Monday, July 20, 2009

Erti Persahabatan

ERTI PERSAHABATAN...

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali
diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita
beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan
kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita Cuma
mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati
janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan
membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia
ternanti-nanti....
kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya???Seperti kita, dia juga
tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di
sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa
kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan
sebagai laluan penyelesaianmasalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang dirikita hingga
kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi
bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa
bimbangnya, rasa takutnya?Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia
pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup
semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh
dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya
bercerita.Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaankawan, kerana dia
juga seorang manusia;dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang,
sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan
sebagai kekuatan.Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia
ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita
sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan
seribu kekalutan,kita tidak tahu.......
tetapi jika kita cuba jadisahabat seperti dia,mungkin kita akan tahu.

Renungilah.......

No comments: