Saturday, February 28, 2009

PMRAM Sebagai Wadah Perjuangan Pelajar Malaysia Di Mesir





1. Muqaddimah
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir sebagai sebuah Persekutuan Pelajar-pelajar Melayu Al-Azhar merupakan wadah pergerakan pelajar semenjak ia ditubuhkan sama ada ia sebagai medan pelajar yang berhubung langsung dengan aktiviti pembelajaran, begitu juga ia sebagai sebuah pergerakan pelajar Islam yang mengambil berat perkembangan Islam semasa dan melibatkan dirinya secara langsung dalam menangani permasalahan ummah. Berasaskan kepada faktor-faktor ini, di samping usianya yang tua dan pengalamannya yang luas, ia merupakan satu-satunya wadah yang sesuai dan utama bagi pelajar Al-Azhar dahulu dan sekarang.

2. Perjuangan Pelajar
Pelajar selaku pemuda-pemuda generasi pemimpin masa hadapan dan lapisan masyarakat Islam yang paling kuat serta penggerak pembangunan negara yang paling utama, sentiasa mempunyai peranan yang besar dalam menentukan arah dan masa depan ummah sepanjang zaman. Pengaruh pelajar sebagai golongan pendesak ini juga dipanggil sebagai kuasa pelajar (student power).

Firman Allah SWT (Surah Yunus ayat 83)


Maksudnya: "Tidak ada yang beriman kepada Musa a.s. melainkan pemuda-pemuda dari kaumnya dalam keadaan takut bahawa Firaun akan menyeksa mereka

Seterusnya, dalam masyarakat Islam pelajar yang paling berpengaruh dan berperanan besar dalam menentukan perubahan ummah adalah lapisan pelajar-pelajar agama. Kenyataan ini disebut oleh Al-Quran di dalam surah At-Taubah ayat 122 yang menekankan tanggungjawab pelajar-pelajar agama ialah sentiasa memastikan masyarakat apabila berlaku sebarang penyimpangan dari jalan yang lurus. Semua ini adalah merupakan tugas-tugas dakwah yang perlu dilaksanakan oleh para penuntut ilmu selaku warasatul Anbiya'.

3. Ulamak Sebagai Pewaris Para Anbiya'

Tugas sebagai warasatul Anbiya' merupakan tugas yang luas dan menyeluruh sepertimana tugas para Anbiya' khususnya para Rasul a.s. Sekiranya kita membaca dan meneliti Al-Quran dan Sunnah kita akan mendapati bahawa tugas para Anbiya" dan Rasul di antara lainnya meliputi tugas:

1.Menyampaikan risalah
2.Melaksanakannya sebagai suatu cara hidup dan peraturan ayng berkuatkuasa atau "Tanfizul Hukmi" (تنفيذ الحكمى)
3.Menjatuhkan hukuman

Oleh itu, Baginda Rasulullah SAW bukan sahaja bertugas menyampaikan risalah Islam yang meliputi penerangan tentang keadilan Islam, keburukan perbuatan zalim dan lain-lain melaui penyampaian ilmu dan nasihat tetapi Baginda juga bertindak selak ketua negara. Oleh itu, peranan yang menyentuh soal keperluan makanan dan minuman, pakaian serta tempat tinggal, keselesaan dan keamanan rakyat sebagai suatu dasar pembangunandahulunya telah dilaksanakan oleh para Anbiya' dan Rasul a.s. Ia bukanlah satu tugas ahli politik dan pembangunan seperti yang difahami pada hari ini. Syariat Islam sendiri seperti yang dibawa oleh Rasulullah SAW telah cukup menjadi bukti tentang perkara ini. Seterusnya, baginda Rasulullah SAW juga telah bertindak menjatuhkan hukuman dengan mengarahkan supaya tangan pencuri dipotong dan tangan baginda Rasulullah SAW sendiri pernah merejam wanita yang berzina. Oleh itu, ia bukanlah seorang tugas hakim atau seorang pun seorang potong tangan dan penali gantung semata-mata. Selanjutnya Rasulullah SAW juga bertindak sebagai polis yang memeriksa penguatkuasa undang-undang dan syariat Islam. Hal ini seterusnya dilaksanakan oleh para khulafak Ar-Rasyidin di dalam kitab
القول المبين في معاملة بين الاجانب والمسلمين , Al-Marhum Syeikh Muhammad Hussain Makhluf menerangkan bahawa:
فقد كان عمر رضى الله عنه يمر بفجاج المدينة ليرقب أحوال الأمة ويطوف الأسواق وبيده الدره التى يضرب بها, ويقول؛لابيع في سوقنا الا من تفقه والا الربا شاء أو وكان على كرم الله وجهه يمر سوق الكوفة ومعه الدر، ويقول ؛ يا معشر التجار خذوا الحق وأعطوا الحق تسلموا……………

Dengan itu, tugas Rasulullah SAW bukanlah semata-mata menyentuh soal sembahyang, puasa, zakat dan haji malah ianya mencakupi seluruh aspek kehidupan. Berdasarkan ini semua, kita dapat memahami bahawa tugas para pewaris nabi yang sebenar adalah suatu tugas yang sangat luas dan mencabar. Fahaman bahawa peranan ulamak atau ahli agama hanya terbatas dalam soal-soal ibadah dan kerohanian dqan tidak meliputi soal-soal kenegaraan دع مالقيصر بقيصر وما لله لله adalah fahaman orang-orang kafir tentang peranan paderi mereka dan bukan fahaman Islam tentang peranan ulamaknya. Dalam hal ini Imam Malik rahimullah sebagai seorang ulamak telah menunjukkan contoh warasatul Anbiya' yang sebenarnya.
وكان الامام مالك رضى الله عنه ياءمر الأمراء فيجمعونله التجار والسوقة ويعرجونهم عليه، فاذا وجدواحدا منهم لايفقه أحكام المعاملات ولايعرف الحلال والحرام فيها اقامة من السوق وقال له تعلم أحكام البيع والشراء تم اجلس فى السوق فان من لم يكن فقبها أكل الرباء شاء أو أبى.

Nas ini menunjukkan kepada kita bagaimana Imam Malik sebagai ulamak menyentuh secara langsung dalam soal perjalanan ekonomi negara dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang ulamak. Nas ini juga menunjukkan bagaimanakah seharusnya islamisasi dan pengislahan ekonomi negara patut dilakukan. Kita ingin bertanya sejauh manakah para ahli agama telah memahami hakikat tugas dan peranan mereka ini dan kita juga ingin bertanya bagaimanakah kedudukan ulamak dalam struktur pemerintahan negara hari ini dan bagaimanakah pengislahan atau islamisasi ekonomi negara dan masyarakat dapat dilaksanakan di dalam sebuah negara yang menolak panduan syariat-syariat Islam dalam kehidupan manusia.

4. Membentuk Generasi Ulamak Yang Berperanan Semula

Sesungguhnya, membiarkan sektor-sektor kehidupan masyarakat Islam di urus dan dikendalikan mengikut aturan, ukuran dan nialaian golongan kafir dan menolak panduan Allah SWT adalah merupakan sebab utama berlakunya kelemahan dan kedhaifan umat Islam sepanjang zaman. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 120:

Sabda Rasulullah SAW:

اللهم لا مانع لما أعطيت ولا معطى لما منعت ولا ينفع الجد ذا الجد

Oleh itu, membentuk kembali generasi ulamak yang berperanan sebagai waris para Anbiya' dan yang mengetahui peranan cara melaksanakannya adalah merupakan pra syarat kepada sebarang langkah pembaharuan yang bermakna atas umat Islam. Hakikat yang menjadi nyata apabila dihubungkan kepada peranannya dalam gerakan Islam sebagai saf yang telah diamanahkan untuk memimpin dan menerajui dakwah Islamiah. Tanpa pengislahan ke atas golongan ulamak, umat Islam akan terus berada dalam kelemahan dan kebangkitan Islam akan mengalami kebuntuan.

5. Perubahan Dari Dalam

Untuk mewujudkan dan melaksanakan pengislahan ini, ia mestilah bermula dari kalangan para ulamak sendiri. Ini haruslah perlu berlaku dari peringkat yang paling asas iaitu pada zaman pembentukan ulamak atau dengan lain perkataan di zaman pelajar. Firman Allah SWT dalam surah Ar-Ra'du ayat 13:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Iaitu Tuhan tidak akan merubah keadaan mereka, selama mereka tidak merubah sebab-sebab kemunduran mereka.

Dalam hal ini golongan penuntut agama hendaklah mewujudkan sebuah gerakan pembaharuan dari kalangan mereka sendiri. Gerakan yang dapat menjadi wadah kepada usaha-usaha pembaharuan dan peningkatan serta penempatan semula pelajar agama dan ulamak di tempat mereka yang sebenarnya. Gerakan seumpama ini perlulah dapat dicorakkan dan dibentuk menurut aspirasi sebenar golongan pelajar-pelajar agama berpandukan kepada syariat Allah SWT. Ia hendaklah dapat diarahkan menurut rencana-rencana pengislahan yang berhubung langsung dengan pelajar agama. Ia mestilah merupakan organisasi dan gerakan yang dapat menjadi model yang memberikan gambaran sebenar keduduakn dan peranan para ulamak, ia mestilah menjadi wadah yang menjadi medan golongan pelajar agama menyuburkan bakat dan kepakaran mereka sebagai pelajar agama. Ia juga menjunjung tinggi aspirasi pelajar-pelajar agama dan ulamak dengan berpandukan kepada peribadi-peribadi dan pengalaman-pengalaman para ulamak silam yang telah berjasa besar kepada Islam. Untuk merealisasikan cita-cita in golongan pelajar-pelajar agama mestilah menjadi teras kepada organisasi dan pergerakan mereka, di mana mereka bebas untuk membentuk dan mencorakkannya bagi melahirkan corak pembaharuan yang dikehendaki.

6. Kepentingan PMRAM

Selepas kita telah mendapat gambaran yang terang berhubung keperluan para pelajar agama kepada suatu organisasi atau gerakan pelajar agama yang murni serta menjunjung tinggi idealisme penuntut-penuntut agama dan ulamak-ulamak Islam dalam rangka untuk melahirkan pengislahan dan pembaharuan yang bermakna, maka kita akan dapat melihat sejauh manakah kepentingan PMRAM dan perannya dalam menjayakan matlamat ini.

Sesungguhnya kelahiran PMRAM sebagai sebuah pertubuhan dan pergerakan pelajar Malaysia di Universiti Al-Azhar adalah sebenarnya merupakan hasil cetusan penuntut-penuntut agama dari keinginan mereka untuk memainkan peranan yang lebih luas sebagai golongan warasatul Anbiya' . Ini jelas tergambar dalam aktiviti PMRAM sepanjang penubuhannya selama 63 tahun. Ia merupakan aktiviti yang cemerlang meliputi aspek pembelajaran, sosial, ekonomi dan politik antarabangsa. Apa yang membanggakan penubuhan PMRAM sebagai sebuah ikatan Mahasiswa Melayu Islam Al-Azhar yang lahir pada tahun 1930 turut sama dipengaruhi cita-cita dan menjunjung perjuangan Pan Islamism yang menjadi slogan perjuangan Isalm pada ketika itu (selepas kejatuhan Khulafa' Othmaniah). Ia merupakan suatu cita-cita dan perjuangan yang dicetuskan oleh Al-Marhum Syed Jamaluddin Al-Afghani dan didokong bersama oleh Al-Marhum Syeikh Muhammad Abduh bekas reaktor Al-Azhar. Cita-cita ini merupakan seruan kepada umat Isalm yang telah kehilangan tempat bernaung , (Khulafak’Othmaniah) supaya terus berjuang untuk mewujudkan negara-negara Islam bersatu tanpa mengira bangsa, keturunan dan tanahair. Hakikat ini tergambar di dalam aktiviti-aktiviti PMRAM (pada ketika itu PPS):

Menyokong penubuhan ikatan pelajar-pelajar Indonesia yang menuntut kemerdekaan negaranya

Turut sama dalam tunjuk perasaan dalam menentang Inggeris keluar dari bumi Mesir.

Bekerjasama menubuhkan satu gabungan emapt serangkai bagi merapatkan hubungan dan memadukan tenaga perjuangan pelajar-pelajar Malaysia, Indonesia, Filipina dan Siam.

Menghantar dua wakil ke kongres "Pemuda Isalm" yang diadakan di Karachi

Menggabungkan diri dalam persatuan pelajar-pelajar Kongres Islam yang berpusat di Kaherah

Mendaftar 65 pemuda Melayu menjadi askar sukarela menentang pencerobohan tiga serangkai iaitu, Perancis dan Israel. Mereka yang tidak berkesempatan telah mendermakan darah dan pelajar puteri membantu menjahit pakaian tentera dan lain-lain lagi.

Kesemua ini merupakan fakta yang terang dan saksi yang jujur atas fungsi PMRAM semenjak penubuhannya telah menjadi organisasi pelajar Malaysia di Al-Azhar yang disegani dan telah menjadi wadah perjuangan Islam yang mereka bawa pada ketika itu. Rahsia keutuhannya adalah berpunca dari hakikat PMRAM sebagai cetusan hatu nurani dan suara batin seluruh penuntut-penuntut agama di Universiti Al-Azhar dahulu dan akan datang. Suatu rahsia yang tidak dimiliki oleh pertubuhan yang lain. Hakikat ini telah membentuk anggotanya dengan sikap yang matang, mengutamakan kemaslahatan ummah lebih dari mereka sendiri dan bersedia untuk memikul perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh golongan pelajar di zaman ini.

Ujian Dan Halangan

Kedatangan dan kamunculan pertubuhan-pertubuhan baru dari luar yang berlatarbelakangkan dan berteraskan golongan bukan pelajar agama, jauh sekali mendokong tinggi aspirasi dan perjuangan pelajar-pelajar agama dan para ulamak sepanjang zaman, begitu juga usaha-usaha untuk menguasai dan menghalang aktiviti-aktiviti yang digerakkan, tidak akan dapat memperagui keutuhan dan kegemilangan PMRAM selaku persatuan dan organisasi yang menjadi milik penuntut-penuntut Al-Ahar dan sebagi wadah perjuangan mereka di zaman ini.

Penutup Dan Kesimpulan

Kini yang menjadi kewajipan generasi baru Al-Azhar ialah mempertahankan organisasi mereka. PMRAM dan meneruskan perjuangannya untuk melahirkan ulamak yang berwibawa serta berperanan sebagai warasatul Anbiya’ . Sesungguhnya keperluan pelajar-pelajar Malaysia di Al-Azhar pada zaman ini menuju kepada suatu organisasi pelajar yang utuh adalah lebih mendesak berbanding pada zaman silam. Oleh itu, adalah amat penting kepada kita supaya menghayati kembali peringatan Rasulullah SAW yang sangat bermakna di medan Uhud.

مكانكم انتصرنا أو انكسرنا

No comments: