Friday, December 28, 2012

PERSEDIAAN KAHWIN MUDA & CARA BERHADAPAN DENGAN IBU BAPA

silakan share lepas baca tips ni..

Berikut adalah 10 tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-

1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.

2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.

3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.

4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.

Sunday, December 16, 2012

Warkah Khas Untuk Bakal ZaujahKu


 
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Assolatuwassalam a’la Rasulillah
Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad saw, Pembawa Rahmat Seluruh Alam...

Salam sejahtera buat calon zaujahku yang dihijab pertemuan olehNya sehingga detik kita disatukan dengan lafaz ijab bersaksi qabul berwali. Semoga langkahmu tangkas dengan semangat juang Islam. Walau apapun yang kita lakukan, dasarilah ia dengan memohon keredhaanNya supaya setiap langkah itu beroleh keberkatan.

”Ya Allah, gembirakanlah aku dengan redhaMu”

Kukira untaian doa srikandi iman, Sayyidah Nafisah binti Hasan bin Zaid bin Hasan bin Ali bin Abu Thalib ini mampu menyuburkan hatimu dengan Nur KasihNya.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)

Telah dikhabarkan bahawa engkau adalah calon yang sekufu untukku, bakal menjadi peneman solehah bersamaku merentas becaknya denai-denai perjuangan Islam ini. InsyaAllah. Kesesuaian ini telah kupohon dalam setiap doaku padaNya, dalam setiap sujudku, dalam setiap ibadah hajat dan istikharahku selama ini. Tanpa jemu walaupun pertemuan itu masih dirahsiakan. Besar kurniaanNya kepada kita. Hijab itu membolehkan aku dan kau melengkapkan diri masing-masing dengan bekalan agama agar baitul muslim kita nanti tidak suram dengan Nur keimanan yang malap.

Tuesday, October 16, 2012

Album : TigaSatuTiga
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


PadaMu ku serah segala
Harta sepenuh jiwa raga
Hanya Kau yang Maha Pemurah
Meredakan hati yang gundah

Ya Allah
PadaMu ku curah segala
Perasaan yang melara
Engkaulah yang punyai cinta

Membawaku ke puncak Nasuha

Ku kesali kealpaan diriku
Ku tangisi kesilapan lalu
Walaupun sekali
Tak kan aku ulangi

Ya Allah Tuhanku
Bantulah hambaMu
Jangan biarkan diriku
Terus dibelenggu

Ampuni dosaku
Terangi hatiku
Izinkan aku kembali
Ke jalan redhaMu

Tiada lain yang ku harap
Hanya kasih sayangMu Tuhan
Membawa ku ke rimbun keampunan
Ya Allah
PadaMu ku serah segala

Friday, December 24, 2010

Pedihnya Kisah Sayyidina Khabab

Assalamualaikum kawan…

How are you today?? I hope you’re fine…

Sayyidina Khabab adalah seorang sahabat Nabi Muhammad saw yang rela mati untuk memperjuangkan keislamannya. Tubuhnya penuh dengan keberkahan karena telah mengalami berbagai ujian dan cobaan. Sayyidina Khabab adalah hamba sahaya milik seorang perempuan. Beliau orang kelima atau keenam yang memeluk islam ketika islam mulai berkembang.

Saat tuannya mengetahui ia sering mengunjungi Nabi saw, kepalanya diselar dengan besi panas yang merah menyala. Beliau pernah dipaksa mengenakan baju besi. Lalu, dibaringkan di atas pasir yang panas sehinggakulitnya mengelupas akibat terkena sinar matahari yang terik. Subhanallah, penderitaan yang dialami Khabab bukanlah hal yang ringan.

Thursday, December 23, 2010

WASIAT ASY SYAHID MUHAMMAD FATHY FARHAT


Segala puji bagi Allah, shalawat serta salam semoga tercurahkan kepada imam para mujahidin dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik hingga hari kiamat. Amma ba’du.

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Allah SWT berfirman : “Diantara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka diantara mereka ada yang gugur (syahid) dan diantara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah (janjinya).” (Al Ahzab : 23).

Saudara-saudara yang aku cintai, sesungguhnya langkah pertama dalam jihad adalah komitmen dengan ajaran Al Qur’an dan manhaj yang telah ditetapkan oleh Al Musthafa Muhammad Rasulullah SAW. Langkah kedua dalam jihad jangan tidur malam kecuali anda melihat kondisi negeri dan rakyat. Setelah semua itu, mulai persiapan untuk hari pertemuan dengan nyalakan senjata, meriam dan rudal untuk menggapai syahadah atau kemenangan yang diturunkan oleh Rabb seluruh hamba.

Apakah antum memiliki cita-cita dan maju untuk memulai jalan, mempersiapkan diri untuk turut serta menyusul para ikhwan yang telah mencampakkan dunia dan menjualnya dengan sesuatu yang belum pernah mereka gapai harganya, menuju ridlo Allah, menuju Firdaus yang tinggi, menuju rengkuhan Nabi Muhammad SAW.

Saturday, November 20, 2010

6 Golongan Yang Jangan Dijadikan Isteri

Salam 1 ukhwah,sekian lama blog ini bersawang dengan kesibukan ku dan kali ini aku datang untuk membawa artikal ini untuk panduan kita semua. Renungkanlah dan selamat beramal.

Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.

Wanita Ananah:
banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:
suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, Aku membuat itu keranamu.

Friday, September 17, 2010

Pelakon M Rajoli meninggal dunia



KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon terkenal M. Rajoli meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, pada pukul 10.55 malam ini akibat penyakit kelenjar kanser otak.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik berkata, Allahyarham dirawat di hospital itu sejak tengah malam semalam setelah mengalami komplikasi penyakit itu.

"Allahyarham meninggal akibat penyakit lamanya itu dan dijangka akan disembahyang dan dikebumi di Keramat petang esok," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata hampir keseluruhan anggota keluarga Allahyarham berada bersamanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya.