkah 10 cara membina motivasi diri yang disarankan oleh Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj, yang saya petik dari bukunya yang bertajuk “Membina Jati Diri Cemerlang”.

1 PERBAIKI IMEJ ANDA
Cuba lakukan sedikit perubahan. Kalau selama ini anda tidak kisah dengan baju atau seluar yang tidak bergosok, cuba kali ini gosoknya dengan licin dan pelbagaikan warnanya. Ubah gaya anda berjalan, sesuai dengan penampilan baru anda. Tapi, janganlah berjalan dengan penuh sombong di bumi Allah ini.

Jika anda wanita, cuba tukar imej kusam kepada kemas. Jangan terlalu pendiam tetapi jangan pula terlalu membuat bising. Jagalah batas anda sebagai seorang muslimah. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika ada orang meminta pandangan ataupun pendapat anda.

2 LAKUKAN SENAMAN RINGAN
Tubuh yang lemah, lembik dan lembam boleh dipulihkan dengan melakukan sedikit senaman ringan untuk menggerakkan tubuh. Tidak perlu melakukan senaman-senaman yang berat kerana ia hanya akan menyebabkan tubuh anda letih, dan menjejaskan tumpuan anda belajar. Keletihan hanya akan menyebabkan anda kembali tidak bermaya. Malah mengikut kajian, bukan semua orang sesuai melakukan senaman berat. Sesetengah orang, atas sebab-sebab kesihatan dan fizikal semulajadinya lebih digalakkan supaya tidak bersenam dengan berat.

Senamkan juga minda anda dengan membaca atau mencuba sesuatu yang berhalangan. Cara terbaik membuat senaman minda adalah dengan membaca, merenung, mempersepsi dan juga membuat ta’akulan.

3 SENYUM
Senyuman boleh mengubah segala-galanya. Dalam mood yang tidak baik, memang agak sukar hendak melakukan ini, tapi ingat jika anda senyum pulangannya serupa. Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik. Jika anda memasamkan muka, orang lain juga akan memasamkan muka mereka terhadap anda.

Sifir kehidupan ini mudah, anda berbuat baik kepada orang lain anda akan dibalas dengan kebaikan yang sama atau mungkin dengan yang lebih baik. Jika anda berbuat jahat kepada orang lain anda akan mendapat balasan yang serupa atau yang lebih teruk. Dosa dibalas dengan neraka, kebaikan akan dibalas dengan Syurga. Bukankah itu suatu keadilan?

4 BERFIKIRAN POSITIF
Berfikiran positif akan membuatkan perkara yang sukar akan bertukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas.

Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah ia menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH. Fikiran postif yang diiring dengan tindakan yang positif selalunya akan membuahkan kejayaan dan kecemerlangan.

5 DAPATKAN TIDUR YANG MENCUKUPI
Kita memang memerlukan tidur yang berkualiti untuk mendapatkan kesegaran tubuh yang betul. Kalau telur ayam pun boleh digredkan mengikut kualitinya, demikianlah pula dengan manusia. Tidur-tidur ayam adalah tidur yang tidak berkualiti dan menyebabkan minda terdera serta tidak mendapat kerehatan yang secukupnya.
Rasa runsing, marah-marah mahupun tidak semangat adalah antara natijah daripada keletihan akibat tidak cukup tidur ataupun tidur yang tidak berkualiti.

6 LUAHKAN PADA SESEORANG
Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda tidak berasa stabil, bahkan dalam semua keadaan pun anda memerlukan seorang sahabat. Sahabat adalah seseorang yang amat memahami anda dan sedia menjadi sahabat biar dalam kesusahan apatah lagi dalam kesenangan.

Maka pilihlah sahabat yang baik, berbudi dan beriman kerana ciri-ciri yang ada pada dirinya itu adalah cermin keperibadian anda juga.

7 CURAHKAN DI ATAS KERTAS
Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar atau hanyutkan ke sungai. Macam mana? Terasa lega?

8 BERSEDIA UNTUK BERUBAH
Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Bulatkan hati, kuatkan tekad dan oraklah langkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Tanpa berkalau-kalau lagi. Lakukan dengan perubahan sepenuh hati dan lihatlah hasilnya nanti.

9 CARI KEGEMARAN BARU
Setiap kegemaran kita akan ada hayatnya. Umpamanya kita sebagai manusia, suatu hari nanti pasti kita akan mati. Begitu juga dengan kegemaran, sampai masanya pasti anda akan berasa jemu. Tidak salah untuk mencari kegemaran baru untuk mendapatkan lebih motivasi untuk mencorak kejayaan. Umpamanya jika dulu hobi anda adalah menulis, apa salahnya anda cuba meneroka suatu yang baru seperti melukis.

10 BERTEGASLAH
Bertegaslah dengan diri sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan, anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya. Apabila anda mengatakan pada diri sendiri untuk kembali ceria, bertegaslah untuk terus berkata begitu biarpun kadangkala kepahitan perkara lama masih terpahat di hati, walaupun perasaan anda dibuai-buai untuk mengatakan anda sedang bad mood sekarang.

Bertegas pada diri bukan ertinya anda tidak boleh memanjakan diri sendiri. Sekali-sekala layanlah diri anda sendiri sebagaimana anda melayan tetamu yang datang ke rumah. Juga anda boleh beri hadiah pada diri sendiri. Itu pun salah satu daripada cara menghargai diri.

Jika anda sendiri tidak selesa untuk menghormati diri anda, apakah wajar anda mengharap demikian daripada orang lain? Nah, sekarang bukankah masanya untuk bertiindak sesuatu.
Itulah antara saranan-saranan untuk memotivasikan diri. Jika anda bermasalah sekalipun cubalah untuk mengatasinya. Setiap penyakit ada ubatnya. Sama jugalah dengan masalah. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Tempat yang sebaik-baik untuk kita mengadu adalah kepada Allah SWT. Dialah yang mencipta kita. Dialah yang tahu segala kelebihan dan kekurangan pada kita. Dialah yang paling hampir dengan kita waktu susah dan senang. Mohonlah padaNya, mohonlah Taufik dan Hidayah dariNya, mohonlah kekuatan dariNya.

Monday, November 23, 2009

TGNA Tersenarai Top 50 Muslim Paling Terpengaruh Di Dunia.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku "The 500 Most Influential Muslims In The World" tahun 2009.

Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

"500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia" sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai katagori muslim radikal.

Nama tokoh Islam dari Malaysia yang tersenarai ialah Mursyidul Am PAS, TG Nik Abd Aziz Nik Mat yang menduduki tangga ke 42 dari keseluruhan 500 Muslim Yang Berpengaruh.

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 "Honourable Mention" di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia. Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam "Honorable Mention".

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Dato Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.

Dua orang pemimpin SIS yang kerap menimbulkan kontroversi dan pendokong Islam liberal di kalangan feminis, Sharifah Aljeffri dan Zaynah Anwar juga disenaraikan.

Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

Bukan Kejadian Di Sini, Ini Di Tempat Lain.. Harap Maklum!

Bukan Kejadian Di Sini, Ini Di Tempat Lain.. Harap Maklum!

Saya mahu bercakap soal orang yang bercakap bohong. Saya benci apabila dibohongi, apatah lagi jika bohong itu merupakan bohong yang terkantoi dan cuba ditegakkan juga benang yang basah, lebih malang lagi ada juga terpedaya dengan cara pembohongannya.

Itu tidak mengapa kerana yang mempercayainya bukan saya, tapi yang lebih sadis adalah jika orang yang tidak bersalah juga turut dikaitkan, bahkan kantoi pembohongan yang kedua ini lebih besar dari kantoi pembohongan yang pertama dan lebih parah lagi, selepas kantoi pembohongan yang kedua ini, masih ada lagi orang-orang yang kurang daya untuk berfikir secara waras mempercayai kaki bohong yang kantoi. Aduh, apa nak jadi dunia sekarang ini pun aku tak tahu. Kata Nabi, "Orang beriman tak masuk lubang biawak (dibohongi) dua kali"

Bahaya Si Mulut Manis

Dunia ini, ramai yang bermulut manis tetapi berperangai masam, busuk dan teruk. Kita boleh lihat gelagat mereka di sekeliling kita, saya juga berpeluang ditemukan Allah dengan mereka yang bermulut manis ini, cakap semasa di depan kita, dialah yang terbaik dan sentiasa mahukan yang terbaik, tapi hakikatnya tidak begitu. Oleh sebab kita manusia, maka secara automatik akan ada juga terselit sifat2 begitu.

Orang yang mulut manis dan pijak semut tak mati ini, jika perutnya jahat dan busuk, maka tipudaya yang dibawanya juga lebih hebat celakanya dari orang yang bermulut jahat. Anda mahu bukti? Saya tidak dapat memberi anda bukti dengan bukti dari saya tapi pasti jika anda panjang umur, anda akan bertemu dengan spesis-spesis manusia dan salah satunya jenis bermulut manis.

Lidah Biawak

Pada asalnya, kasihan juga apabila biawak yang tidak bersalah dijadikan bidalan kepada orang yang suka putar belit, tapi setelah fikir-fikir kembali ianya sekadar simbolik, maka saya gunakan juga. Simboliknya terletak pada perkataan 'bercabang'. Bercabang maksudnya dua arah. Apabila berbual dengan yang ini, versi cerita jadi begitu, tapi bila berbual dengan yang itu, versinya jadi lain pula.

Jika soal remeh, mungkin tidak membawa kesan, tapi cuba bayangkan jika ianya melibatkan diri dan maruah seseorang. Sudah tentu tindakan itu boleh mendatangkan kesan yang teruk dan dahsyat. Maruah amat-amat dijaga oleh Islam, ianya sepenting nyawa dan agama. Buat apa bernyawa tetapi tidak bermaruah dan apa guna beragama jika tiada maruah. Contoh boleh reka sendiri.

Fitnah Yang Bangkit

Bila cerita mula jadi hebat, mustahillah jika ianya tidak meniti di bibir mulut orang ramai. Fitnah pun timbul, sana fitnah sini, sini fitnah sana. Masing-masing nak mempertahankan hujah masing. Ada yang kukuh dan ada yang dangkal. Makin hari, fitnah membaham makin ramai orang yang tidak bersalah.

Asalnya seorang, lalu dikait-kaitkan dengan orang sekian-sekian, si polan-si polan makin hari makin besar, hinggalah mulut yang berbohong dan menabur fitnah ini sudah bosan berbohong atau diberi hidayat atau mulutnya sudah tersimpul kerana kesan pembohongannya kian jelas.

Jangan jadi Umno

UMNO adalah parti yang ditubuhkan atas dasar kebangsaan dan penubuhannya itu selaras dengan kehendak penjajah yang mahu meninggalkan bumi Malaysia ini kepada pengganti yang dipercayai dapat mengekalkan dasar-dasar British.

Dasar perjuangan peringkat awalnya dulu begitu murni dan tulus. Makin dewasa UMNO, makin kuat penyakit-penyakit yang biasanya hinggap pada parti-parti yang tidak menjaga kesihatan. Rasuah, salah guna kuasa, pilih bulu, sayang kroni, projek mega dan sebagainya mula menjadi barah.

Setelah melihat sakit yang melanda UMNO itu teruk, ada juga pihak yang mahu membawa virus itu ke dalam institusi mereka. Ada juga yang mahu menipu, ada juga yang mahu kroni naik walaupun kadang-kadang kroni itu tidak tahupun usaha untuk menaikkan beliau dilakukan. Layak ke, tak layak ke kroni kita itu, tak kiralah, yang penting sikap jujur yang ada pada ilmu yang kita pelajari setiap hari hampir tidak digunakan.

Lebih malang lagi, jika sandiwara kotor kita ini menyebabkan kroni yang tidak bersalah dan tidak tahu menahupun turut tercalit tahi, maka itu adalah tindakan yang jahat dan kotor dalam sejarah pengkronian. Hey brader, matlamat tak menghalalkan cara, al-ghaayah la tubarrizul waseelah, omputeh ambo tak reti.

Akhir sekali, ingatlah pepatah dari orang-orang lama, sepandai-pandai tupai menipu, akhirnya tersungkur juga pada kebenaran.

P/s :
- Kejadian ini tidak berlaku di Malaysia, ianya berlaku jauh dihujung kampung di Uganda.
- Baca artikel ini dan cuba kaitkan ditempat anda, jika ada spesis-spesis ini, maka artikel ini dituju khas buat anda dan jika tiada, jadikan artikel ini sebagai amaran kepada spesis belit yang berkeliaran di mana saja.
- Terima kasih kepada yang mencetus idea ini.
- Kepada yang memimpin, jangan tak boleh ditegur langsung. Teguran tu membawa kepada kecemerlangan, bukannya nak tikam belakang. Lagipun, saya ni tak suka tikam, lambat mati, tembak je terus, takpun langgar je. hehe.
Kepada yang berbohong, rentikanlee.. Takde pekdah apepun.
P/s : Artikel ini diambil dari blog www.benkareem.blogspot.com

Lama Kesunyian.

Asslamualaikum salam 1ukhwah,sudah sekian lama blog ni senyap sunyi tanpa berita @ artikel atas sebab-sebab yang tertentu. Salah satu sebab nya adalah study,banyak lagi sebab kalau nak disenaraikan.

Monday, October 5, 2009

Start Sem Baru KUDQI


Assalamualaikum dan salam 1ukhwah,sudah sekian lama blog ini senyap sunyi tanpa artikel yang baru-baru atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakan tetapi kini blog yang serba kekurangan ini kembali menceriakan pembaca setia blog ini. Tidak terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430h Minal Aidil Wal Faizin kepada semua pembaca setia dan umat islam di seluruh pelusuk dunia. Kini saya telah memulakan sem baru di kudqi dan selepas ini payah la sket nak update blog disebabkan kesibukan di kudqi. Mintak maaf zahir&batin atas segala kesilapan.

Thursday, September 10, 2009

Airmata seorang Nabi... kerana umat tercinta.

Airmata seorang Nabi... kerana umat tercinta.

Hayatilah duhai teman....

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak di kenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri,tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian di panggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"
Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu.Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii,ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini,mampukah kita mencintai baginda sebagaimana tulusnya cinta baginda kepada kita?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.

Selagi upaya, kuturuti ajarannya
Apa terdaya, ku amalkan sunnahnya
Rinduku padanya tiada terkira...

IBU, kenapa menangis?

IBU, kenapa menangis?

Ibu, kenapa menangis? tanya seorang anak kepada ibunya. Ketika itu si ibu sedang menyuap makanan ke mulut si anak. Kerana ibu seorang wanita, jawab si ibu sambil mengesat air matanya. Apa maksud ibu? si anak bertanya lagi.

Ibunya cuma tersenyum sedang air mata masih merembas, membasahi pipi. Dipeluk anaknya erat-erat, lalu berkata: Anakku, kau memang tak kan faham.. Kemudian anak itu bertanya pula kepada ayahnya: Ayah, kenapa ibu mudah menangis?

Semua wanita memang mudah menangis, hanya itu jawapan yang mampu diberikan. Masa berlalu, si anak membesar dan menjadi lelaki dewasa, namun dia masih lagi tertanya-tanya, mengapa wanita mudah menangis? Sampai waktunya si ibu dipanggil pulang ke rahmatullah. Kerinduan yang amat sangat menyebabkan si anak terbawa-bawa rasa rindunya itu ke dalam mimpi. Di dalam mimpi itu, si ibu memimpin tangan si anak sambil berkata: Anakku; Allah telah ciptakan wanita sangat istimewa. Dijadikan-Nya bahu wanita itu cukup kuat agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya.

Namun ia juga cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang nyenyak. Allah berikan wanita kekuatan untuk melahir dan mengeluarkan bayi daripada rahimnya walaupun kerap kali ia menerima cercaan daripada si anak. Keperkasaan itu juga membuatkan wanita tetap bertahan, pantang menyerah walaupun ketika orang lain sudah berputus asa. Kepada wanita jugalah Allah berikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, sakit dan lelah tanpa berkeluh-kesah. Ingatlah anakku, dalam hati setiap wanita itu, Allah telah tetapkan perasaan kasih sayang dan peka untuk mencintai semua anaknya tanpa mengira keadaan atau paras rupa. Walaupun acap kali anak-anak melukai perasaan dan hatinya. Allah juga memberikan wanita suatu kekuatan luar biasa untuknya membimbing suami melalui saat-saat genting dan sukar serta menjadi pelindung walaupun sepatutnya dialah yang harus dilindungi.

Kemudian Allah berikan wanita kebijaksanaan, ketabahan serta kelembutan untuk menangkis segala keburukan suami. Walau sering kali ia akan menguji setiap kesetiaannya kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan menyayangi. Dan anakku, air mata adalah permata paling berharga yang Allah kurniakan kepada setiap wanita supaya dia boleh mencurahkan perasaan suka dan dukanya. Jika kamu fikir air mata adalah kelemahan wanita, ternyata kamu silap.

Air mata adalah kekuatan wanita, di situlah perasaannya berderai; duka,gembira, bahagia, sengsara malah cintanya terungkap melalui air mata.!
Air mata wanita adalah air mata kehidupan, tiba-tiba si anak terjaga. Barulah
dia sedar betapa teguh dan kuatnya seorang wanita..


"Hawa diciptakan daripada rusuk manusia Adam, bukan daripada kepalanya utk dijunjung atasnya, bukan juga daripada kakinya utk dijadikan alasnya,
MELAINKAN..
disisinya utk dijadikan teman hidupnya, dekat dilengannya utk dilindungi,
dan dekat dihati utk dicintai.."

Tuesday, September 8, 2009

1 Ogos Adalah Hari Anti ISA Dan Hari Protes

1 Ogos Adalah Hari Anti ISA Dan Hari Protes.
Asslamualaikum dan salam 1 ukhwah.



Hari ini saya telas menghadiri sesi pebicaraan 43 orang yang di tangkap pada 26Jan2008 di mahkamah tinggi jalan Duta. Saya tertari apabila membaca satu artikal yang ditulis didalam akhbar parti sosialis Malaysia yang berkaitan ISA. Artikel nye seperti yang berada di bawah.

49 tahun yang lalu, pada 1hb. Ogos 1960, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah digubal di Parlimen Malaya oleh Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC.

Akta zalim ini telah digunakan oleh semua Perdana Menteri Malaysia, dari Tengku Abdul Rahman sehingga Datuk Seri Najib Razak. Ia telah digunakan terhadap semua kaum dan agama di negara ini. Ia berjaya membenteras gerakan mahasiswa, gerakan pekerja dan gerakan reformasi. Ia berjaya memenjarakan pemimpin politik pelbagai aliran dan idelogi politik.

Ia adalah senjata yang paling berbisa dimiliki oleh Parti Perikatan dulu dan Barisan Nasional sekarang untuk menentang hak demokrasi dan kebebasan rakyat.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru segala ahli parti dan barisan fron parti untuk turun beramai-ramai untuk menuntut akta zalim ISA dibubarkan, Kem kamunting ditutup dan tahanan dibebaskan. Jadikan 1 Ogos, sebagai tarikh memprotes akta yang maha zalim ini.

Hak berhimpun secara aman adalah hak demokrasi rakyat Malaysia dan PSM menyeru pihak polis untuk menghormati hak ini dan tidak membuat sebarang tindakan untuk mencabul hak ini.

Cukup sudah kesengsaraan ISA! Marilah kita sama-sama menguburkan akta zalim ini.

JANGAN BENARKAN JAGUH PERKAUMAN MENANG ! UMNO BIADAP MASA SESI DIALOG

JANGAN BENARKAN JAGUH PERKAUMAN MENANG !
UMNO BIADAP MASA SESI DIALOG

Shah Alam, Sabtu 5hb.Sept,09


Kehadiran Umno Taman Seksyen 23 ke majlis dialog pada hari ini adalah untuk satu tujuan yang jelas, iaitu untuk membuat kecoh. Mereka telah memulakan rancangan mereka sejak sebelum majlis tersebut bermula.

Pada lebih kurang pukul 10 pukul pagi tiba-tiba beberapa orang Umno membuat bising dipintu depan Dewan banquet MBSA. Mereka memarahi anggota penguatkuasa MBSA kerana kononnya menghalang seorang penduduk cina dan isterinya masuk. Orang –orang tesebut memaki hamun penguatkuasa MBSA. Saya terpaksa mencelah meredakan keadaan. Saya memberitahunya bahawa kita tidak menghalang penghuni rumah membawa anak isteri mereka dan kita hanya hendak pastikan bahawa semua yang hadir untuk sesi dialog ini adalah penduduk Seksyen 23 sahaja. Setelah tiada isu lagi yang boleh dikecohkan lagi, kumpulan itu pun masuk ke dewan.

Sekali lagi kumpulan tersebut menjerit dan memaki apabila Menteri Besar Tan Sri Khalid, ADUN Khalid Samad , ADUN Rodziah dan delegasi Datuk Bandar masuk kedalam dewan. Pihak Penguatkuasa terpaksa mengawal keadaan. Kumpulan itu juga menyerang dan mengasari seorang pembantu wanita YB Khalid Samad apabila beliau tengah mengambil gambar. Wanita tersebut terpaksa dibawa ke bilik VIP untuk mengelakkan kumpulan itu dari terus mengejarnya.

Kesemua tindakan dan perbuatan biadap UMNO ini direkodkan sepenuhnya oleh lebih 20 wakil media akhbar , TV and penulis –penulis blog . Majlis yang reda seketika semasa bacaan doa, mula kecoh lagi semasa pembentangan Datuk Bandar Shah Alam Mazalan Md Noor. Kumpulan pengacau tersebut enggan mendengar penjelasan isu tersebut dan beberapa kali menjerit agar beliau hanya menyatakan samada pembinaan kuil akan diteruskan atau tidak.

Mereka ini merebut mikrofon walaupun sesi dialog belum bermula dan memaki hamun semua kepimpinan negeri yang berada didepan. Antara kata-kata yang telah dikeluarkan ialah “ MB Bodoh , “Khalid Samad sekongkol dengan kuil”,” Rodziah pelacur “, “Rodziah saya akan rogol you sekarang ! “ dan banyak kata –kata kesat lagi .

Ada juga beberapa yang telah mengangkat kasut dan kerusi untuk dibaling ke arah MB dan Ahli Parlimen dan ADUN. Penguatkuasa terpaksa membuat benteng dihadapan untuk menghalang kumpulan ini daripada menyerbu Khalid Samad dan MB . Beberapa kali timbul pergaduhan yang terpaksa diredakan keadaannya.

Wakil penduduk Hindu yang ingin bercakap juga di jerit dan dikacau oleh mereka. Pada suatu ketika orang UMNO ini menyerbu kedepan untuk menumbuk wakil penduduk Hindu ini daripada bercakap . Penguatkuasa terpaksa meleraikan mereka.

Dialog ini berakhir dengan saranan Menteri Besar bahawa, beliau ingin semua penduduk yang terlibat agar jangan membincangkan isu ini lagi. MB memberitahu bahawa Kerajaan Negeri akan mendengar pandangan jawatankuasa kuil sebelum membuat keputusan. Sehingga itu semua pihak tidak harus membangkitkan isu ini dan membiarkan Kerajaan Negeri meneliti untuk membuat keputusan muktamad.
RUANG DEMOKRASI DISALAHGUNAKAN !

Sesi dialog yang berupa ‘town hall meeting’ bersama penduduk hari ini disalahgunakan demi kepentingan politik UMNO. Kerajaan Negeri telah sudi mengadakan mesyuarat seumpama ini tetapi ianya pula memberikan platform untuk UMNO bersikap biadap. Segala tindakan memaki dan perbuatan biadap UMNO Seksyen 23 akan diperhatikan oleh seluruh rakyat Malaysia dan seluruh dunia nanti.
PIHAK POLIS BERSEKONGKOL !

Sekali lagi, sejak protes dan perarakan kepala lembu tersebut, pihak polis gagal menjaga keselamatan rakyat. Kegagalan pertama ialah apabila penghasut dan penganjur protes kepala lembu masih gagal ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang. Yang hadir pada sesi dialog hari ini juga adalah orang –orang yang sama . Oleh kerana mereka masih bebas, dan seolah-olah ‘di atas’ undang-undang, maka ianya mengakibatkan kejadian kecoh hari ini.

Polis bertanggungjawab untuk kekecohan dan pemakian dan hasutan yang berlaku dalam sesi dialog hari ini. Ini adalah kali yang kedua dan polis terus membiarkan penghasut berbuat demikian .

Bersekongkolan polis juga terbukti apabila pihak polis gagal hadir dalam sesi dialog ini .Pada mesyuarat persiapan pada hari Khamis yang lalu semua ahli Majlis dan Datuk Bandar telah meminta kehadiran pihak polis dalam sesi dialog ini demi mengawal keadaan. Tetapi malangnya seorang pun pihak polis beruniform tidak hadir. Saya diberitahu ada 2 atau 3orang SB sahaja yang hadir untuk menyaksikan kekecohan ini.
MAJORITI BELUM BERSUARA.

Jumlah penduduk Seksyen 23 yang sebenarnya ialah 323 rumah . Daripada jumlah ini 48 adalah keluarga India dan 28 adalah rumah orang Cina. Selebihnya ialah orang Melayu. Hujah bahawa kuil tidak boleh dibina dikawasan majoriti Melayu tidak rational. Ini adalah kerana dalam semua projek pembangunan PKNS, adalah disyaratkan bahawa lebih 60% pembelinya haruslah orang Melayu . Maka secara pratiknya tidak akan wujud kawasan majority bukan Melayu di kawasan Tengah Shah Alam, iaitu Seksyen 1-24. Adakah ini bermaksud kaum lain akan dianiyayai dan ditindas hak mereka untuk beribadat ?

Justeru itu, hujah majoriti Melayu tidak sepatutnya wujud. Pemindahan kuil ke Seksyen 23 bukan sahaja untuk 48 keluarga yang menduduki Seksyen 23 tetapi juga kepada 2000 lebih penduduk India di kawasan Seksyen 19, 20 , 21 dan 23 keseluruhannya.

Tetapi yang hadir pada sesi dialog pada hari ini ialah sekumpulan penduduk ahli UMNO dan pro BN seramai lebih kurang 40 orang. Mereka telah hadir bersama naik bas, dengan tujuan utama untuk menimbulkan kekecohan .

Malangnya suara majoriti orang Melayu Seksyen 23 belum kedengaran lagi. ‘Silent majority’ ini sebenarnya tidak membantah pembinaan kuil kerana ianya langsung tidak menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan mereka. Isu perkauman hanya dipermainkan oleh segolongan yang beragenda politik.
CABARAN KEPADA KERAJAAN NEGERI PR

Kini cabaran besar yang terletak pada Kerajaan Negeri untuk membuat keputusan yang wajar. Adakah sesi dialog yang kecoh hari ini dengan bantahan dan laungan biadap beberapa penduduk memberikan suatu gambaran hasrat sebenar penduduk Seksyen 23?

Selain daripada kata-kata kesat dan memaki hamun kepimpinan negeri , adakah mereka ini mempertengahkan hujah –hujah rasional kenapa kuil Hindu tidak boleh dibina ditapak tersebut di Seksyen 23 ? Kalau tiada hujah rasional, apakah yang perlu dipertimbangkan ?

Jika Kerajaan Negeri ingin menawarkan suatu tapak alternative selain dari Seksyen 23, demi mengambil kira bantahan penduduk hari ini, pada pandangan saya ianya akan merupakan kekalahan politik bagi PR .

Jelas bantahan tersebut adalah agenda politik UMNO , maka jika kuil tidak dibina di Seksyen 23 sepertimana yang dicadangkan maka ianya akan bererti bahawa Kerajaan PR walaupun berkuasa di Selangor telah mengalah kepada samseng UMNO . Adakah PR sedia menerima hakikat ini ?

PSM merasakan bahawa rakyat perlu bersuara. Hasrat rakyat pelbagai kaum untuk hidup harmoni harus diketengahkan . Sikap hasutan perkauman dan perangai biadap mereka harus dikecam sekeras-kerasnya. Rakyat Selangor telah bersuara secara jelas memilih Pakatan Rakyat untuk memerintah Selangor . Polisi dan tindakan UMNO Barisan Nasional yang memperjuangkan ketuanan Melayu dan mempermainkan perkauman telah pun ditolak oleh rakyat Selangor pada 8hb .Mac, 2008 yang lalu .

Justeru, rakyat perlu bangkit membantah dan melindungi hak demokrasi dan hak samarata semua rakyat. Tugas kuasa rakyat amat diperlukan pada ketika ini . Rakyat berbilang kaum harus digembeling untuk menyuarakan bantahan terhadap politik perkauman ini . Ini bukan sahaja isu diantara penduduk Melayu Muslim dan hak penduduk Hindu tetapi ia juga akan memberikan tamparan hebat kepada penganut Kristian , Buddist, Taosim dan Sikh. Hak beribadat adalah samarata dan harus dihormati. Jika hak penduduk Hindu Seksyen 23 dirampas, itu juga akan bermaksud, penganut agama Kristian , Buddist , Taoist , Sikh dan lain akan mengalami juga nasib yang sama.

Hapuskan perkauman, hapuskan politk keji UMNO Barisan Nasional, bangkitkan kuasa rakyat benteras perkauman.

Sunday, September 6, 2009

TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERAN ATAKUTKAN ALLAH

TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)


Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W" Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T. Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

ANSARULLAH

ANSARULLAH
Antara karakter Ansarullah yang layak memikul tugas membela agama Allah ialah :

Memanfaatkan potensi diri untuk agama Allah .

Sesiapa yang menggunakan penanya untuk menegakkan kalimah Allah maka dia adalah pembela Allah . Sesiapa yang menghulurkan hartanya untuk membela kebajikan kaum muslimin maka dialah Mujahid Allah .Sesiapa yang menggunakan tenaga dan fikirannya mendidik generasi Islam, jika dia mati pada jalan itu, maka dia bergelar Syahid fi Sabilillah. Sesiapa yang menunjukkan kebaikan, dia mendapat pahala sama dengan pahala orang yang mengerjakannya tanpa mengurangi pahala orang itu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa melihat kemungkaran maka ubahlah ia dengan tangannya, apabila dia tidak sanggup ubahlah dengan lidahnya, apabila ia tidak sanggup maka ubahlah dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Hadis riwayat Muslim)

Membela sesuatu fahaman tidaklah semudah yang kita bayangkan, jika kita tiada keyakinan mengenai fahaman itu dan tiada kecintaan kepadanya maka tidak akan tergerak hati kita untuk membelanya.Seperti orang yang aktif menggerakkan suatu perniagaan, untuk mendapat kejayaan, dia mesti faham selok-beloknya, mengkaji dengan penelitian tepat dan berani mencuba kerana yakin akan mendapat keuntungan berlipat ganda.Begitu pula halnya dengan orang yang berniaga pada jalan Allah . Dia mesti mengikut proses perjalanan dakwah dengan ilmu dan kepakaran, tenaga dan usaha, harta dan jiwanya untuk memenangi agama Allah .

Seperti firman Allah Taala yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah Taala sudah membeli daripada orang mukmin, diri dan harta mereka dengan nilaian syurga.” (Surah Al-Taubah, ayat 111)

Dan firman-Nya lagi yang bermaksud: “Dan apa saja kebaikan yang kamu usahakan bagi diri kamu, sudah tentu kamu akan mendapat pahalanya di sisi Allah .” (Surah Al-Baqarah, ayat 110)

Menjadikan Allah , Rasul dan orang mukmin sebagai penolong.

Ciri pembela agama Allah termaktub dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah dan Rasul-Nya serta orang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat seraya tunduk kepada Allah , dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya dan orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pendokong Allah itulah yang pasti menang.”

Seorang pembela agama menyerahkan hatinya untuk Allah , Rasul dan orang beriman. Dia tidak disibukkan dengan urusan remeh-temeh yang boleh menghabiskan masa dan tenaga. Hari-harinya diisi perbuatan bermanfaat untuk umat. Kekuatan seorang pembela agama terletak pada kuatnya ibadat kepada Allah yang disebutkan dalam ayat ini, sembahyang dan zakat.Sembahyang membekalkan tenaga rohani yang boleh melonjakkan daya kekuatan jasmani, mencerahkan pemikiran dan mententeramkan perasaan. Semua itu sememangnya diperlukan seorang yang sentiasa dicabar di atas jalan dakwah.Sementara zakat pula mendidik jiwa untuk merelakan harta, sesuatu yang paling disayangi untuk membuktikan kebenaran imannya. Kedua-dua ibadat itu tidak akan sempurna tanpa persekitaran yang baik, iaitu sokongan orang mukmin yang membentuk jemaah umat Islam.

Tidak berdukacita dengan tribulasi dakwah.

Hanya orang yang sabar menahan sakit boleh menang dalam setiap pertempuran. Bukan atas sebab siapa lebih kuat dan perkasa. Sesungguhnya jalan dakwah adalah jalan sengsara dan seksaan yang pedih. Di sana hadir penentang dan musuh yang akan memerangi syiar agama Allah . Mengapa Allah tentukan jalan sukar dilalui Rasulullah SAW untuk mendapat kemenangan? Mengapa tidak langsung diberikan kemenangan itu dengan cepat dan mudah?Ketentuan itu berlaku atas hikmah supaya pembela agama Allah diuji siapa yang paling baik amalannya dan jalan dakwah itu juga adalah suatu proses mematangkan iman seseorang. Supaya Allah mengetahui siapakah yang benar imannya dan siapakah berdusta.Sudah ramai yang terkorban di jalan Allah , ada juga menyerah kalah dan meninggalkan jalan-Nya ataupun terseleweng dengan matlamat lain untuk kepentingan diri sendiri. Siapakah pembela yang istiqamah?

Al-Quran menjanjikan kemanisan bagi kita yang teguh dalam perjuangan. Firman Allah Taala yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang menyatakan: Tuhan kami ialah Allah dan kemudian meneguhkan pendirian mereka maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: Janganlah kamu berasa takut dan janganlah kamu berasa sedih dan bergembiralah dengan memperoleh syurga yang dijanjikan Allah kepada kamu.” (Surah Fussilat, ayat 30)

Tuesday, September 1, 2009

Apakah kita sudah MERDEKA??????

Apakah kita sudah MERDEKA??????

"Assalamua'alikum wbt dan salam 1 ukhwah,
Syukur kehadrat Ilahi, kerana kita dikurniakan IMAN dan ISLAM yang merupakan ni'mat dan rahmat yang amat berharga dan tiada tandinganya.

Firman Allah swt Surah Al-Baqarah: 21-22 bermaksud:"Wahai manusia, abdikanlah dirimu kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan mencipta orang-orang yang terdahulu sebelum kamu supaya kamu bertaqwa. Dialah juga yang telah mencipta untuk kamu bumi menjadi hamparan, dan langit sebagai binaan dan dia menurunkan daripada langit air hujan, maka dia mengeluarkan dengannya daripada buah-buahan yang menjadi rezeki kepada kamu. Maka janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah pada hal kamu mengetahui."

Berdasar firman Allah tersebut, dapatlah kita fahami bahawa apabila seluruh alam termasuk manusia hanya mengabdikan diri kepada Allah membuktikan itu adalah tanda diri kita sudah merdeka. Hal ini kerana, mereka tidak terikat daripada sebarang bentuk penghambaan.

Muslimin dan muslimat sekalian.
Erti merdeka yang sebenar ialah kemerdekaan yang bukan sahaja kemerdekaan jasmani sahaja tetapi rohani turut dimerdekakan. Ini bererti iman dan seluruh sistem di dalam tanah air itu hendaklah dimerdekakan. Ini bererti memerdekakan sebarang ketundukkan kepada yang lain daripada Allah s.w.t.

Ketegasan dan pendirian Islam jelas tergambar daripada kata-kata Rubie B, Amir ketika menemui Rustam pemimpin Rom:

"Allah mengutus kami untuk mengeluarkan sesiapa yang mahu, daripada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman pelbagai agama kepada keadilan Islam dan daripada dunia yang sempit kepada keluasa dunia dan akhirat."

Itulah kemerdekaan yang sebenar, bukan sekadar kemerdekaan untuk beberapa tahun dan beberapa abad. Kemerdekaan yang mempunyai wawasan dari dunia sehingga akhirat yang kekal abadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati.

Kita melihat dunia barat yang memperjuangkan kemerdekaan, kebebasan dan hak asasi manusia dengan menggelarkan sistem mereka sebagai demokrasi. Sedangkan demokrasi yang menjadi sistem mereka itu telah dipimpin oleh mereka yang berjiwa kezaliman dan mereka sendiri yang merobek demokrasi itu sendiri.

Kita perlu bermuhasabah, walaupun kita telah merdeka daripada penjajahan Inggeris, tetapi dalam masa yang sama adakah pemikiran kita sudah merdeka dari pemikiran yang negatif yang ditinggalkan oleh Inggeris?

Akhirnya, marilah kita memahami hakikat kemerdekaan yang sebenar.

Wallhu A'lam.

SEDIKIT NASIHAT MENGENAI CARA-CARA MENDIDIK KAUM WANITA

SEDIKIT NASIHAT MENGENAI CARA-CARA MENDIDIK KAUM WANITA

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR. JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah suisnya.

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU. HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN. PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan. Kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja - negarawan, karyawan, jutawan dan 'wan-wan' yang lain.

Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkannya. LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita. JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI SEPERTI SAYYIDATINA FATIMAH RA, KALAU PERIBADI BELUM
LAGI SEPERTI SAYYIDINA ALI RA...

PERBALAHAN MALAIKAT RAHMAT DAN MALAIKAT AZAB

PERBALAHAN MALAIKAT RAHMAT DAN MALAIKAT AZAB

Pada zaman dulu, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Dia ingin menjumpai pendita untuk meminta fatwa supaya dia dapat bertaubat dari dosanya. Sebaik saja berjumpa, dia pun menerangkan bahawa dia telah membunuh 99 orang dan bertanya sama ada dia masih ada peluang untuk bertaubat. Pendita dengan tegas mengatakan dia tidak boleh bertaubat kerana dosanya terlalu banyak. Lelaki itu mejadi marah dan terus membunuh pendita itu, menjadikannya mangsa yang ke-100.

Dia masih ingin untuk bertaubat dan terus mencari kalau-kalau ada ulama yang boleh membantunya. Akhirnya dia berjumpa dengan seorang ulama. Dia menceritakan bahawa dia telah membunuh 100 orang dan bertanya sama ada Allah masih menerima taubatnya. Ulama itu menerangkan dia masih ada harapan untuk bertaubat.

Seterusnya dia menyuruh lelaki itu pergi ke sebuah negeri di mana terdapat sekumpulan abid (orang beribadat). Apabila sampai di sana nanti, ulama itu Menyuruhnya tinggal di sana dan beribadat bersama mereka. Ulama itu melarangnya pulang ke negeri asalnya yang penuh dengan maksiat. Lelaki itu mengucapkan terima kasih lalu terus menghala ke negeri yang diterangkan oleh ulama tadi. Sebaik saja sampai separuh perjalanan, dia jatuh sakit lalu meninggal dunia.

Ketika itu t’jadilah p’balahan antara dua malaikat, iaitu Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Malaikat Rahmat ingin mengambil roh lelaki itu krn pd pendapatnya dia adlh org baik lantaran azamnya utk bertaubat sementara Malaikat Azab mengatakan dia mati dlm su'ul-khatimah krn dia telah membunuh 100 org dan masih blm membuat sebarang kebajikan. Mrk saling berebutan dan tidak dpt memutuskan keadaan lelaki itu.

Allah kemudian menghantar seorg malaikat lain berupa manusia utk mengadili perbalahan mrk berdua. Dia menyuruh malaikat itu mengukur jarak tempat kejadian itu dgn kedua-dua tempat; adakah tempat kejadian itu lebih dekat dgn tempat kebajikan yg hendak dituju atau lebih dekat dgn tempat dia mula b’tolak. Sekiranya jaraknya lebih dekat dgn tempat kebajikan, dia kepunyaan Malaikat Rahmat. Setelah diukur, didpti jarak ke negeri kebajikan melebihi kadar sejengkal saja. Lalu roh lelaki itu terus diambil oleh Malaikat Rahmat. Lelaki itu akhirnya m’dpt pengampunan Allah.

MORAL & IKTIBAR

1 Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani
2 Orang yang berbuat dosa hendaklah diiringi dengan penyesalan dan taubat.
3 Jangan merasa putus asa dari rahmat Allah meskipun telah melakukan dosa yang sangat banyak kerana rahmat Allah sangat luas dan lebih besar daripada dosa besar yang kita lakukan.
4 Menjalankan amar makruf dan nahi mungkar hendaklah dgn hikmah dan bijaksana.
5 Fatwa yg salah dan tidak b’landaskan hukum sebnr hanya menyusahkan diri sendiri
6 Pelepasan dari azab diperolehi hanya dengan berlebihnya timbangan kebajikan meskipun dengar kadar yang sedikit.
7 Orang yang hendak bertaubat mesti buktikan penyesalan dengan tindak-ikut yang sewajarnya.
8 Orang yang bertaubat dengan sungguh-sungguh penyesalan dan berikrar tidak mengulangi kejahatannya akan diterima oleh Allah taubatnya.
8 Mrk yg diterima oleh Allah akn taubatnya seolah-olah tidak m’punyai sebarang dosa.
10 Mereka yang sempat bertaubat 'nasuha' sebelum roh sampai ke khalqum dimasukkan ke dalam syurga

Sunday, August 30, 2009

LELAKI DAN KAYU API



LELAKI DAN KAYU API

Ada satu ceramah...disampaikan oleh Ustaz Ahmad Ismail daripada Singapura...

Ada satu bahagian tu.. yang betul-betul menyentuh hati saya.
Di riwayat kan begini..... Semasa Nabi Isa berjalan disatu kawasan perkuburan ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepada nya. Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada allah swa sambil menadahkan tangannya kelangit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

Doa nya dimakbul olih allah maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit menjerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki
tersebut maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini lelaki itu menjawab..bahawa ia tidak
meninggalkan sembahyang ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa..
lelaki itu menjawab...saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah allah....
maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa ? Maka bercerita lah lelaki itu... Saya berkerja sebagai penjual kayu
api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membeli nya. Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikat nya elok- elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu.. Dipertengahan jalan saya merasa lapar dan terus
lah saya berhenti untuk makan....selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang
terselit dicelah gigi saya maka dicuba berbagai cara mengeluarkan nya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kuku nya...tetapi
tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi. Maka akhirnya dapatlah
mengeluarkannya.
Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai kerumah si pembeli itu, saya pun menyerah kan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta
halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat.
Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini....astaghfirullah al azim... elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini...
Adakah kita pernah mengambil barang barang drpd office samaada drpd sekecil kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa balik kerumah untuk
di gunakan sendiri ataupun diberikan kepada anak anak kita ???
Dan juga barang barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak di kembali kan ? Sekecil kecil barang seperti tupperware, kaset dan sebagainya....?

Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar...
Azab neraka itu ada lah benar...
Dan syurga itu ada lah benar...

KAIN KAFAN DARIPADA RASULULLAH S.A.W



KAIN KAFAN DARIPADA RASULULLAH S.A.W

Seorang wanita datang kepada Rasulullah S.A.W. Ia menyerahkan kain yang ditenunnya sendiri dan diserahkan kepada Nabi S.A.W sebagai rasa cintanya kepada Rasul. Dengan senang hati rasulullah menerima pemberian itu dan memakainya. Dengan memakai kain pemberian wanita itu, Nai keluar menemui sahabatnya. Salah seorang daripada sahabat melihat begitu indahnya kain yang dipakai Nabi, lalu berkata, "Wahai Rasulullah, alangkah indahnya kain yang engkau pakai itu. Betapa senangnya jika aku memakainya," ujarnya. "Baiklah," jawab Nabi S.A.W ringkas.

Setelah keluar dari suatu majlis, Rasulullah S.A.W datang lagi ke tempat itu, tetapi tidak lagi menggunakan kain tenun yang baru dipakai itu. Kain pemberian wanita itu berlipat di tangannya, dan kemudian diserahkan kepada sahabat yang memujinya tadi.

"Terimalah kain ini dan pakailah," ujar Rasululah S.A.W.
Melihat peristiwa itu, ramai sahabat yang mencela lelaki itu. Kain pemberian wanita itu sangat disenangi Nabi kerana itu dipakainya, tetapi Nabi tidak pernah menolak permintaan seseorang. "Mengapa engkau masih memintanya ?" sungut para sahabat.
Apa jawab sahabat yang meminta kain kepada Rasulullah S.A.W, "Saya minta kain itu bukan untuk saya pakai, melainkan untuk saya gunakan untuk kain kafanku."

BATU TERLEPAS DARI NERAKA



BATU TERLEPAS DARI NERAKA

Pada zaman dulu, seorang nabi bertemu seketul batu kecil di tengah jalan. Beliau hairan dan tercengang melihat air mencurah-curah keluar dengan banyak melalui serkahan batu itu. Dengan izin Allah, batu itu boleh berkata-kata. "Semenjak aku dengar Firman Tuhan bahawa bahan bakar neraka ialah manusia dan batu, aku selalu menangis ketakutan!" Nabi itu bermohon supaya batu itu terlepas dari neraka. Beberapa lama kemudian, nabi itu menjumpai batu itu sekali lagi dalam keadaan menangis seperti dulu. Beliau bertanya batu itu kenapa dia menangis lagi sedangkan dia terselamat dari menjadi bahan bakar api neraka. "Dulu aku mengangis kerana ketakutan tetapi sekarang aku menangis kerana bersyukur dan gembira!!"

MORAL & IKTIBAR

1. Batu adalah juga makhluk Allah yang mempunyai perasaan.
2. Batu menjadi bahan bakar api neraka selain manusia.
3. Makhluk jumud boleh berkata jika diizinkan Allah.
4. Orang yang kasyaf yakni mereka yang dibukakan oleh Allah pintu hijab dapat mendengar dan melihat perkara yang tersirat.
5. Hati manusia seperti batu yang keras - sukar menerima nasihat dan petunjuk kecuali mereka yang diizinkan.
6. Hati manusia bisa dilembutkan dengan cara tangisan seperti batu tadi.
7. Menangis kerana takut akan azab Allah dan juga kerana rasa syukur dan gembira akan nikmat kurniaan Allah
8. Batu yang tidak mempunyai akal pun takut dibakar dalam neraka, betapa dengan manusia yang diberikan akal.
9. Manusia yang berhati batu tidak akan mendapat kurniaan dan rahmat Allah.
10. Ada batu yang terkecuali dari menjadi bahan bakar neraka seperti batu giling Siti Aisyah yang tidak henti-henti menggiling demi untuk menolongnya mengisar tepung.

Orang Muda Geng Kita

Assalamuaalaikum,salam sejahtera dan salam 1 Ukhwah.

Saya terpegun apabila tengok orang-orang muda sekarang ini semakin mengerti erti KEMERDEKAAN. Saya ke satu majlis SANTAI MALAM MERDEKA anjuran MBSA bersama pejabat Ahli Parlimen Shah Alam di Dataran Shah Alam sebentar tadi. AApabila orang muda sekarang sudah paham erti Kemerdekaan dan apa yang pakatan rakyat perjuangkan. Majlis tersebut yang di hadiri Datuk Bandaraya Shah Alam,Ahli Majlis MBSA,Exco Kerajaan negeri Selangor dan penceramah jemputan. Majlis itu diserikan dengan konsert dari john the geng dan diselangi dengan forum pengertian merdeka yang dibentang oleh Ustaz Nik Abduh Nik Aziz(exco pemuda pas pusat) dan Ustaz mohd Nor Hamzah(ketua pemuda negeri Terngganu).



Di majlis tersebut boleh lihat ramai pemuda pemudi yang menyerikan majlis dengan teliti mendengar forum tersebut. Pemuda pemudi terdiri dari mat rempit geng basikal yang menghiasi basikal-basikal mereka dengan macam-macam perhiasan.




Saturday, August 29, 2009

Adakah Anda Berdua pasangan Serasi


Adakah Anda Berdua Pasangan Serasi

Jika anda inginkan perkahwinan yg bhgia,carilah pasangan yg berbeza posisi dgn anda.Smk jauh, smk baik,"bgtlah pdpt yg diberikan oleh Kevin Leman.
Pasangan yg urutan lahirnya btolak blkg,biasanya saling menarik antara satu sama lain.Sehingga sgt baik dlm khidupan pkahwinan.
Berikut adalah informasi mengenai kombinasi pasangan berdasarkan posisi mereka sbg anak dlm keluarga serta saranan penting sbg panduan.

SULUNG+SULUNG DAN TUNGGAL+TUNGGAL = PEREBUTAN KUASA
Anak sulung Dan anak tunggal memiliki karekter yang sama.Masalah yg dihadapi oleh pasangan ini biasanya berkisar drpd sifat mrk sendiri yg inginkan ksempurnaan Dan sentiasa memikirkan siapa yg lbh bkuasa dlm apa juga perkara.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Bhenti drpd terus mengkritik pasangan jika mengimpikan kehidupan yg bahagia.Kritikan pedas biasanya menjadi kebiasaan kepada anak tunggal..
Jgn suka mbuat andaian yg berlebihan tentang sesuatu perkara..Contohnya perkara yg belum berlaku,tetapi anda sudah menentukan IA pasti berlaku.Sesungguhnya sikap begitu menjurus menjadikan anda seorang yg keras,bukan hanya pada diri sendiri tetapi juga pada pasangan.Ini adalah sikap yg sgt tdk baik krn setiap pasangan inginkan kelembutan bukannya kekerasan.
Definisikan peranan masing2 dgn jelas.ini dpt mengelakkan drpd pdebatan atau pertengkaran tentang siapa yg berhak melakukan ini atau itu.Berbincang Dan putuskan sejak awal tentang tanggungjawab masing2.
Hentikan terus sikap tamak atau mendominasi.Tdak semestinya apa yg anda inginkan akan anda dapati.
Dalam mencapai sesuatu perkara, mungkin caranya lebih baik drpd cara anda.Belajarlah untuk berkata "Cara kamu juga baik.Apa kata Kita Cuba dulu cara yg kamu sarankan ini."

SULUNG + TENGAH = PARADOKS
Anak sulung harus menerima kenyataan bhw anak tengah mempunyai karakter terbaik dlm mempertahankan sesebuah perkahwinan.fakta penting bagi anak tengah,anak sulung adalah 'paradoks'(kelihatan bercanggah tetapi benar)yg membosankan.Sbg anak yg memiliki kakak/abang Dan adik,anak tengah sudah terbiasa bertolak ansur, berbincang Dan gemar memendam perasaan drpd meluahkan isi hati yg sebenar.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Selalu-selalulah berbincang.Jgn biarkan pasangan anda berkata,"semuanya ok"'tanpa mengetahui hal yg sebenarnya.Berusahalah utk berkongsi perasaan antar satu sama lain.
Buatlah pasangan anda agar merasa dirinya sentiasa istimewa.Khususnya bg anak sulung,beri pasangan anda hadiah atau kejutan2 kecil krn kebiasaan anak tengah kurang mendpt perhatian keluarga.
Jika Ada masalah,selesaikan segera.Tetapi keputusan hendaklah dibuat secara bersama



SULUNG + BONGSU = PASANGAN BAHAGIA
Pasangan yg ideal Dan saling tertarik antara satu sama lain.Anak sulung mengajar perkara2 yg berkaitan dgn prinsip hidup Dan rancangan masa depn.Sementara anak bongsu membantu pasangan untuk lbh santai dlm menghadapi hidup.sebaiknya ialah,isteri sulung sementara suami bongsu.Wanita yg lahir sbg anak sulung,sifat keibuannya sgt tinggi.sementara lelaki yg lahir sbg anak bongsu pula sentiasa memerlukan kehangatan seorg ibu.dlm hal ini,mrk saling lengkap melengkapi.namun perlu diingat,kebahagian dlm perkahhwinan bkn 'dilahirkan' tetapi 'diciptakan'.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Jgn sesekali membiarkan pasangan (bongsu) mengambil kesempatan ke atas anda.Terutamanya jika pasangan anda lelaki.Berusahalah agar dia sentiasa memahami bahawa perkara remeh-temeh di rumah,bkn hanya tugas atau tanggungjawab wanita seorang.
Jgn terlalu meperbesar-besarkan kelemahan pasangan anda.Krn setiap org mempunyai kelemahan,tetapi IA harus,diperbaiki dgn cara sebaik mungkin.Jgn terlalu drastic,tetapi pasti.
Beri perhatian sepenuhnya antara satu sama lain.
Komunikasi perlu sentiasa dijaga.Pastikan bahwa peranan anda Dan pasangan tetap seimbang dlm posisi yg wajar.


TENGAH + TENGAH = KACAU BILAU
Kelemahan pasangan ini ialah dari segi komunikasi.tidak gemar berbincang krn takut berlaku perdebatan Dan sering takut jika idea mrk tdk diterima.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Jika sukar utk bercakap Cuba ungkapkan isi hati melalui lukisan.Spt surat ,kad atau pun sms.
Bangunkan kepercayaan diri pasangan melalui pujian,ciuman,dakapan Dan sbgnya.
Luaskan pergaulan.Bergaullah dgn rakan2, baik di pejabat atau pun tetangga.Tetapi elakkan drpd kecurangan atau perkara2 yg negative.
Sentiasa menghormati pasangan.Cth mudah ialah jgn lupa telefon jika anda pulang lewat atau ingin pulang cepat.


TENGAH + BONGSU + AMAN
Seorang pasif Dan seorang lagi sosial.Satu kombinasi yg baik dlm sgl aspek.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Jgn sesekali meperlekehkan pasangan anda,walaupun mungkin idea yg dikemukan kedengaran pelik Dan lucu.Dengar Dan fikirkan.
Sesekali cubalah idea2 baru.Bukannya apa, sekadar untuk memeriahkan Dan lebih menghangatkan lagi perhubungan anda berdua.
Berusahalah utk menonjolkan kelebihan pasangan anda.
Berusaha utk berkongsi dlm sgl hal.Jgn menangis atau ketawa sendirian.


BONGSU + BONGSU = KELAM KABUT
Kombinasi ini sering terjebak dgn masalh kewangan serta beberapa masalah berat lainnya.Kerana itu sejak drp awal lg, mrk hendaklah duduk bersama berbincang tentang hak Dan kewajiban masing2.Juga kesepakatan utk menerapkan disiplin dlm rumah tangga.Jika ianya diabaikan,sdh pasti sglnya mjd kelam kabut.Kebiasaan buruk anak bongsu ialah gemar menyalahkan org lain.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Jgn suka bertikam lidah,sebaliknya jdlah pendengar setia utk pasangan.Sentiasa bersikap terbuka dan berusaha untuk myelesaikan sgl masalah.
Sentiasa berkomunikasi dgn baik dan saling ingat mengingatkan,agar tdk berlaku sesuatu yg tdk diingini.
Jgn memulakan pertengkaran sebaliknya hendaklah sentiasa menghindari.
Hadapi sgl apa yg mebdatang dgn tenang serta pasti hidup anda berdua sentiasa dipenuhi dgn keceriaan.

Namun catatan ini tdk lbh drpd suatu kebiasaan yg sering dilihat.Jadi, bgmn pun posisi anda,hendaklah sentiasa berusaha yg terbaik.Juga jgn lupa bersyukur walau di mana posisi anda dlm keluarga agar tdk mempengaruhi perjalanan rumah tangga anda.Dgn kata lain,apa yg dicatatkan hanyalah sbuah petunjuk,bukannya anak panah.


Have A Nice Day
Thank You.

MINUM ARAK PUNCA SEGALA KEJAHATAN

MINUM ARAK PUNCA SEGALA KEJAHATAN


Dosa manakah, minum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh. Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, dalam khutbah Ustman itu mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap minuman khamar atau arak. Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa.

Dulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid, lanjut
khutbah Khalifah Ustman. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan
seorang wanita cantik.

Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut sahaja ketika disuruh memilih
antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan. Pertama minum khamar, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Mengira minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum khamar.

Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu malah dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya.

"Kerana itulah hindarilah khamar, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka."

Friday, August 21, 2009

Airmata Rasulullah - Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Airmata Rasulullah - Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu,Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun
menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang,saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,"kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah
dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para
malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti
kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.Perlahan ruh
Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,
urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya
menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau
melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada
Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak
tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua
siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai
dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar
seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku" - "Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi... Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka

Rahsia Enam Perkara Dari Sahabat

SAHABAT UMAR BIN AL - KHATTAB R.A. BERKATA:
Allah merahasiakan 6 perkara kepada hambanya disebabkan
6 perkara iaitu:

1) Allah merahasiakan keredhaannya kepada hambanya yang
taat agar hambanya itu tetap terus berbakti / taat.
2) Allah merahasiakan turunnya Lailatul Qadar di bulan
Ramadhan agarhambanya selalu berusaha untuk mencapainya
dengan bersungguh-sungguh tanpa mengingat / mengenal /
merasa bosan.
3) Allah merahasiakan wali - walinya / hamba hambanya
yang soleh kepadaorang banyak agar mereka tidak dipuja -
puja / disembah-sembah disebabkan oleh kemuliaannya
karena wali - wali Allah itu tergolong orang yang
mempunyai kelebihan ilmu.
4) Allah merahasiakan umur seseorang hamba agar ia
selalu bersiap sedia untuk mati dan rajin beramal yang
soleh
5) Allah merahasiakan tentang keutamaan salatul wusto /
sembahyang yang utama daripada solat solat yang lain
agar hambanya itu tetap rajin dan berusaha mencapainya
(Salatul Wusto)

SAHABAT OSMAN R.A. BERKATA:
Rasa takut bagi hamba Allah seharusnya dikawatirkan
dalam 6 perkara yaitu :
1) Rasa takut ketika ditimpa musibah karena dikuatirkan
imannya menjadi luntur.
2) Rasa takut di kala ingin berbuat sesuatu yang
dilarang Allah (maksiat) karena ada malaikat yang selalu
mencatat perbuatannya.
3) Rasa takut terpedaya dengan perbuatan syaitan karena
syaitan itu bisa menjerumuskannya ke jurang neraka / api
neraka.
4) Rasa takut ketika dicabut nyawanya oleh malaikat
Izrail, karena ia belum sempat bertaubat kepada Allah
swt.
5) Rasa takut akan tertipu oleh kemewahan dan kenikmatan
di dunia.
6) Rasa takut terganggu / terhalang oleh keluarganya
karena dia dapat melupakan pengabdiannya kepada Allah.

SAHABAT ALI BIN ABI TALIB BERKATA :
Barang siapa yang mau mengamalkan 6 perkara, dia akan
dijamin masuk syurga dan diselamatkan dari api neraka.
1) Mengenal Allah sebagai Tuhannya Yang Maha Kuasa dan
dia hanya menyembah / beribadat kepadaNya.
2) Mengenal syaitan sebagai musuhnya yang menyesatkan
manusia dan dia mau menghindarinya.
3) Mengenal Alam Akhirat sebagai tempat kembalinya yang
kekal abadi dan dia mau berusaha mencari bekal yg cukup
untuk pergi ke sana / Alam Akhirat.
4) Mengenal Alam Dunia sebagai tempat sementara dan dia
tidak terpengaruh oleh kemanisannya / kecantikkannya.
5) Mengenal sesuatu yang hak / benar dan dia selalu
berusaha menerjuninya / memasukinya.
6) Mengenal sesuatu yang batil / salah dan dia selalu
berusaha menjauhinya / meninggalkannya.

