Sunday, May 30, 2010

Dosa-Dosa & Facebook


Salam 1 Ukhawah,lame dah biarkan blog ini bersawang dan berhabuk kali ini saya datang kan dengan artikel dosa-dosa&facebook. Diharap dengan artikel yang saya terbit kan ini dapat menjadi iktibar,amal dan sampaikan.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Friday, April 30, 2010

PEMUDA UMNO UGUT BUNUH TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

KALAU SESIAPA JUMPA MUKA NI TERAJANG BAGI TERSUNGKUR SEBAB MANUSIA INI TIDAK BERFIKIR DAHULU SEBELUM BERCAKAP.

Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku graduan UiTM dan kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di satu wall perbincangan dalam facebook.

“Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi”

“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”….begitulah kata-kata biadap pemuda Umno ini.

Saya minta pimpinan PAS khususnya PAS kelantan dan Tok Guru Nik Aziz sendiri membuat laporan Polis. Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa. Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makhluk sebiadap ini.

Saya dapati laman Facebook beliau sudah ditutup…tapi ini maklumat yang saya sempat ambil. Harap disiasat kerana kita tidak boleh memadang kecil hal ini. Kalau dibiar, nanti lebih ramai yang besar kepala dan buat ugutan serupa.


Wednesday, April 28, 2010

Polis Lepas Geram Belasah Rakan Arwah Aminulrashid



Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Nota: Aduss...

Perisik Rakyat: Laporan Polis Sahabat Arwah Aminulrashid
Pengadu menyatakan:-

Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Wednesday, April 21, 2010

Umat Islam Kini........MasyaAllah!!!

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...tiba- tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah. ..

" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang Jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang Jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

Friday, March 26, 2010

Ratusan Umat Islam Bantah Akhbar Sweden

DIHADAPAN MASJID TABUNG HAJI

Kira-kira 500 umat Islam berkumpul di depan kedutaan Sweden di ibu negara bagi menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan tiga akhbar Sweden yang didakwa menghina Nabi Muhammad hari ini.

Sejurus selepas menunaikan solat Jumaat di masjid bersebelahan bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak, mereka berarak di kedutaan tersebut, kira-kira 500 meter sahaja daripada tempat tersebut.

Kumpulan tersebut diketuai Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Jais Abdul Karim.



Di samping bertakbir dan berselawat, mereka melaungkan slogan anti-Sweden seperti “Biadap Sweden” dan “Jahanam Sweden”.

Mereka juga membawa kain rentang dan poster bertulis “Kami kasih Nabi", “Jangan Hina Nabi Muhammad” dan "Kami berjuang untuk nabi kami".



Kelihatan kira-kira 40 anggota polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal sekitar kawasan tersebut. Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
PIHAK POLIS MEMBERIKAN KERJASAMA YANG BAIK

Setibanya kumpulan itu ke kedutaan negara terbabit di Plaza OSK, Jalan Ampang kira-kira jam 2.15 petang, Nasrudin dan Jais kelihatan naik ke pejabat kedutaan tersebut di tingkat 8 untuk menyerahkan memorandum bantahan mereka.

Memorandum dua halaman itu - ditandatangani 19 NGO Islam - antaranya menuntut kerajaan Sweden mengambil tindakan tegas terhadap pelukis karikatur itu dan tiga akhbar yang didakwa menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Selepas itu, pemimpin tersebut turun dan berucap kepada kumpulan penunjuk perasaan tersebut, sebelum disudahi dengan tindakan Nasrudin membakar bendera Sweden kira-kira jam 3.00 petang.

Nasrudin dalam ucapannya menyifatkan karikatur yang disiarkan itu amat menyentuh sensitiviti dan mencabar umat Islam seluruh dunia.

"Kita berhimpun serentak bersama dengan umat Islam di seluruh dunia, disebabkan kebiadaban pelukis karikatur di mana Rasulullah digambarkan seperti seekor binatang.

"Oleh itu kita minta kerajaan Sweden mengambil tindakan tegas kepada pelukis dan akhbar itu," katanya.

Manakala Jais pula dalam ucapannya berkata GPMS tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang menghina Nabi Muhammad.

"Mana-mana pihak yang menghina Melayu dan Islam, kita akan bersama-sama (bangkit) untuk menyatakan pendirian kita dengan jelas," katanya.

KETUA PEMUDA PAS PUSAT USTAZ NASARUDIN HASAN TANTAWI MEMBAKAR BENDERA NEGARA SWEDEN MAHU MENUNJUKKAN KEMARAHAN KITE UMMAT ISLAM TERHADAP SWEDEN ZIONIS LAKNATULLAH


Sebelum ini, dilaporkan lakaran karikatur yang menggambarkan kepala Nabi Muhammad pada badan anjing - karya pelukis Sweden Lars Vilks - dikemukakan sebagai bahan pameran di sebuah pusat warisan budaya Sweden.

Bagaimanapun, lakaran itu ditolak atas sebab-sebab keselamatan.

Namun, sebuah akhbar Sweden kemudian menyiarkannya bersama tulisan editorial yang mempertahankan kebebasan bersuara. Tiga lagi akhbar Sweden kemudiannya turut menyiarkan semula karikatur itu.

Tindakan itu yang membawa kepada bantahan negara-negara Islam sehingga Vilks menerima beberapa ancaman bunuh.

Thursday, February 25, 2010

NABI MUHAMMAD SAW MAKHLUK TERAGUNG

NABI MUHAMMAD SAW MAKHLUK TERAGUNG

Salam kepada semua pembaca setia blog ini,salam 1 Ukhwah saya ucapkan kepada semua yang sering melawati blog yang serba kekurangan ini.

Nabi Muhammad saw meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia biasa. Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani.

Umum mengetahui keadaan yang zahir adalah gambaran yang terjelma dari unsur-unsur batin. Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu. Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang. Begitulah dengan Nabi Muhammad saw. yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini. Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja. Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi'in.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini. Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci.

Di antara kata-kata appresiasi mereka yang pernah melihat baginda saw:

• Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.
• Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.
• Aku pernah melihat Rasulullah saw di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.
• Rasulullah saw seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah saw.
• Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.
• Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona
• Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat
• Wajahnya seperti bulan purnama
• Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
• Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang
• Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
• Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
• Mulut baginda sederhana luas dan cantik
• Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
• Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya
• Janggutnya penuh dan tebal menawan
• Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
• Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya
• Rambutnya sedikit ikal
• Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi
• Rambutnya terbelah di tengah
• Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat
• Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa
• Seimbang antara kedua bahunya
• Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik
• Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah saw.
• Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
• Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
• Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan
• Warna kulitnya putih tapi sehat
• Kulitnya putih lagi bercahaya
• Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh
• Badannya tidak gemuk
• Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak
• Perutnya tidak buncit
• Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka
• Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah saw.
Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda saw., makhluk terpuji dan teragung di muka bumi. Kesimpulannya Nabi Muhammad saw. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.

