Thursday, February 12, 2009

Sifat-sifat seorang pemimpin yang perlu ada samada dalam memimpin jama’ah atau memimpin peperangan.

1. Pimpinan ketua terhadap orang-orang di bawahnya

Di antaranya :

1. Hendaklah memulakan "kebaikan" ma'aruf daripada dirinya sendiri.
2. Tidak bersikap angkuh dan sombong. Boleh jadi ada orang-orang lain yang lebih baik daripadanya di bidang ilmu dan pimpinan .
3. Bersikap adil iaitu sentiasa meletakkan sesuatu ditempatnya .
4. Bersimpati dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh orang-orang di bawah jagaannya dan menyelesaikannya dengan cara yang baik.
5. Dan bagi seseorang majikan hendaklah "membayar upah sebelum kering keringat pekerjanya".
6. Seorang pemimpin yang bersifat mesra rakyat.

2. Pimpinan ketua tentera seperti yang dipesan oleh Saidina Abu Bakar r.a.

1. Bilamana kamu datang kepada perajurit kamu janjilah kepada mereka dengan kebaikan. Bila kamu berjanji penuhilah janji tersebut.
2. Perbaikilah dirimu, nescaya orang-orang di bawahmu menjadi baik .
3. Jika datang kepadamu utusan musuh muliakanlah kedudukan mereka, janganlah mereka itu terlalu dikawal, biarlah mereka bebas sedang mereka tidak mengetahui rahsia kedudukanmu.
4. Jangan biarkan orang lain bercakap dengan utusan musuhmu, kamu sendirilah yang bertutur dengan mereka.
5. Jangan jadikan rahsiamu sama dengan perkara yang tidak rahsia, nescaya gagal tugasmu.
6. Sekiranya bermesyuarat selidikilah berita nescaya berhasillah mesyarat itu.
7. Sekiranya sampai sesuatu berita musuh kepadamu hendaklah kamu rahsiakan dahulu sehingga kamu menyelidikinya . Jangan hebohkan berita tersebut kepada tenteramu. Hendaklah bersiap sedia.
8. Banyakkanlah pemeriksaan mengejut terhadap perajuritmu siang dan malam.
9. Berilah semangat bila bertemu dengan tenteramu. Janganlah kamu pengecut nescaya yang lain akan menjadi pengecut.

No comments: