PERSEDIAAN KAHWIN MUDA & CARA BERHADAPAN DENGAN IBU BAPA
silakan share lepas baca tips ni..
Berikut adalah 10 tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-
1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa,
adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang
terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain
yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.
2- Tunjukkan kematangan
anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat
keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam
kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga
seawal usia yang muda.
3- Jaga ibadah dan amalan sebagai
seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan
tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani
sebelum bergelar pasangan suami isteri.
4- Beritahu keluarga
dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan
bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang
anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah
dan tanggungjawab seorang Muslim.
5- Anda juga perlu
menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi
meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah
seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi
yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan
melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara
kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda
mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.
6- Buat
pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang
tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak
mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan
dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan
menyokong dengan baik.
7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda
dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan
keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab
sekiranya berkahwin kelak.
8- Anda perlu bijak dalam melakukan
perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin
seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua
tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan
kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya
mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga
nasihat dan pendapat dari mereka.
9- Sekiranya cadangan dan
permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan
tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah
lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan
mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin.
Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.
percayalah Bercinta Selepas Nikah itu sangat indah :)
No comments:
Post a Comment