SAHABAT UMAR BIN AL - KHATTAB R.A. BERKATA:
Ada 6 nikmat yang besar yang telah diberikan oleh Allah
swt kepada hambanya iaitu :
1) Nikmat ISLAM
2) Nikmat Al - Quran
3) Nikmat Nabi Muhammad saw
4) Nikmat kesehatan
5) Nikmat tertutup cela / aib
6) Nikmat kekayaan jiwa zahir / batin


waALLAHu'alam

Ucapan Saidina Ali

Ucapan Saidina Ali

Manusia itu tidur, jika ia mati baru ia bangun.
Seseorang tidak akan binasa bila ia mengetahui keampunanNya.
Nilai seseorang itu diterima oleh perbuatan baik.
Orang yang manis lisannya akan banyak mendapat teman.
Peribadi seseorang itu tersembunyi di bawah lisannya.
Dengan perbuatan yang baik orang merdeka dapat diperbudakkan. Janganlah memandang kepada siapa yang berbicara tetapi perhatikanlah apa yang dibicarakan.
Tidak ada kemenangan bersama kedurhakaan.
Tidak ada pujian bersama kesombongan.
Tidak ada kesihatan bersama kerakusan dan kurang cerna.
Tidak ada kemuliaan bersama adat yang bejat.
Tidak ada kesentosaan bersama kedengkian.
Tidak ada kebenaran dengan meninggalkan perbincangan.
Tidak ada keperwiraan dengan meninggalkan perbincangan.
Tidak ada keperwiraan bagi pendusta.
Tidak ada kemuliaan yang melebihi ketakwaan.
Tidak ada pemberi syafaat yang melebihi taubat.
Tidak ada penyakit yang lebih menyulitkan daripada kebodohan. Manusia itu musuh dari apa yang ia tidak ketahui.
Allah menyayangi seseorang yang mengenal keampunan dan tidaklah kekuasaannya menjadikannya melampaui batas.
Mengulangi meminta maaf itu mengingatkan kesalahan.
Musuh terbesar itu ialah yang paling tersembunyi tipu dayanya.
Hikmah adalah milik orang beriman yang hilang.
Yang jijik itu menghimpun segala aib yang buruk.
Nasihat di tengah khalayak ramai itu adalah satu celaan.

Sepuluh Wasiat Imam Syafie

10 PERKARA .....

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."


1. HAK KEPADA DIRI
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Mengqada kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3. HAK KEPADA KUBUR
Membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Tidak berdusta, sentiasa berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. HAK KEPADA MIZAN (Neraca timbangan amal pada hari akhirat)
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6. HAK KEPADA SIRAT (Titian yang merentangi neraka pada hari akhirat)
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7. HAK KEPADA MALIK (Penjaga neraka)
Menangis lantaran takutkan Allah s.w.t., berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperbaiki akhlak.

8. HAK KEPADA RIDHWAN (Malaikat penjaga syurga)
Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9. HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W.
Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10. HAK KEPADA ALLAH S.W.T.
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Rasulullah s.a.w. bersabda:,
"Sampaikanlah pesanku biarpun dengan sepotong ayat".
________________________________________

7 Kalimah Yang Mulia

7 Kalimat yang Mulia

Sabda Rasulullah S.A.W "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut"

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini

6. Mengucap innalillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Dari tafsir hanafi,mudah mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa,karena sudah biasa.

Wednesday, August 19, 2009

Selamat Datang Bulan Ramadhan


Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. Semoga Ramadhan pada tahun ini memberi penuh makna agar kita dapat lagi berjumpa Ramadhan akan datang. Ingatlah didalam bulan Ramadhan ini banyak kelebihan nya. Buatlah yang terbaik Ramadhan pada tahun ini takut kita tidak akan jumpa lagi Ramadhan akan datang.

Sunday, August 2, 2009

Adakah Aku Akan Ditangkap??


Air water canon disembur kepada peserta perhimpunan

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata


Salam kepada semua pembaca,aku nk cerita semasa aku berada di perhimpunan ISA pada 1ogos2009. Aku sampai di Masjid Negara seawal 9.30 pagi dengan menaiki pengangkutan awan keratapi tanah melayu (KTM). Apabila aku samapai di situ ramai orang duduk di stesen KTM tersebut menunggu jam 2 petang.seramai 5 orang di tangkap di dalam masjid negara pada ketika itu. Hati aku semakin berdebar mendengar cerita orang yang berada di situ,tetapi aku cuba beranikan diri untuk ke masjid tetapi halangan oleh kawan aku Azmeer menjadi langkah aku hendak ke masjid negara tersebut menjadi terhenti. Kawan aku mengajak aku untuk ke Sogo dan aku pun bersetuju untuk ke sana kerana para pimpinan akan berkumpul disana dahulu dan kebetulan keluarga aku semua berada di Sogo.

Didalam perjalanan aku untuk ke sogo aku ternampak 3 orang di tangkap oleh anjing negara iaitu polis pada pukul 10.45 pagi. Sebaik saja aku sampai di sogo pada pukul 11.30 pagi seramai 300 orang polis berada di sekeliling sogo. Hati aku semakin berdebar untuk berada di situ. Pada ketika itu hanya lah yang aku fikirkan adakah aku ditangkap pada hari ini. Aku di ajak sekali lagi oleh kawan aku Azmeer untuk masuk kedalam sogo dalam keadaan berdebar aku terus melangkahkan kaki aku untuk masuk kedalam sogo. Aku dan Azmeer lepak didalam sogo hampir 2jam dari pukul 11.30 hingga lah pukul 1.30 petang. Aku dan Azmeer bersolat zohor dahulu didalam sogo sebelum aku dan Azmeer keluar untuk berhimpun di luar sogo.

Sebaik sahaja aku keluar keadaan diluar sogo agak tenang. Tepat jam 1.55 petang orang ramai mula berkumpul dihadapan sogo aku dan Azmeer hanya menjaga keselamatan muslimat yang begitu ramai. Polis mula menembak gas pemedih mata dengan begitu banyak dan aku pun terhidu bau gas dan aku berlari ke tempat lain untuk mencari udara kerana aku sudah tidak boleh bernafas dan mata aku mula pedih dan kelabu. Aku tidak perasan aku di ikuti oleh polis dan tangan aku dipegang oleh polis tersebut dan polis itu berkata "ikut aku" dan aku pun membalas kata-kata nya "ye aku boleh bagi kerjasama tapi lepaskan tangan aku dulu" polis tersebut tidak mahu melepaskan tangan aku. Kebetulan Azmeer nampak aku dipegang oleh polis dan Azmeer terus bergegas berlari menarik aku dan menjerit kat polis tu. Dan aku cube berlari plis tersebut masih mengekori aku di belakang dan kali kedua tangan aku di pegang oleh polis tersebut dan dia berkata "ikut aku" aku pun menjawab "lepaskan aku" sekali lagi Azmeer ternampak aku dipegang oleh polis dan Azmeer terus menarik tangan aku.

Aku cuba berehat sebentar untuk mengembalikan tenaga aku yang banyak habis bermain dengan polis. Dari situlah aku mula berpecah dengan Azmeer dan aku pun mula berdebar dan berfikir haruskah aku balik ke rumah,soalan itu sering bermain difikiran aku. Kalau aku di pegang oleh polis sapa yang akan tarik tangan aku,itu juga cuba bermain difikiran aku. Dan aku cuba bertanya suara hati aku adakah aku tergolong dikalangan orang yang munafiq yanh mahu lari dari medan perjuangan,dan aku mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan untuk berhipun kembali. Aku cuba ditangkap sekali lagi oleh polis yang sama dan aku berlari ke tenpat orang ramai dan kaki aku di terajang oleh polis tersebut dan aku terus tesungkur diatas jalan dan datang lagi 3 orang polis untuk tangkap aku,dan aku cuba berlari untuk masuk kedalam sogo dan orang ramai pun menghampiri polis tersebut pada ketika itu lah peluang aku untuk berlari ke dalam sogo cerah.

Tepat jam 4.30 petang polis memulakan OPS tangkapan di kawasan sogo. Aku menyorok didalam parking kereta sogo dan FRU pun menembak gas didalam parking tersebut dan aku pun terbaring dibelakang sebuah kereta kerana tidak mampu lagi untuk berjalan. Dalam masa 1jam aku duduk di parking itu dan aku pun keluar kekecohan mula reda dan aku meneruskan perjalanan untuk mencari kenderaan untuk aku pulang ke rumah. Azmeer menalifon aku dan dia bertanya "kau ade kat ne" aku menjawab "aku kat masjid jamek". sebaik sahaja sampai di masjid jamek pada pukul 6.15 petang aku dan beberapa orang ditangkap dan di humban kedalam trak polis. Aku di bawa ke IPK KL. Tepat jam 7.30 petang aku dan 40 orang yang lain di bebaskan dan aku dihantar di PWTC untuk aku pulang menaiki KTM. Polis memang zalim!!!!!!!!!!