Sunday, August 2, 2009

Adakah Aku Akan Ditangkap??


Air water canon disembur kepada peserta perhimpunan

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata


Salam kepada semua pembaca,aku nk cerita semasa aku berada di perhimpunan ISA pada 1ogos2009. Aku sampai di Masjid Negara seawal 9.30 pagi dengan menaiki pengangkutan awan keratapi tanah melayu (KTM). Apabila aku samapai di situ ramai orang duduk di stesen KTM tersebut menunggu jam 2 petang.seramai 5 orang di tangkap di dalam masjid negara pada ketika itu. Hati aku semakin berdebar mendengar cerita orang yang berada di situ,tetapi aku cuba beranikan diri untuk ke masjid tetapi halangan oleh kawan aku Azmeer menjadi langkah aku hendak ke masjid negara tersebut menjadi terhenti. Kawan aku mengajak aku untuk ke Sogo dan aku pun bersetuju untuk ke sana kerana para pimpinan akan berkumpul disana dahulu dan kebetulan keluarga aku semua berada di Sogo.

Didalam perjalanan aku untuk ke sogo aku ternampak 3 orang di tangkap oleh anjing negara iaitu polis pada pukul 10.45 pagi. Sebaik saja aku sampai di sogo pada pukul 11.30 pagi seramai 300 orang polis berada di sekeliling sogo. Hati aku semakin berdebar untuk berada di situ. Pada ketika itu hanya lah yang aku fikirkan adakah aku ditangkap pada hari ini. Aku di ajak sekali lagi oleh kawan aku Azmeer untuk masuk kedalam sogo dalam keadaan berdebar aku terus melangkahkan kaki aku untuk masuk kedalam sogo. Aku dan Azmeer lepak didalam sogo hampir 2jam dari pukul 11.30 hingga lah pukul 1.30 petang. Aku dan Azmeer bersolat zohor dahulu didalam sogo sebelum aku dan Azmeer keluar untuk berhimpun di luar sogo.

Sebaik sahaja aku keluar keadaan diluar sogo agak tenang. Tepat jam 1.55 petang orang ramai mula berkumpul dihadapan sogo aku dan Azmeer hanya menjaga keselamatan muslimat yang begitu ramai. Polis mula menembak gas pemedih mata dengan begitu banyak dan aku pun terhidu bau gas dan aku berlari ke tempat lain untuk mencari udara kerana aku sudah tidak boleh bernafas dan mata aku mula pedih dan kelabu. Aku tidak perasan aku di ikuti oleh polis dan tangan aku dipegang oleh polis tersebut dan polis itu berkata "ikut aku" dan aku pun membalas kata-kata nya "ye aku boleh bagi kerjasama tapi lepaskan tangan aku dulu" polis tersebut tidak mahu melepaskan tangan aku. Kebetulan Azmeer nampak aku dipegang oleh polis dan Azmeer terus bergegas berlari menarik aku dan menjerit kat polis tu. Dan aku cube berlari plis tersebut masih mengekori aku di belakang dan kali kedua tangan aku di pegang oleh polis tersebut dan dia berkata "ikut aku" aku pun menjawab "lepaskan aku" sekali lagi Azmeer ternampak aku dipegang oleh polis dan Azmeer terus menarik tangan aku.

Aku cuba berehat sebentar untuk mengembalikan tenaga aku yang banyak habis bermain dengan polis. Dari situlah aku mula berpecah dengan Azmeer dan aku pun mula berdebar dan berfikir haruskah aku balik ke rumah,soalan itu sering bermain difikiran aku. Kalau aku di pegang oleh polis sapa yang akan tarik tangan aku,itu juga cuba bermain difikiran aku. Dan aku cuba bertanya suara hati aku adakah aku tergolong dikalangan orang yang munafiq yanh mahu lari dari medan perjuangan,dan aku mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan untuk berhipun kembali. Aku cuba ditangkap sekali lagi oleh polis yang sama dan aku berlari ke tenpat orang ramai dan kaki aku di terajang oleh polis tersebut dan aku terus tesungkur diatas jalan dan datang lagi 3 orang polis untuk tangkap aku,dan aku cuba berlari untuk masuk kedalam sogo dan orang ramai pun menghampiri polis tersebut pada ketika itu lah peluang aku untuk berlari ke dalam sogo cerah.

Tepat jam 4.30 petang polis memulakan OPS tangkapan di kawasan sogo. Aku menyorok didalam parking kereta sogo dan FRU pun menembak gas didalam parking tersebut dan aku pun terbaring dibelakang sebuah kereta kerana tidak mampu lagi untuk berjalan. Dalam masa 1jam aku duduk di parking itu dan aku pun keluar kekecohan mula reda dan aku meneruskan perjalanan untuk mencari kenderaan untuk aku pulang ke rumah. Azmeer menalifon aku dan dia bertanya "kau ade kat ne" aku menjawab "aku kat masjid jamek". sebaik sahaja sampai di masjid jamek pada pukul 6.15 petang aku dan beberapa orang ditangkap dan di humban kedalam trak polis. Aku di bawa ke IPK KL. Tepat jam 7.30 petang aku dan 40 orang yang lain di bebaskan dan aku dihantar di PWTC untuk aku pulang menaiki KTM. Polis memang zalim!!!!!!!!!!