MORAL & IKTIBAR

• Nabi Muhammad saw. adalah manusia terbaik pilihan Allah.
• Sifatnya yang terpuji merangkumi aspek fizikal dan rohani.
• Atas sifatnya yang superior inilah baginda dilantik menjadi pemimpin seluruh manusia di dunia ini.
• Baginda adalah manusia mithali yang serba lengkap dan serba kamil dan layaklah baginda tidak disentuh sebarang dosa lagi bersifat dengan maksum.
• Kepimpinan Baginda sepatutnya menjadi contoh teladan kepada semua manusia di muka bumi ini. Barangsiapa mentaati Allah tanpa mengakui kerasulan Nabi saw, nescaya Allah tidak menerima keimanannya.

P/s : Salam Maulidur Rasul

Wednesday, February 24, 2010

Kompilasi Nasihat Luqman Al-Hakim. Nasihat Luqman Hakim Sebelum Meninggal Dunia

Kompilasi Nasihat Luqman Al-Hakim.
Nasihat Luqman Hakim Sebelum Meninggal Dunia

LUQMAN al-Hakim r.a mengingatkan anaknya ketika beliau berada di ambang kewafatan: "Wahai anakku! Sehingga setakat ini banyak yang sudah aku wasiatkan untukmu dan aku ingin mewasiatkan dirimu sekarang dengan enam perkara lagi, terdapat padanya segala ilmu orang yang terdahulu dan terkemudian:

1. Janganlah engkau sibukkan dirimu dengan urusan dunia kecuali dengan sekadar usia yang engkau miliki.


2. Sembahlah Tuhanmu, sekadar keperluanmu kepada-Nya.

3. Beramallah untuk hari akhirat, sekadar engkau ingin tinggal di sana.

4. Hendaklah engkau menyibukkan dirimu untuk melepaskan lututmu (dirimu) dari api neraka, selagi mana engkau masih belum mampu berjaya melepaskannya.

5. Beranilah engkau melakukan maksiat (kepada Allah), setakat mana engkau dapat bersabar dengan azab Allah.

6. Sekiranya engkau ingin melakukan maksiat kepada Allah, carilah tempat yang lain di mana Allah dan malaikat-Nya tidak dapat melihat dirimu.

10 Wasiat Imam Hasan Al Banna

Imam Syahid Hasan Al-Banna merupakan seorang ulama Islam yang memiliki pengaruh besar di Abad ini. Gerakan dakwah Al-Ikhwanul Muslimin yang dipimpin beliau terbukti memberikan kontribusi besar bagi kebangkitan Umat Islam dari tidur mereka yang panjang. Sebagai qiyadah jamaah dakwah, Imam Hasan Al-Banna telah menjadikan gerakan dakwahnya sebagai sebuah organisasi yang dinamis dan aktif dalam melakukan perubahan di tengah-tengah umat di seluruh dunia. Karena fikrah ikhwaniyah yang dilontarkan Imam Syahid mudah diterima dan menjadi pegangan bagi para mujahid di seluruh medan dakwah. Dalam mengarahkan para ikhwah untuk lebih giat berdakwah, Imam Syahid sering memberikan wejangan yang amat praktis dan mudah diamalkan. Di antaranya adalah yang dikenal sebagai 10 wasiat Hasan Al-Banna. Wejangan Imam Syahid yang sepuluh ini bersifat sederhana dan mudah dihafal. Layaknya seperti kiat-kiat aktifitas rutin harian yang setiap saat harus dihayati dan dilaksanakan oleh setiap anggota Jamaah Ikhwanul Muslimun. 10 Wasiat Imam Syahid adalah sebagai berikut ;
1. Bangunlah segera untuk melaksanakan sholat apabila mendengar adzan walau bagaimanapun keadaanmu.
2. Baca, telaah, dan dengarlah Al-Qur-an, berdzikirlah kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan janganlah engkau senang menghambur-hamburkan waktumu dalam masalah yang tidak ada faedahnya
3. Bersungguh-sungguhlah untuk bisa dan berbicara dalam bahasa Arab dengan fasih.
4. Jangan memperbanyak perdebatan dalam berbagai bidang percakapan karena hal itu tidak akan mendatangkan kebaikan.
5. Jangan banyak tertawa, sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (berdzikir) adalah tenang dan tenteram.
6. Jangan suka bergurau, karena umat yang berjihad tidak berbuat kecuali dengan bersungguh-sungguh terus menerus.
7. Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, karena hal itu akan mengganggu dan menyakiti.
8. Jauhilah ghibah (menggunjing) atau menyakiti hati orang lain dalam bentuk apa pun dan janganlah berbicara kecuali yang baik.
9. Berkenalanlah dengan saudaramu yang engkau temui walaupun dia tidak meminta, sebab prinsip dakwah kita adalah cinta dan taawun (kerjasama).
10. Pekerjaan rumah (PR) kita sebenarnya lebih bertumpuk daripada waktu yang tersedia, maka tolonglah saudaramu untuk memanfaatkan waktunya dan apabila kalian mempunyai keperluan maka sederhanakan dan cepatlah diselesaikan.

Bagi para aktivis dakwah sepuluh wasiat bagaikan resep yang sangat manjur untuk mengobati penyakit yang terdapat dalam hati mereka. Hal ini telah teruji sepanjang perjalanan dakwah Ikhwan sejak dikumandangkan oleh Imam Syahid sampai ke masa kita sekarang ini. Wasiat Imam Syahid merupakan rangkuman pemahaman beliau terhadap kandungan Al-Qur-an dan Sunnah yang semestinya mendapat prioritas utama dalam pengamalannya…. Berikut ini penjelasan lebih lanjut dari perintah harian Imam Syahid Hasan Al-Banna.
Wasiat Pertama: Bangunlah segera untuk melaksanakan sholat apabila mendengar adzan walau bagaimanapun keadaanmu.Wasiat ini mengandung perintah agar setiap Al-akh mendahulukan sholat lima waktu dari perkara lainnya. Karena sholat di awal waktu merupakan amal Islam yang paling utama sebagaimana dikemukakan Rasulullah Shollallahu Alaihi Wa Sallam ketika ditanya oleh seorang sahabat, “Apakah amal yang paling utama ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Sholat pada waktunya”. Wasiat ini juga mengharuskan jamaah ikhwan untuk selalu menanti waktu-waktu sholat. Akan lebih utama bila seorang akh itu selalu dalam keadaan berwudlu beberapa saat sebelum adzan berkumandang sehingga dia dengan segera dapat mendatangi masjid dan sholat berjamaah. Al-Akh tidak boleh memprioritaskan hal lain selain dari waktu sholat ini.
Wasiat Kedua: Baca, telaah, dan dengarlah Al-Qur-an berdzikirlah kepada Allah SubhanahuWa Ta’ala dan janganlah engkau senang menghambur-hamburkan waktumu dalam masalah yang tidak ada faedahnya.Setiap akh diwajibkan untuk selalu berinteraksi dengan Kitabullah Al-Qur-an. Mereka wajib membacanya di mana ada kesempatan. Di setiap pertemuan yang diselenggarakan ikhwah hendaknya dimulai dengan membaca Al-Qur-an. Selain itu ikhwah juga diminta untuk menelaah atau mentadabburkan isi Kitabullah sesering mungkin. Ini bisa dilakukan dengan membaca Kitab-kitab tafsir atau buku-buku Manhaj Islam yang menguraikan nilai-nilai Al-Qur-an. Bukankah Nabi mengatakan bahwa sebaik-baik ummat beliau adalah yang memperlajari dan mengajarkan Al-Qur-an. Imam Syahid juga mengingatkan agar waktu dimanfaatkan untuk berdzikir dalam segala keadaan. Surat-surat tertentu dan ayat-ayat pilihan biasa dapat dibaca dalam berbagai keadaan. Disamping itu ada bacaan-bacaan dzikir seperti tasbih, tahmid, takbir, tahlil, dan hauqallah yang sangat penting dilakukan dalam setiap keadaan ikhwah… Misalnya ketika berkendaraan, menunggu sesuatu, atau tengah diam… Ikhwah hendaknya tidak menyia-nyiakan waktu bagi hal-hal yang tidak bermanfaat karena di antara ciri orang-orang mukmin adalah “Alladzina hum anillaghwi mu’ridhuun” (Orang-orang yang menghindarkan diri dari perkataan atau perbuatan yang tidak ada manfaatnya.
Wasiat Ketiga: Bersungguh-sungguhlah untuk bisa dan berbicara dalam bahasa Arab dengan fasihSetiap akh diwajibkan belajar Bahasa Arab fushah (baku) dan mempraktekannya dalam kehidupan sehari-hari. Beliau mewajibkan hal ini karena Bahasa Arab merupakan salah satu syiar dakwah Islam. Bahasa Arab itu bahasa Al-Qur-an dan bahasa Ahlul Jannah (Ahli Syurga). Di antara sumber kekuatan ummat Islam adalah persatuan mereka yang bersifat mendunia. Kunci persatuan adalah kemampuan berkomunikasi cepat, dengan bahasa yang merupakan warisan Rasulullah Shollallahu Alaihi Wa Sallam dan para sahabatnya. Sementara itu orang-orang di luar Islam berusaha sekuat tenaga menjauhkan Ummat Islam dari bahasa induk mereka. Mereka mempopulerkan bahasa Inggris dan menyatakan bahwa bahasa Arab itu terbelakang. Mereka bahkan ingin ummat Islam tak lagi mampu membaca Al-Quranul Karim atau memahami kandungan maknanya ketika membaca Al-Qur-an tersebut.
Wasiat Keempat: Jangan memperbanyak perdebatan dalam berbagai bidang percakapan karena hal itu tidak akan mendatangkan kebaikan.
Imam Syahid mengingatkan para ikhwah untuk menjauhi perdebatan dan berdiskusi tentang hal-hal yang tak perlu. Ikhwah dianjurkan banyak bicara tetapi tentang hal-hal yang penting atau mendesak untuk dibicarakan… Perdebatan selamanya hanya melukai orang yang didebat karena setiap orang selalu berusaha mempertahankan pendapatnya kendati salah. Al-Qur-an sendiri mengingatkan kita dari bicara serampangan karena syaitan itu memecah belah manusia dari perkataan yang buruk. (S. Al-Isra: 53)
Wasiat Kelima: Jangan banyak tertawa, sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (berdzikir) adalah tenang dan tenteram.
Imam Syahid melarang para ikhwah banyak tertawa untuk memelihara dan menjaga kesucian hati mereka agar selalu berdzikir kepada Allah... Banyak tertawa bisa timbul karena ada yang membanyol, atau menceritakan sesuatu yang membuat orang-orang tertawa terbahak-bahak. Biasanya tidak jauh dari mengejek dan menghina orang lain baik secara langsung atau tidak. Karena itulah Al-Imam mengingatkan bahaya orang-orang yang banyak tertawa dan sedikit menangis.
Wasiat Keenam: Jangan suka bergurau, karena ummat yang berjihad tidak berbuat kecuali dengan bersungguh-sungguh terus menerus.
Imam Syahid Hasan Al-Banna juga melarang para ikhwah banyak bercanda atau membanyol yang membuat orang lain tertawa baik dengan ucapan, cerita, atau tingkah laku yang lucu. Beliau menyatakan bahwa sikap pejuang Islam adalah bersungguh-sungguh atau serius sebagaimana disebutkan dalam Al-Qur-an S. Al-Ankabuut ayat 69
Wasiat Ketujuh: Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, karena hal itu akan mengganggu dan menyakiti. Imam Syahid Hasan Al-Banna mengingatkan para ikhwah agar memperhatikan adab berbicara di antaranya dengan merendahkan suara dari segi volume dan merendahkan hati dari segi isi pembicaraan. Islam memerintahkan ummatnya untuk memiliki kelembutan hati dan hal itu dimulai dari kelembutan dalam berbicara atau berdialog.
Wasiat Kedelapan: Jauhilah ghibah (menggunjing) atau menyakiti hati orang lain dalam bentuk apa pun dan janganlah berbicara kecuali yang baik.
Dalam wasiat ini Imam Syahid mengingatkan agar para ikhwah tidak menggunjingkan orang lain. Bergunjing adalah membicarakan sesuatu tentang orang lain yang tidak disukai orang tersebut bila dia mendengar pernyataan itu. Bergunjing adalah larangan keras dalam berbicara. Oleh Al-Qur-an orang yang suka menggunjing disamakan dengan orang yang memakan daging saudaranya sendiri. ( S. Al-Hujaraat 12.)
Wasiat Kesembilan; Berkenalanlah dengan saudaramu yang engkau temui walaupun dia tidak meminta, sebab prinsip dakwah kita adalah cinta dan taawun (kerjasama).
Imam Syahid menekankan bahwa prinsip dakwah Islam sejati adalah saling berkenalan. Pepatah mengatakan, “Tak kenal maka tak sayang”. Allah telah menciptakan manusia berjenis-jenis suku bangsa dan bahasanya, beraneka ragam latarbelakang hidupnya agar mereka saling kenal mengenal (Al Hujarat: 13). Untuk meraih hati orang lain pada langkah pertama adalah dengan memperkenalkan diri dan mengenal orang lain. Dengan perkenalan itu maka jembatan antara hati kita dengan hatinya sudah tersambung… Setelah itu potensi untuk saling tolong menolong dan bekerjasama akan terbuka.
Wasiat Kesepuluh : Pekerjaan rumah (PR) kita sebenarnya lebih bertumpuk daripada waktu yang tersedia, maka tolonglah saudaramu untuk memanfaatkan waktunya dan apabila kalian mempunyai keperluan maka sederhanakan dan cepatlah diselesaikan.
Imam Syahid mengingatkan bahwa tugas para ikhwah yaitu agenda dakwah sangat banyak. Bahkan lebih banyak dari waktu yang tersedia. Umur dakwah ini lebih panjang dari umur para juru dakwah itu sendiri. Mereka tidak boleh menunda-nunda pekerjaan yang sudah ada di depan mata, disebabkan pekerjaan lain akan segera menyusul… Karenanya ikhwah harus bekerja sama untuk saling memudahkan pekerjaan mereka, sebagaimana sering dikemukakan Rasulullah saw., “Permudahlah dan jangan dipersulit”. Dalam gerakan dakwah kita harus saling melayani dan membantu mempermudah urusan saudara kita sehingga pekerjaan dakwah akan menjadi ringan dan menyenangkan.Wallahu a’lam

Thursday, February 11, 2010

Ujian Aku Untuk Sambung Belajar Di Bumi Anbiya

Asslamualaikum semua lama dah rasa nya tak update blog ni,abis di penuhi ngan habuk dan sawang.

Banyak kali aku tanya umi&ayah "boleh tak abang nak g jordan",Umi kata "pergi la,tapi umi tak ada duit nak hantar pergi sana. Aku sepatut nya di jangka terbang ke sana pada awal bulan Febuari hari tu,tetapi dengan masalah kewangan aku terpaksa pergi insyaAllah bulan April ini untuk sambung pelajaran di sana.

Hari ini aku telah pergi ke tiga pusat khidmat masyarakat ahli parlimen dan adun kawasan aku tetapi dua dari nya menolak permohonan sumbangan aku untuk sambung belajar mereka kata aku tak ada surat tawaran untuk belajar disana. Masa sebelum pilihan raya mereka sedap sangat dengan janji-janji manifesto mereka,tetapi sekarang tak ada. Bulan lepas aku mintak zakat selangor,tetapi mereka kata kolej tempat aku belajar sekarang ini tak iktiraf,masa sebelum pilihan raya mereka keluarkan manifesto mereka mengatakan hendak bantu semua rakyat selangor,mereka kata hendak bantu anak kelahiran selangor yang belajar. Sekarang habuk pun tak ada,sama macam pimpinan UMNO selangor dulu juga.

Sesiapa yang berhajat membantu saya untuk sambung belajar di Jordan boleh lah salurkan ke no akaun yang bernama Abdul Muhaimin Abu Bakar (163064159763 Mybank) atau hubungi saya ditalian (014-5095899). Semoga anda semua dirahmati oleh ALLAH S.W.T Amin.

Friday, January 8, 2010

Memo berjaya diserah, lebih 1000 berhimpun bantah Mesir


Lebih seribu berhimpun secara aman di hadapan Kedutaan Mesir di ibu negara hari ini bagi menyerahkan memorandum membantah tindakan kerajaan negara itu yang bersekongkol dengan Israel menindas umat Islam Palestin.

Himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) itu bermula di perkarangan Kompleks Tabung haji selepas solat Jumaat tengahari tadi dan seterusnya berarak lebih kurang 4 kilometer ke Kedutaan Mesir yang terletak di Jalan Rhu, Ampang.

Perarakan diketuai Ketua DPPP, Nasrudin Hassan dan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.

Himpunan kali ini bagi membantah tindakan kerajaan Mesir yang menghalang pasukan konvoi Palestin di Pelabuhan El-Arish, yang mahu menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan bernilai lebih AS$1 juta kepada rakyat di sana.

Laungan takbir dan 'Hidup Islam', 'Hancur Yahudi, 'bebasPalestin,bebas Al Aqsa, 'hancur Hosni Mubarak' bergema dalam perarakan itu.

Pelbagai bentuk bantahan dizahirkan termasuk memakai mafla warna bendera Palestin, sepanduk mengecam Mesir dan Israel serta bermacam lagi.

Turut bergema sepanjang perarakan adalah nyanyian lagu nasyid "Al-Amalulillah" yang bermaksud 'beramal kerana Allah' sebagai pembakar semangat peserta himpunan.

Pihak keselamatan mengawal baik himpunan dengan menjaga lalu lintas untuk memberi laluan kepada peserta himpunan.

Manakala pasukan Unit Amal menjadi barisan hadapan dan menjaga keselamatan peserta himpunan.

DPPP meminta pihak Kedutaan membenarkan lima wakil mereka masuk untuk meyerahkan memorandum namun hanya empat orang sahaja yang dibenarkan masuk.

Mereka ialah Salahudin, Nasrudin, Timbalan DPPP, Azman Shapawi Abdul Rani dan Ketua Muslimat, Nuridah Salleh.

Sementara menunggu pertemuan dan serahan memorandum selesai di dalam, beberapa peminpin berucap dengan menyampaikan pidato kepada peserta himpunan di luar pimtu masuk bangunan kedutaan dengan dikawal sebilangan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Antara yang berucap Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat Dr. Dzulkifli Ahmad, Hanipa Maidin dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin.

Kesemua mereka mengutuk keras tindakan kerajaan Mesir yang didakwa bersekongkol dengan rejim Zionis menindas umat Islam Palestin.

Mereka juga menyeru Umat Islam seluruh dunia bangkit membuat penentangan berterusan di atas sikap kerajaan Mesir tersebut.

Memorandum bantahan berkenaan bagaimanapun berjaya diserahkan kepda Duta Mesir,Hani Abdel Kader Ahmed sendiri dalam pertemuan hampir 15 minit.

"Kami telah menyatakan hasrat kami agar Mesir memainkan peranan penting membenarkan aktivis antarabagsa menghantar bantuan mereka ke Gaza.

"Beliau berjanji untuk mainkan peranan penting dan menyatakan kesedian memberikan bantuan kepada umat Islam Palestin," beritahu Salahudin pada sidang media sejurus menyerahkan memorandum bantahan tersebut.

Selain itu, Mesir juga jelasnya perlu menunjukkan sikap lebih toleran dan terbuka dalam meyelesaikan masalah umat Palestin dan tidak terus menerus dilihat sebagai boneka Amerika.

Dikesempatan sama, Salahuddin juga menyampaikan ucapan penghargaan tidak terhingga PAS buat semua badan-badan dunia sama ada Islam mahupun bukan Islam, yang sentiasa teguh di belakang umat Islam Palestin.

Manakala Nasrudin pula memberitahu, turut dituntut agar Mesir menghentikan usaha membina tembok di sempadan negara itu yang dilihat sengaja untuk mengepung penduduk Palestin.

"Kami juga meminta kerajaan Mesir segera menghentikan usaha membina tembok sepanjang 6 kilometer menyebabkan ummat Islam Palestin bagai terpenjara, dihalang makanan,minuman, bekalan perubatan.

"Andaikata berlaku peperangan, sudah tentu sukar bagi umat Islam Palestin untuk keluar menyelamatkan diri," kata Nasrudin.

Umno pasang perangkap dalam isu kalimah "Allah"

Apa pun kontroversi yang tercetus di sebalik isu penggunaan kalimah Allah, masyarakat khususnya orang Islam perlu bertenang dan tidak terikut-ikut dengan mainan emosi yang cuba disemarakkan oleh Umno dan NGO bonekanya.
Tindakan provokasi Umno dan kumpulannya itu sebenarnya memburukkan lagi suasana dan mencemarkan lagi imej agama Islam yang mengajar penganutnya supaya rasional dan berhikmah.

Lakonan Umno ini memang melucukan memandangkan parti itulah suatu masa dulu ghairah mahu menghapuskan perkataan Islam pada PAS atas alasan kononnya tidak mahu ia disalahguna. Ada pemimpin Umno juga yang celupar mulut memperlekeh undang- undang dan hukum-hakam Islam.

Tetapi dalam isu Allah, mereka kemaruk pula menonjolkan diri sebagai wira agama kononnya, termasuk berdemonstrasi yang suatu masa dulu mereka kata ia satu perbuatan bodoh dan membuang masa.

Memang diakui isu ini sangat sensitif, kerana itu menangani isu sebegini perlu bijak dan rasional.

Bagi kalangan ulama Islam, terdapat dua pendapat berkenan perkara ini. Antara ulama yang mengharuskan penggunaaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah Syeikh Fauzi Al-Zafzaf, iaitu bekas Timbalan Reaktor Al-Azhar yang sekarang menjawat jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Dialog Antara Agama Universiti Al-Azhar

Konsensus 2 badan pelajar UM: Hidupkan wacana antara kaum

Ketika isu kontroversi kalimah “Allah” kini muncul debat panas, pertubuhan mahasiswa Islam dan Kristian Universiti Malaya (UM) mencapai konsensus bersama, antara lain menggesa agar wacana dan dialog antara agama diberikan ruang dengan seadil-adilnya kepada semua agama supaya prasangka yang tidak berasas dalam menilai agama lain dapat dielakkan.

Ia merupakan sebahagian daripada konsesus bersama dicapai oleh Persatuan Mahasiswa Islam UM dan Persatuan Kristian Varsiti UM berhubung isu-isu agama dan kepercayaan pada masa sekarang khususnya selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Katolik Herald menggunakan kalimah 'Allah.

Kedua-dua pertubuhan itu juga berpendapat badan-badan dan institusi-institusi agama, bahkan pemimpin-pemimpin agama wajar mengambil langkah proaktif dengan berjumpa dan meningkatkan persefahaman di antara mereka dan pengikut agama-agama masing-masing.

Justeru, dalam mesej persefahaman ini juga, kedua-dua pertubuhan berkenaan menuntut kepada semua pihak agar memerhatikan beberapa perkara pokok yang perlu diambil tindakan segera, antaranya menuntut isu-isu agama tidak boleh dimanipulasikan sewenang-wenangnya oleh mana-mana pihak atas apa-apa kepentingan sekalipun.

“Kami mengecam pihak-pihak yang berkepentingan dalam memainkan isu ini untuk tujuan provokatif.

“Kami menggesa agar seluruh keluarga dan masyarakat memandang serius untuk mendidik ahli komuniti masing-masing dengan kepercayaan agama yang telah dipilih melalui kaedah yang sebenarnya, bukan saduran yang bersifat tidak lengkap sehingga boleh mendatangkan sikap prejudis terhadap penganut agama lain,” kata pemimpin kedua-dua pertubuhan mahasiswa Islam dan Kristian UM dalam kenyataan bersama dikeluarkan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan atas nama Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM Shazni Munir Mohd Ithnin dan Presiden Persatuan Kristian Varsiti UM Emily Tang.

Melihat kepada pelbagai polemik yang berlaku berhubung penggunaan kalimah “Allah” dan banyak lagi isu-isu agama dan kepercayaan yang berbangkit sebelum ini, kedua-dua perstuan berkenaan - pimpinan tertinggi dua persatuan besar yang menaungi mahasiswa Islam dan Kristian memutuskan untuk mengeluarkan satu persefahaman bersama berhubung isu-isu ini yang menjurus ke arah penyelesaian jangka masa panjang selain tuntutan-tuntutan yang dirasakan wajar terhadap seluruh pihak.

Ia mungkin boleh dijadikan panduan kepada semua pihak sebagai salah satu jalan yang relevan dan sesuai dalam menguruskan isu-isu yang berlaku di sekitar kepercayaan dan agama.

Selain itu mereka juga mendesak agar diberikan pendidikan yang benar dan terbaik kepada setiap penganut agama agar perbezaan dan persamaan setiap agama itu diketahui secara adil oleh semua terutama dari sudut hal-hal yang bersifat fundamental.

Justeru kata mereka perundangan bukanlah satu-satunya cara untuk menyelesaikan permasalahan yang ada dalam keadaan kemungkinan keputusan-keputusan mahkamah tersebut boleh dimanipulasi oleh sesiapa sahaja.

“Badan-badan dan institusi-institusi agama, bahkan pemimpin-pemimpin agama wajar mengambil langkah proaktif dengan berjumpa dan meningkatkan persefahaman di antara mereka dan pengikut agama-agama masing-masing,” kata mereka.

Saturday, December 19, 2009

Ketika Cinta Bertasbih.


Salam buat semua di arena siber...

Sudah tiga minggu lebih blog ini tidak diupdate dengan sebarang entry baru. Belumlah dipenuhi sawang tetapi debu-debu sudah mula kelihatan. Maklumlah diri aku sedikit kesibukan dengan beberapa urusan. Banyak program yang akan diadakan dalam masa terdekat tapi entahlah aku mempunyai kesempatan waktu atau tidak,memandangkan tarikh program yang saling bertembung dengan tarikh pengajian.

Ketika berangkat ke Terengganu baru-baru ini,banjir melanda lagi. Beberapa kawasan yang sudah surut,dinaiki air semula. Sepanjang perjalanan aku berkesempatan untuk menyaksikan beberapa buah kampung yang digenangi air hujan yang turun tanpa henti. Ada sebuah banglo dua tingkat,seluruh bahagian bawahnya ditenggelami air sehingga pasukan bomba terpaksa datang membawa bersamanya bot penyelamat. Aku tidak mahu bercerita panjang berkenaan banjir ini kerana semua sudah sedia maklum mengenainya. Media-media massa pun sudah banyak melaporkan.Lagi,mereka yang tinggal di kawasan yang dilanda banjir ini sudah tentu lebih mengetahui dan mengalaminya sendiri.

"Ketika Cinta Bertasbih" ,sahaja aku letakkan sebagai tajuk posting aku kali ini. Untung-untung siapa yang menaip tajuk itu di enjin search google,akan ada yang tersesat masuk ke dalam blog aku ini. Mungkin ramai sudah mengetahui mengenai filem ini yang diangkat ke layar perak dengan diadaptasikan dari novel islamik karangan Habiburrahman El-Sherizy yang juga merupakan penulis kepada novel Ayat-Ayat Cinta . Filem yang menjalani pengembaraan sekitar Mesir ini,pada pandangan peribadiku sampai mesejnya walau tidak sama dengan membaca novelnya sendiri. Padaku,bila membaca penghayatannya lebih. Tidak tahulah mereka yang lain bagaimana.

Merenung tajuk dan menonton filem ini,aku rasa mesejnya mudah.Cinta itu bukan sekadar meminta tetapi juga memberi. Bukan sekadar cinta berlainan jenis yang disuratkan dengan ikatan perkahwinan,tetapi cinta kekeluargaan,persahabatan juga cintakan agama. Peri pentingnya,cinta itu semuanya kerana Allah.

Lirik ini adalah lagu yang menjadi OST Ketika Cinta Bertasbih,nyanyian Melly Goslow ft Amee. Mari kita hayati bersama mungkin akan sampai maksud apa yang ingin disampaikan oleh Habiburrahman El-Sherizy melalui novel beliau atau filem ini sendiri.

(LAGU TEMA CERITA KETIKA CINTA BERTASBIH)
"Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta"

Jadi kepada siapa yang belum menonton filem ini,maka aku syorkanlah supaya menontonnya. Cuma jangan bengang bila sampai di penghujungnya,tertulis to be continued. Maklumlah novel itu sendiri ada 2 jilid,jadi mestilah ada sambungannya.

InsyaAllah beberapa minggu lagi aku akan menghadapi peperiksaan semestar. Entahlah jika selepas ini ada kesempatan waktu atau tidak untuk diupdate blogku. Selalu bila namanya pelajar,kesempatan menulis blog sedikit terbatas. Lebih disibukkan untuk menyiapkan assignment dan apa yang tidak siap sebelum tarikh peperiksaan. Tapi jika ada kelapangan,blog ini memang tidak akan ku biarkan bersawang atau berdebu. Biar segala perkongsian bisa berjalan.

Cukuplah sekadar pada coretan ini,moga akan bertemu lagi.

Wassalam.

10 CARA MEMBINA MOTIVASI DIRI

10 CARA MEMBINA MOTIVASI DIRI

TIBA-TIBA anda terasa tidak bermaya sekali. Hidup umpama tidak bererti. Nyata anda telah kehilangan motivasi diri. Apa yang harus anda lakukan?

Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan sekaligus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, “Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh kesah”.

Berikut adalah langkah-langkah 10 cara membina motivasi diri yang disarankan oleh Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj, yang saya petik dari bukunya yang bertajuk “Membina Jati Diri Cemerlang”.

1 PERBAIKI IMEJ ANDA
Cuba lakukan sedikit perubahan. Kalau selama ini anda tidak kisah dengan baju atau seluar yang tidak bergosok, cuba kali ini gosoknya dengan licin dan pelbagaikan warnanya. Ubah gaya anda berjalan, sesuai dengan penampilan baru anda. Tapi, janganlah berjalan dengan penuh sombong di bumi Allah ini.

Jika anda wanita, cuba tukar imej kusam kepada kemas. Jangan terlalu pendiam tetapi jangan pula terlalu membuat bising. Jagalah batas anda sebagai seorang muslimah. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika ada orang meminta pandangan ataupun pendapat anda.

2 LAKUKAN SENAMAN RINGAN
Tubuh yang lemah, lembik dan lembam boleh dipulihkan dengan melakukan sedikit senaman ringan untuk menggerakkan tubuh. Tidak perlu melakukan senaman-senaman yang berat kerana ia hanya akan menyebabkan tubuh anda letih, dan menjejaskan tumpuan anda belajar. Keletihan hanya akan menyebabkan anda kembali tidak bermaya. Malah mengikut kajian, bukan semua orang sesuai melakukan senaman berat. Sesetengah orang, atas sebab-sebab kesihatan dan fizikal semulajadinya lebih digalakkan supaya tidak bersenam dengan berat.

Senamkan juga minda anda dengan membaca atau mencuba sesuatu yang berhalangan. Cara terbaik membuat senaman minda adalah dengan membaca, merenung, mempersepsi dan juga membuat ta’akulan.

3 SENYUM
Senyuman boleh mengubah segala-galanya. Dalam mood yang tidak baik, memang agak sukar hendak melakukan ini, tapi ingat jika anda senyum pulangannya serupa. Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik. Jika anda memasamkan muka, orang lain juga akan memasamkan muka mereka terhadap anda.

Sifir kehidupan ini mudah, anda berbuat baik kepada orang lain anda akan dibalas dengan kebaikan yang sama atau mungkin dengan yang lebih baik. Jika anda berbuat jahat kepada orang lain anda akan mendapat balasan yang serupa atau yang lebih teruk. Dosa dibalas dengan neraka, kebaikan akan dibalas dengan Syurga. Bukankah itu suatu keadilan?

4 BERFIKIRAN POSITIF
Berfikiran positif akan membuatkan perkara yang sukar akan bertukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas.

Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah ia menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH. Fikiran postif yang diiring dengan tindakan yang positif selalunya akan membuahkan kejayaan dan kecemerlangan.

5 DAPATKAN TIDUR YANG MENCUKUPI
Kita memang memerlukan tidur yang berkualiti untuk mendapatkan kesegaran tubuh yang betul. Kalau telur ayam pun boleh digredkan mengikut kualitinya, demikianlah pula dengan manusia. Tidur-tidur ayam adalah tidur yang tidak berkualiti dan menyebabkan minda terdera serta tidak mendapat kerehatan yang secukupnya.
Rasa runsing, marah-marah mahupun tidak semangat adalah antara natijah daripada keletihan akibat tidak cukup tidur ataupun tidur yang tidak berkualiti.

6 LUAHKAN PADA SESEORANG
Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda tidak berasa stabil, bahkan dalam semua keadaan pun anda memerlukan seorang sahabat. Sahabat adalah seseorang yang amat memahami anda dan sedia menjadi sahabat biar dalam kesusahan apatah lagi dalam kesenangan.

Maka pilihlah sahabat yang baik, berbudi dan beriman kerana ciri-ciri yang ada pada dirinya itu adalah cermin keperibadian anda juga.

7 CURAHKAN DI ATAS KERTAS
Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar atau hanyutkan ke sungai. Macam mana? Terasa lega?

8 BERSEDIA UNTUK BERUBAH
Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Bulatkan hati, kuatkan tekad dan oraklah langkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Tanpa berkalau-kalau lagi. Lakukan dengan perubahan sepenuh hati dan lihatlah hasilnya nanti.

9 CARI KEGEMARAN BARU
Setiap kegemaran kita akan ada hayatnya. Umpamanya kita sebagai manusia, suatu hari nanti pasti kita akan mati. Begitu juga dengan kegemaran, sampai masanya pasti anda akan berasa jemu. Tidak salah untuk mencari kegemaran baru untuk mendapatkan lebih motivasi untuk mencorak kejayaan. Umpamanya jika dulu hobi anda adalah menulis, apa salahnya anda cuba meneroka suatu yang baru seperti melukis.

10 BERTEGASLAH
Bertegaslah dengan diri sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan, anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya. Apabila anda mengatakan pada diri sendiri untuk kembali ceria, bertegaslah untuk terus berkata begitu biarpun kadangkala kepahitan perkara lama masih terpahat di hati, walaupun perasaan anda dibuai-buai untuk mengatakan anda sedang bad mood sekarang.

Bertegas pada diri bukan ertinya anda tidak boleh memanjakan diri sendiri. Sekali-sekala layanlah diri anda sendiri sebagaimana anda melayan tetamu yang datang ke rumah. Juga anda boleh beri hadiah pada diri sendiri. Itu pun salah satu daripada cara menghargai diri.

Jika anda sendiri tidak selesa untuk menghormati diri anda, apakah wajar anda mengharap demikian daripada orang lain? Nah, sekarang bukankah masanya untuk bertiindak sesuatu.
Itulah antara saranan-saranan untuk memotivasikan diri. Jika anda bermasalah sekalipun cubalah untuk mengatasinya. Setiap penyakit ada ubatnya. Sama jugalah dengan masalah. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Tempat yang sebaik-baik untuk kita mengadu adalah kepada Allah SWT. Dialah yang mencipta kita. Dialah yang tahu segala kelebihan dan kekurangan pada kita. Dialah yang paling hampir dengan kita waktu susah dan senang. Mohonlah padaNya, mohonlah Taufik dan Hidayah dariNya, mohonlah kekuatan dariNya.

Monday, November 23, 2009

TGNA Tersenarai Top 50 Muslim Paling Terpengaruh Di Dunia.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku "The 500 Most Influential Muslims In The World" tahun 2009.

Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

"500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia" sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai katagori muslim radikal.

Nama tokoh Islam dari Malaysia yang tersenarai ialah Mursyidul Am PAS, TG Nik Abd Aziz Nik Mat yang menduduki tangga ke 42 dari keseluruhan 500 Muslim Yang Berpengaruh.

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 "Honourable Mention" di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia. Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam "Honorable Mention".

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Dato Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.

Dua orang pemimpin SIS yang kerap menimbulkan kontroversi dan pendokong Islam liberal di kalangan feminis, Sharifah Aljeffri dan Zaynah Anwar juga disenaraikan.

Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

Bukan Kejadian Di Sini, Ini Di Tempat Lain.. Harap Maklum!

Bukan Kejadian Di Sini, Ini Di Tempat Lain.. Harap Maklum!

Saya mahu bercakap soal orang yang bercakap bohong. Saya benci apabila dibohongi, apatah lagi jika bohong itu merupakan bohong yang terkantoi dan cuba ditegakkan juga benang yang basah, lebih malang lagi ada juga terpedaya dengan cara pembohongannya.

Itu tidak mengapa kerana yang mempercayainya bukan saya, tapi yang lebih sadis adalah jika orang yang tidak bersalah juga turut dikaitkan, bahkan kantoi pembohongan yang kedua ini lebih besar dari kantoi pembohongan yang pertama dan lebih parah lagi, selepas kantoi pembohongan yang kedua ini, masih ada lagi orang-orang yang kurang daya untuk berfikir secara waras mempercayai kaki bohong yang kantoi. Aduh, apa nak jadi dunia sekarang ini pun aku tak tahu. Kata Nabi, "Orang beriman tak masuk lubang biawak (dibohongi) dua kali"

Bahaya Si Mulut Manis

Dunia ini, ramai yang bermulut manis tetapi berperangai masam, busuk dan teruk. Kita boleh lihat gelagat mereka di sekeliling kita, saya juga berpeluang ditemukan Allah dengan mereka yang bermulut manis ini, cakap semasa di depan kita, dialah yang terbaik dan sentiasa mahukan yang terbaik, tapi hakikatnya tidak begitu. Oleh sebab kita manusia, maka secara automatik akan ada juga terselit sifat2 begitu.

Orang yang mulut manis dan pijak semut tak mati ini, jika perutnya jahat dan busuk, maka tipudaya yang dibawanya juga lebih hebat celakanya dari orang yang bermulut jahat. Anda mahu bukti? Saya tidak dapat memberi anda bukti dengan bukti dari saya tapi pasti jika anda panjang umur, anda akan bertemu dengan spesis-spesis manusia dan salah satunya jenis bermulut manis.

Lidah Biawak

Pada asalnya, kasihan juga apabila biawak yang tidak bersalah dijadikan bidalan kepada orang yang suka putar belit, tapi setelah fikir-fikir kembali ianya sekadar simbolik, maka saya gunakan juga. Simboliknya terletak pada perkataan 'bercabang'. Bercabang maksudnya dua arah. Apabila berbual dengan yang ini, versi cerita jadi begitu, tapi bila berbual dengan yang itu, versinya jadi lain pula.

Jika soal remeh, mungkin tidak membawa kesan, tapi cuba bayangkan jika ianya melibatkan diri dan maruah seseorang. Sudah tentu tindakan itu boleh mendatangkan kesan yang teruk dan dahsyat. Maruah amat-amat dijaga oleh Islam, ianya sepenting nyawa dan agama. Buat apa bernyawa tetapi tidak bermaruah dan apa guna beragama jika tiada maruah. Contoh boleh reka sendiri.

Fitnah Yang Bangkit

Bila cerita mula jadi hebat, mustahillah jika ianya tidak meniti di bibir mulut orang ramai. Fitnah pun timbul, sana fitnah sini, sini fitnah sana. Masing-masing nak mempertahankan hujah masing. Ada yang kukuh dan ada yang dangkal. Makin hari, fitnah membaham makin ramai orang yang tidak bersalah.

Asalnya seorang, lalu dikait-kaitkan dengan orang sekian-sekian, si polan-si polan makin hari makin besar, hinggalah mulut yang berbohong dan menabur fitnah ini sudah bosan berbohong atau diberi hidayat atau mulutnya sudah tersimpul kerana kesan pembohongannya kian jelas.

Jangan jadi Umno

UMNO adalah parti yang ditubuhkan atas dasar kebangsaan dan penubuhannya itu selaras dengan kehendak penjajah yang mahu meninggalkan bumi Malaysia ini kepada pengganti yang dipercayai dapat mengekalkan dasar-dasar British.

Dasar perjuangan peringkat awalnya dulu begitu murni dan tulus. Makin dewasa UMNO, makin kuat penyakit-penyakit yang biasanya hinggap pada parti-parti yang tidak menjaga kesihatan. Rasuah, salah guna kuasa, pilih bulu, sayang kroni, projek mega dan sebagainya mula menjadi barah.

Setelah melihat sakit yang melanda UMNO itu teruk, ada juga pihak yang mahu membawa virus itu ke dalam institusi mereka. Ada juga yang mahu menipu, ada juga yang mahu kroni naik walaupun kadang-kadang kroni itu tidak tahupun usaha untuk menaikkan beliau dilakukan. Layak ke, tak layak ke kroni kita itu, tak kiralah, yang penting sikap jujur yang ada pada ilmu yang kita pelajari setiap hari hampir tidak digunakan.

Lebih malang lagi, jika sandiwara kotor kita ini menyebabkan kroni yang tidak bersalah dan tidak tahu menahupun turut tercalit tahi, maka itu adalah tindakan yang jahat dan kotor dalam sejarah pengkronian. Hey brader, matlamat tak menghalalkan cara, al-ghaayah la tubarrizul waseelah, omputeh ambo tak reti.

Akhir sekali, ingatlah pepatah dari orang-orang lama, sepandai-pandai tupai menipu, akhirnya tersungkur juga pada kebenaran.

P/s :
- Kejadian ini tidak berlaku di Malaysia, ianya berlaku jauh dihujung kampung di Uganda.
- Baca artikel ini dan cuba kaitkan ditempat anda, jika ada spesis-spesis ini, maka artikel ini dituju khas buat anda dan jika tiada, jadikan artikel ini sebagai amaran kepada spesis belit yang berkeliaran di mana saja.
- Terima kasih kepada yang mencetus idea ini.
- Kepada yang memimpin, jangan tak boleh ditegur langsung. Teguran tu membawa kepada kecemerlangan, bukannya nak tikam belakang. Lagipun, saya ni tak suka tikam, lambat mati, tembak je terus, takpun langgar je. hehe.
Kepada yang berbohong, rentikanlee.. Takde pekdah apepun.
P/s : Artikel ini diambil dari blog www.benkareem.blogspot.com

Lama Kesunyian.

Asslamualaikum salam 1ukhwah,sudah sekian lama blog ni senyap sunyi tanpa berita @ artikel atas sebab-sebab yang tertentu. Salah satu sebab nya adalah study,banyak lagi sebab kalau nak disenaraikan.

Monday, October 5, 2009

Start Sem Baru KUDQI


Assalamualaikum dan salam 1ukhwah,sudah sekian lama blog ini senyap sunyi tanpa artikel yang baru-baru atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakan tetapi kini blog yang serba kekurangan ini kembali menceriakan pembaca setia blog ini. Tidak terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430h Minal Aidil Wal Faizin kepada semua pembaca setia dan umat islam di seluruh pelusuk dunia. Kini saya telah memulakan sem baru di kudqi dan selepas ini payah la sket nak update blog disebabkan kesibukan di kudqi. Mintak maaf zahir&batin atas segala kesilapan.

Thursday, September 10, 2009

Airmata seorang Nabi... kerana umat tercinta.

Airmata seorang Nabi... kerana umat tercinta.

Hayatilah duhai teman....

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak di kenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri,tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian di panggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"
Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu.Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii,ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini,mampukah kita mencintai baginda sebagaimana tulusnya cinta baginda kepada kita?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.

Selagi upaya, kuturuti ajarannya
Apa terdaya, ku amalkan sunnahnya
Rinduku padanya tiada terkira...