Friday, June 27, 2008

Wahai ulama' jangan sembunyikan kebenaran

"Firman Allah Taala:
وَلَا تَلۡبِسُواْ ٱلۡحَقَّ بِٱلۡبَـٰطِلِ وَتَكۡتُمُواْ ٱلۡحَقَّ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (٤٢
Ertinya : Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. (Surah Al-Baqarah : 42)

Ayat ini dengan jelas memberi peringatan kepada kita supaya tidak mencampuradukkan perkara yang benar dengan perkara yang salah, hingga tidak nampak lagi kebenaran atau kebatilan sesuatu perkara. Perbuatan ini menyebabkan umat Islam berada dalam kekeliruan dan akhirnya sesuatu perbuatan yang salah tidak lagi dianggap salah, malah dianggap perkara biasa.


Mendedahkan aurat bukan lagi dianggap perkara yang salah sedangkan menutup aurat itu wajib ke atas setiap orang Islam. Memakai seluar pendek mendedahkan aurat lelaki ketika bermain bolasepak, tidak lagi dianggap salah. Wanita Islam tidak bertudung tidak lagi dianggap salah, malahan jika sekumpulan orang berkumpul, jika hanya seorang yang memakai tudung, dia akan dianggap "alien" dalam kumpulan itu.

Begitulah yang berlaku hari ini, apabila kerajaan PAS Kelantan memperkenalkan peraturan berpakaian yang menekankan syariat Islam, maka ianya diperlekehkan dan diserang oleh golongan yang memanggil diri mereka Sister In ISLAM dan juga Ustazah Dr Mashitah Ibrahim. Kata mereka kenapa diperbesarkan isu remeh temeh, orang pakai tudung pun dirogol dan sebagainya. Beginilah yang berlaku apabila pengamalan Islam dipandang dari aspek fikiran manusia semata2. Arahan dan hukum yang jelas dalam Al-Quran dan hadith tidak diendahkan, tetapi hanya dipakai apabila ada kepentingan diri.

Ayat diatas juga mengingatkan kita supaya tidak menyembunyikan kebenaran. Tetapi inilah yang dilakukan oleh ulama Islam Hadhari UMNO. Kebenaran disembunyikan jika kebenaran itu menyusahkan mereka. Kebenaran itu disarungkan dengan kebatilan, seolah2 yang batil itulah yang benar. Itulah yang dilakukan oleh Ummu Hadhari Ustazah Mashitah dan ramai lagi ulama yang sekapal dengan beliau. Bila ditanya wartawan tentang peraturan MPKB itu, kalau dijawab ikut ilmunya, terpaksa setuju dengan MPKB, tapi kalau setuju dan sokong, nanti dicap penyokong PAS, jadi terpaksa sembunyikan kebenaran itu walaupun beliau mengetahuinya. Inilah dikatakan ulama batil.

Wahai Ulama, janganlah disembunyikan kebenaran dan arahan Allah yang jelas, janganlah keran mahu mengenyangkan perut, anda sembunyikan kebenaran. Jadilah ulama pewaris nabi, bukan ulama "syaitan bisu".

No comments: