Tuesday, September 1, 2009

Apakah kita sudah MERDEKA??????

Apakah kita sudah MERDEKA??????

"Assalamua'alikum wbt dan salam 1 ukhwah,
Syukur kehadrat Ilahi, kerana kita dikurniakan IMAN dan ISLAM yang merupakan ni'mat dan rahmat yang amat berharga dan tiada tandinganya.

Firman Allah swt Surah Al-Baqarah: 21-22 bermaksud:"Wahai manusia, abdikanlah dirimu kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan mencipta orang-orang yang terdahulu sebelum kamu supaya kamu bertaqwa. Dialah juga yang telah mencipta untuk kamu bumi menjadi hamparan, dan langit sebagai binaan dan dia menurunkan daripada langit air hujan, maka dia mengeluarkan dengannya daripada buah-buahan yang menjadi rezeki kepada kamu. Maka janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah pada hal kamu mengetahui."

Berdasar firman Allah tersebut, dapatlah kita fahami bahawa apabila seluruh alam termasuk manusia hanya mengabdikan diri kepada Allah membuktikan itu adalah tanda diri kita sudah merdeka. Hal ini kerana, mereka tidak terikat daripada sebarang bentuk penghambaan.

Muslimin dan muslimat sekalian.
Erti merdeka yang sebenar ialah kemerdekaan yang bukan sahaja kemerdekaan jasmani sahaja tetapi rohani turut dimerdekakan. Ini bererti iman dan seluruh sistem di dalam tanah air itu hendaklah dimerdekakan. Ini bererti memerdekakan sebarang ketundukkan kepada yang lain daripada Allah s.w.t.

Ketegasan dan pendirian Islam jelas tergambar daripada kata-kata Rubie B, Amir ketika menemui Rustam pemimpin Rom:

"Allah mengutus kami untuk mengeluarkan sesiapa yang mahu, daripada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman pelbagai agama kepada keadilan Islam dan daripada dunia yang sempit kepada keluasa dunia dan akhirat."

Itulah kemerdekaan yang sebenar, bukan sekadar kemerdekaan untuk beberapa tahun dan beberapa abad. Kemerdekaan yang mempunyai wawasan dari dunia sehingga akhirat yang kekal abadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati.

Kita melihat dunia barat yang memperjuangkan kemerdekaan, kebebasan dan hak asasi manusia dengan menggelarkan sistem mereka sebagai demokrasi. Sedangkan demokrasi yang menjadi sistem mereka itu telah dipimpin oleh mereka yang berjiwa kezaliman dan mereka sendiri yang merobek demokrasi itu sendiri.

Kita perlu bermuhasabah, walaupun kita telah merdeka daripada penjajahan Inggeris, tetapi dalam masa yang sama adakah pemikiran kita sudah merdeka dari pemikiran yang negatif yang ditinggalkan oleh Inggeris?

Akhirnya, marilah kita memahami hakikat kemerdekaan yang sebenar.

Wallhu A'lam.

1 comment:

Putra Al-Maliki said...

Merkeka dari segi istilah sahaja.. Tapi fikiran masih dijajah oleh barat yg membawa budaya hedonisme ke dalam masyarakat kita...