Monday, July 20, 2009

Lelaki Sejati


L A K I - L A K I S E J A T I
Aku bertanya pada Ibuku, bagaimanakah lelaki sejati ?
Ibuku menjawab, Nak...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang
kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang
disekitarnya...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang
lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan
kebenaran...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah
sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap
bersahabatnya pada generasi muda bangsa...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia
di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia
dihormati didalam rumah...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya
pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami
persoalan...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang
bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya
wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap
wanita yang dicintainya...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab
yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi
lika-liku kehidupan...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari rajinnya
membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia
menjalankan apa yang ia baca...

Sabar itu iman... Duit bukan kawan... Dunia hanya pinjaman... Mati tak berteman...

Erti Persahabatan

ERTI PERSAHABATAN...

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali
diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita
beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan
kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita Cuma
mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati
janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan
membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia
ternanti-nanti....
kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya???Seperti kita, dia juga
tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di
sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa
kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan
sebagai laluan penyelesaianmasalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang dirikita hingga
kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi
bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa
bimbangnya, rasa takutnya?Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia
pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup
semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh
dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya
bercerita.Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaankawan, kerana dia
juga seorang manusia;dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang,
sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan
sebagai kekuatan.Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia
ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita
sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan
seribu kekalutan,kita tidak tahu.......
tetapi jika kita cuba jadisahabat seperti dia,mungkin kita akan tahu.

Renungilah.......

Sunday, July 19, 2009

Jom Sertai Himpunan Mansuhkan ISA


Jom beramai-ramai sertai himpunan mansuhkan ISA. Sama-sama lah kita mendesak kerajaan untuk mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 hari sabtu pukul 2 petang. Sama-sama lah ikuti hipunan ini demi negara yang tercinta. Sama-samalah kita mansuhkan akta yang zalim ini.

Friday, July 17, 2009

Pengalaman Yang Tidak Akan Dilupakan

14 Julai baru-baru ni adalah tarikh lahir aku dan walaupun tidak ada orang nak raikan hari lahir aku tetapi pilihan raya manek urai meraikan hari lahir aku. Aku turut melibatkan diri dalam meraih undi di PRK 041 Manek Urai. Seawal aku sampai disitu pada pukul 9.30 pagi di SK Peria tempat terjadinya kekecohan antara PAS dan UMNO. Kekecohan berlaku pada pukul 12.30 tngah hari waktu yang amat panas. Aku rasa pada ketika itu macam sedang berperang,botol,kayu dll terbang diatas kepala aku. Aku bersama kawan seperjuangan dari kudqi hampir di tangkap oleh polis atas kejadian tersebut.



Dalam keadaan aku demam ketika itu tidak mematahkan semangat untuk berjuang. Walaupun mejoriti 65 sahaja tidak mematahkan semangat darah pejuang aku sebagai seorang pejuang muda untuk meneruskan perjuangan selepas ini.Ingatlah Islam akan terus gemilang sampai bila-bila. Ingatlah pengalaman mengajar kita menjadi matang.

Saturday, July 11, 2009

DIPOTONG TANGAN KERANA MEMBERI SEDEKAH

Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T."

Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalau memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya. Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabial suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."

Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah S.W.T."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."

Wednesday, July 8, 2009

Ciri-ciri Ansarullah

ANSARULLAH
Antara karakter Ansarullah yang layak memikul tugas membela agama Allah ialah :

Memanfaatkan potensi diri untuk agama Allah .

Sesiapa yang menggunakan penanya untuk menegakkan kalimah Allah maka dia adalah pembela Allah . Sesiapa yang menghulurkan hartanya untuk membela kebajikan kaum muslimin maka dialah Mujahid Allah .Sesiapa yang menggunakan tenaga dan fikirannya mendidik generasi Islam, jika dia mati pada jalan itu, maka dia bergelar Syahid fi Sabilillah. Sesiapa yang menunjukkan kebaikan, dia mendapat pahala sama dengan pahala orang yang mengerjakannya tanpa mengurangi pahala orang itu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa melihat kemungkaran maka ubahlah ia dengan tangannya, apabila dia tidak sanggup ubahlah dengan lidahnya, apabila ia tidak sanggup maka ubahlah dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Hadis riwayat Muslim)

Membela sesuatu fahaman tidaklah semudah yang kita bayangkan, jika kita tiada keyakinan mengenai fahaman itu dan tiada kecintaan kepadanya maka tidak akan tergerak hati kita untuk membelanya.Seperti orang yang aktif menggerakkan suatu perniagaan, untuk mendapat kejayaan, dia mesti faham selok-beloknya, mengkaji dengan penelitian tepat dan berani mencuba kerana yakin akan mendapat keuntungan berlipat ganda.Begitu pula halnya dengan orang yang berniaga pada jalan Allah . Dia mesti mengikut proses perjalanan dakwah dengan ilmu dan kepakaran, tenaga dan usaha, harta dan jiwanya untuk memenangi agama Allah .

Seperti firman Allah Taala yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah Taala sudah membeli daripada orang mukmin, diri dan harta mereka dengan nilaian syurga.” (Surah Al-Taubah, ayat 111)

Dan firman-Nya lagi yang bermaksud: “Dan apa saja kebaikan yang kamu usahakan bagi diri kamu, sudah tentu kamu akan mendapat pahalanya di sisi Allah .” (Surah Al-Baqarah, ayat 110)

Menjadikan Allah , Rasul dan orang mukmin sebagai penolong.

Ciri pembela agama Allah termaktub dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah dan Rasul-Nya serta orang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat seraya tunduk kepada Allah , dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya dan orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pendokong Allah itulah yang pasti menang.”

Seorang pembela agama menyerahkan hatinya untuk Allah , Rasul dan orang beriman. Dia tidak disibukkan dengan urusan remeh-temeh yang boleh menghabiskan masa dan tenaga. Hari-harinya diisi perbuatan bermanfaat untuk umat. Kekuatan seorang pembela agama terletak pada kuatnya ibadat kepada Allah yang disebutkan dalam ayat ini, sembahyang dan zakat.Sembahyang membekalkan tenaga rohani yang boleh melonjakkan daya kekuatan jasmani, mencerahkan pemikiran dan mententeramkan perasaan. Semua itu sememangnya diperlukan seorang yang sentiasa dicabar di atas jalan dakwah.Sementara zakat pula mendidik jiwa untuk merelakan harta, sesuatu yang paling disayangi untuk membuktikan kebenaran imannya. Kedua-dua ibadat itu tidak akan sempurna tanpa persekitaran yang baik, iaitu sokongan orang mukmin yang membentuk jemaah umat Islam.

Tidak berdukacita dengan tribulasi dakwah.

Hanya orang yang sabar menahan sakit boleh menang dalam setiap pertempuran. Bukan atas sebab siapa lebih kuat dan perkasa. Sesungguhnya jalan dakwah adalah jalan sengsara dan seksaan yang pedih. Di sana hadir penentang dan musuh yang akan memerangi syiar agama Allah . Mengapa Allah tentukan jalan sukar dilalui Rasulullah SAW untuk mendapat kemenangan? Mengapa tidak langsung diberikan kemenangan itu dengan cepat dan mudah?Ketentuan itu berlaku atas hikmah supaya pembela agama Allah diuji siapa yang paling baik amalannya dan jalan dakwah itu juga adalah suatu proses mematangkan iman seseorang. Supaya Allah mengetahui siapakah yang benar imannya dan siapakah berdusta.Sudah ramai yang terkorban di jalan Allah , ada juga menyerah kalah dan meninggalkan jalan-Nya ataupun terseleweng dengan matlamat lain untuk kepentingan diri sendiri. Siapakah pembela yang istiqamah?

Al-Quran menjanjikan kemanisan bagi kita yang teguh dalam perjuangan. Firman Allah Taala yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang menyatakan: Tuhan kami ialah Allah dan kemudian meneguhkan pendirian mereka maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: Janganlah kamu berasa takut dan janganlah kamu berasa sedih dan bergembiralah dengan memperoleh syurga yang dijanjikan Allah kepada kamu.” (Surah Fussilat, ayat 30)

Tuesday, July 7, 2009

GUNUNG MENANGIS TAKUT TERGOLONG BATU API NERAKA


Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah pergi bersama-sama dengan Nabi Muhammad S.A.W. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat berita ajaib yang menjadikan tetapi hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut. Peristiwa pertama adalah, bahawa Rasulullah S.A.W akan mendatangi hajat yakni mebuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il, "Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata; Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya baginda akan mengambil air wuduk dan buang air besar."

Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon suda tumbang dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar baginda S.A.W selesai dari hajatnya. Maka Uqa'il kembali ke tempat pohon-pohon itu.

Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus dan setelah mencari air ke mana pun jua namun tidak ditemui. Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib, "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan, "Jika padamu ada air, berilah aku minum!"

Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan baginda itu. Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan fasihnya, "Katakanlah kepada Rasulullah, bahawa aku sejak Allah S.W.T menurunkan ayat yang bermaksud : ("Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu dari (seksa) api neraka yang umpannya dari manusia dan batu)." "Aku menangis dr sbb takut kalau aku m’jd batu itu maka tidak ada lagi air padaku."

Peristiwa yang ketiga ialah, bahawa ketika Uqa'il sedang berjalan dengan Nabi, tiba-tiba ada seekor unta yang meloncat dan lari ke hadapan rasulullah, maka unta itu lalu berkata, "Ya Rasulullah, aku minta perlindungan darimu." Unta masih belum selesai mengadukan halnya, tiba-tiba datanglah dari belakang seorang Arab kampung dengan m’bawa pedang terhunus. Melihat org Arab kampung dgn membawa pedang terhunus.

Melihat orang Arab kampung itu, Nabi Muhammad S.A.W berkata, "Hendakl mengapakah kamu terhadap unta itu ?"
Jawab orang kampungan itu, "Wahai Rasulullah, aku telah membelinya dengan harta yang mahal, tetapi dia tidak mahu taat atau tidak mau jinak, maka akan kupotong saja dan akan kumanfaatkan dagingnya (kuberikan kepada orang-orang yang memerlukan)." Rasulullah S.A.W bertanya, "Mengapa engkau menderhakai dia ?" Jawab unta itu, "Wahai Rasulullah, sungguh aku tidak menderhakainya dari satu pekerjaan, akan tetapi aku menderhakainya dari sebab perbuatannya yang buruk.. Kerana kabilah yang dia termasuk di dalam golongannya, sama tidur meninggalkan solat Isya'. Kalau sekiranya dia mahu berjanji kepada engkau akan mengerjakan solat Isay' itu, maka aku berjanji tidak akan menderhakainya lagi. Sebab aku takut kalau Allah menurunkan seksa-Nya kepada mereka sedang aku berada di antara mereka."

Akhirnya Nabi Muhammad S.A.W mengambil perjanjian orang Arab kampung itu, bahawa dia tidak akan meninggalkan solat Isya'. Dan baginda Nabi Muhammad S.A.W menyerahan unta itu kepadanya. Dan dia pun kembali kepada keluarganya.

Saturday, July 4, 2009

[[IKHTILAT IKHWAH DAN AKHAWAT, SEKSISKAH KITA???]]

Assalamua'laikum.. secebis peringatan buatmu yg bergelar daie daeiyah...

IKHTILAT IKHWAH DAN AKHAWAT, SEKSISKAH KITA???

Persoalan mungkin, ikhtilat(percampuran) IKHWAH dan AKHAWAT, Bagaimana dengan kita?. Sesungguhnya menjadi kewajipan bagi seseorang muslimin-muslimat yang beriman kepada Allah dan Rasul itu menjauhi ikhtilat yang haram antara lelaki dan perempuan. Hendaklah seorang wanita itu apabila telah cukup ilmu dan fahamnya dan terlibatnya di dalam dakwah untuk memastikan dirinya jauh dari ikhtilat (percampuran lelaki-perempuan) yang bukan mahramnya. Perlanggaran batas-batas pergaulan muslimin-muslimat masih terjadi dan hal ini mungkin disebabkan kerana :

1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan.
2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.
3. Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan.
4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.

Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna-warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol front Islam namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak fokus pada pemahaman dan amal. Aktivis sekular tidak lagi segan dengan kita!!!Seorang ustaz bercerita bahawa ada aktivis sekular yang berkata kepadanya, “ Ustaz, dulu saya respect pada Islamic student, pakai tudung labuh, berkopiah kerana pandai menjaga pergaulan muslimin-muslimat, namun kini mereka sama saja dengan kami. Kami jadi tak segan lagi.Ungkapan aktivis sekular di atas memalukan kita selaku jundi-jundi yang ingin memperjuangkan agama-Nya. Menjaga pergaulan lelaki-perempuan memang bukanlah hal yang mudah kerana fitrah lelaki adalah mencintai wanita dan demikian pula sebaliknya. Hanya dengan keimanan yang kukuh dan mujahadah sajalah yang membuat seseorang dapat istiqomah menjaga batas-batas ini. Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini

1. Tidak Menundukkan Pandangan ( Gadhul Bashar )
Bukankah ada pepatah yang mengatakan, “ Dari mana datangnya cinta ? Dari mata turun ke hatiâ€. Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, “Ah, tidak perlu gadhul bashar, yang penting kena jaga hatilâ Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil “warak berbungkusâ€.




2. Couple
Duduk berdua di taman-taman, tepi-tepi malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama meeting ditempat2 yang mencurigakan. Walaupun kebanyakan masyarakat pelajar Azhar mahupun masyarakat arab tidak mempedulikan sebegini kerana menganggap ustaz-ustazah yang berduaan ini sedang berdiskusi tentang Islam dan tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.

3. Chop awal-awal Untuk berkahwin
Bagaimana, ustazah? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang.†Akhawat belum tamat belajar sehingga dicop seorang ikhwah untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan ke tanah air. Bukankah Nabi sallahu Alihi Wasallam sendiri melarang kita daripada chop awal atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara keduanya takut-takut terjerumus kekancah maksiat. Justeru, mana mungkin hubungan suci suami isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan.

4. Telefon Tidak "Urgent"
Menelefon dan berborak tidak tentu arah yang tidak ada nilainya sama ada soal pengajian mahupun atau soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, ana gusar apa akan kita jawab dihadapan Allah nanti. Apa yang lebih malang, kita selaku daei, ulamak dan harapan masyarakat di luar sana sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen pengubah masyarakat, harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku

5. SMS Tidak "Urgent"
Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan da’wah, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melempiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.

6. Berbicara Mendayu-Dayu
Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki. Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula. Jadilah mukmin yang â€کgentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.


7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak "Urgent"
YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal2 penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah kemana dan tidak fokus pada da’wah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku. Firman Allah Subhanahu Wataala : Rasulullah s.a.w bersabda,
Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan. (HR. Ahmad)

Penutup
Ikhtilat Ikhwah dan Akhawat, seksiskah kita? Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau "ikhtilat" di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa. Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan hariannya dengan kaum Adam. Ini kerana "ikhtilat" yang melanggar batas2 syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di dalam kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri. Jadilah lelaki yamg mampu membela dan memimpin kaum hawa ke jalan yang membawa mereka ke syurga.

Bukankah sekiranya kita sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama2 memperoleh syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit lumpur yang natijahnya adalah neraka. Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, Ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat sama?. Jangan sampai suatu masa anak cucu kita mentertawakan dan menghukum kita lantaran salah laku yang kita adakan hari ini. Wallahu alam.

Friday, May 1, 2009

Jauh Perjalanan Banyak Pengalaman

Jauh perjalanan banyak pengalaman,inilah yang berlaku pada aku.Aku masih study di kolej universiti darul quran islamiyyah.Baru-baru ni di kolej aku berlakunya cuti pertengah semester kedua dan Lajnah Sukan dan Kebudayaan mengambil kesempatan menganjurkan jaulah ilmiyyah ke empat buah negeri iaitu Perlis Indra Kayangan,Kedah Darul Aman,Perak Darul Ridzuan dan Selangor Darul Ehsan dan penyertaan nya seramai 100 orang mahasiswa/wi.

Di Perlis Indra Kayangan,destinasi yang pertama adalah di rumah Tokwan student kolej juga.Dirumah Tokwan kami singgah sebentar untuk makan tengah hari yang di sediakan oleh keluarganya sendiri.Dstinasi yang kedua ialah Padang Besar.Disini tempat membeli-belah yang bersempadan dengan negara Thailand,aku mendapati kebanyakan peniaga disini bukan warganegara Malaysia.Apabila aku sampai di sebuah kedai aku lihat peniaga itu seperti tidak mahu beri pelanggan nya lepas dari gengaman peniaga tersebut.

Pasukan Bola Sepak Dari KUDQI


Di negeri Kedah Darul Aman,destinasi yang pertama adalah Kolej Islam Darul Ulum yang diasaskan oleh Almarhum Al-fadhil Ustaz Fadhil Mohd Nor.Apabila saja kami sampai disitu aku terkejut dengan sambutan mereka terhadap kami.Kami di layan dengan baik disitu dan pihak majlis perwakilan mahasiswa kolej islam darul ulum mengadakan perlawanan bola sepak antara KUDQI dan KIDU.Destinasi kedua ialah di Kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Alor Star,dan kami diberikan penerangan tentang negeri Kedah Darul Aman yang diperintah dibawah kerajaan pakatan rakyat.Destinasi yang ketiga ialah Muzium padi di Gunung Keriang.

Penulis Blog Di Hadapan ZOO TAIPING


Di negeri Perak Darul Ridzuan,kami pergi satu destinasi sahaja iaitu ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI.Banyak binatang yang agresif pada waktu malam.





Ustaz Nik Mohd Nor Bersama Ayahda Ustaz Mohd Zain


Di Selangor Darul Ehsan,destinasi pertama ialah di Institut Pengajian Al-Azhar (IPA).IPA adalah cawangan pertama KUDQI.Disitu kami adakan perjumpaan bersama pentadbiran IPA iaitu Ayahda Al-fadhil Ustaz Mohd Zain.Destinasi kedua ialah ke PWTC pesta buku antarabangsa,disitu aku tertarik dengan 2 buah buku iaitu yan pertama Kisah cinta Dalam Al-quran karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (mursyidul AM PAS) dan yang kedua Bidadari Dari Timur karangan zaujah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Destinasi kedua di rumah akhi Abdul Muhaimin (Penulis Blog) untuk makan tengah hari. Destinasi terakhir ialah di rumah Sabky Latif (penulis salah satu ruang dalam harakah),disitu kami beramah mesra bersama beliau.foto oleh Benkareem

Saturday, February 28, 2009

PMRAM Sebagai Wadah Perjuangan Pelajar Malaysia Di Mesir





1. Muqaddimah
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir sebagai sebuah Persekutuan Pelajar-pelajar Melayu Al-Azhar merupakan wadah pergerakan pelajar semenjak ia ditubuhkan sama ada ia sebagai medan pelajar yang berhubung langsung dengan aktiviti pembelajaran, begitu juga ia sebagai sebuah pergerakan pelajar Islam yang mengambil berat perkembangan Islam semasa dan melibatkan dirinya secara langsung dalam menangani permasalahan ummah. Berasaskan kepada faktor-faktor ini, di samping usianya yang tua dan pengalamannya yang luas, ia merupakan satu-satunya wadah yang sesuai dan utama bagi pelajar Al-Azhar dahulu dan sekarang.

2. Perjuangan Pelajar
Pelajar selaku pemuda-pemuda generasi pemimpin masa hadapan dan lapisan masyarakat Islam yang paling kuat serta penggerak pembangunan negara yang paling utama, sentiasa mempunyai peranan yang besar dalam menentukan arah dan masa depan ummah sepanjang zaman. Pengaruh pelajar sebagai golongan pendesak ini juga dipanggil sebagai kuasa pelajar (student power).

Firman Allah SWT (Surah Yunus ayat 83)


Maksudnya: "Tidak ada yang beriman kepada Musa a.s. melainkan pemuda-pemuda dari kaumnya dalam keadaan takut bahawa Firaun akan menyeksa mereka

Seterusnya, dalam masyarakat Islam pelajar yang paling berpengaruh dan berperanan besar dalam menentukan perubahan ummah adalah lapisan pelajar-pelajar agama. Kenyataan ini disebut oleh Al-Quran di dalam surah At-Taubah ayat 122 yang menekankan tanggungjawab pelajar-pelajar agama ialah sentiasa memastikan masyarakat apabila berlaku sebarang penyimpangan dari jalan yang lurus. Semua ini adalah merupakan tugas-tugas dakwah yang perlu dilaksanakan oleh para penuntut ilmu selaku warasatul Anbiya'.

3. Ulamak Sebagai Pewaris Para Anbiya'

Tugas sebagai warasatul Anbiya' merupakan tugas yang luas dan menyeluruh sepertimana tugas para Anbiya' khususnya para Rasul a.s. Sekiranya kita membaca dan meneliti Al-Quran dan Sunnah kita akan mendapati bahawa tugas para Anbiya" dan Rasul di antara lainnya meliputi tugas:

1.Menyampaikan risalah
2.Melaksanakannya sebagai suatu cara hidup dan peraturan ayng berkuatkuasa atau "Tanfizul Hukmi" (تنفيذ الحكمى)
3.Menjatuhkan hukuman

Oleh itu, Baginda Rasulullah SAW bukan sahaja bertugas menyampaikan risalah Islam yang meliputi penerangan tentang keadilan Islam, keburukan perbuatan zalim dan lain-lain melaui penyampaian ilmu dan nasihat tetapi Baginda juga bertindak selak ketua negara. Oleh itu, peranan yang menyentuh soal keperluan makanan dan minuman, pakaian serta tempat tinggal, keselesaan dan keamanan rakyat sebagai suatu dasar pembangunandahulunya telah dilaksanakan oleh para Anbiya' dan Rasul a.s. Ia bukanlah satu tugas ahli politik dan pembangunan seperti yang difahami pada hari ini. Syariat Islam sendiri seperti yang dibawa oleh Rasulullah SAW telah cukup menjadi bukti tentang perkara ini. Seterusnya, baginda Rasulullah SAW juga telah bertindak menjatuhkan hukuman dengan mengarahkan supaya tangan pencuri dipotong dan tangan baginda Rasulullah SAW sendiri pernah merejam wanita yang berzina. Oleh itu, ia bukanlah seorang tugas hakim atau seorang pun seorang potong tangan dan penali gantung semata-mata. Selanjutnya Rasulullah SAW juga bertindak sebagai polis yang memeriksa penguatkuasa undang-undang dan syariat Islam. Hal ini seterusnya dilaksanakan oleh para khulafak Ar-Rasyidin di dalam kitab
القول المبين في معاملة بين الاجانب والمسلمين , Al-Marhum Syeikh Muhammad Hussain Makhluf menerangkan bahawa:
فقد كان عمر رضى الله عنه يمر بفجاج المدينة ليرقب أحوال الأمة ويطوف الأسواق وبيده الدره التى يضرب بها, ويقول؛لابيع في سوقنا الا من تفقه والا الربا شاء أو وكان على كرم الله وجهه يمر سوق الكوفة ومعه الدر، ويقول ؛ يا معشر التجار خذوا الحق وأعطوا الحق تسلموا……………

Dengan itu, tugas Rasulullah SAW bukanlah semata-mata menyentuh soal sembahyang, puasa, zakat dan haji malah ianya mencakupi seluruh aspek kehidupan. Berdasarkan ini semua, kita dapat memahami bahawa tugas para pewaris nabi yang sebenar adalah suatu tugas yang sangat luas dan mencabar. Fahaman bahawa peranan ulamak atau ahli agama hanya terbatas dalam soal-soal ibadah dan kerohanian dqan tidak meliputi soal-soal kenegaraan دع مالقيصر بقيصر وما لله لله adalah fahaman orang-orang kafir tentang peranan paderi mereka dan bukan fahaman Islam tentang peranan ulamaknya. Dalam hal ini Imam Malik rahimullah sebagai seorang ulamak telah menunjukkan contoh warasatul Anbiya' yang sebenarnya.
وكان الامام مالك رضى الله عنه ياءمر الأمراء فيجمعونله التجار والسوقة ويعرجونهم عليه، فاذا وجدواحدا منهم لايفقه أحكام المعاملات ولايعرف الحلال والحرام فيها اقامة من السوق وقال له تعلم أحكام البيع والشراء تم اجلس فى السوق فان من لم يكن فقبها أكل الرباء شاء أو أبى.

Nas ini menunjukkan kepada kita bagaimana Imam Malik sebagai ulamak menyentuh secara langsung dalam soal perjalanan ekonomi negara dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang ulamak. Nas ini juga menunjukkan bagaimanakah seharusnya islamisasi dan pengislahan ekonomi negara patut dilakukan. Kita ingin bertanya sejauh manakah para ahli agama telah memahami hakikat tugas dan peranan mereka ini dan kita juga ingin bertanya bagaimanakah kedudukan ulamak dalam struktur pemerintahan negara hari ini dan bagaimanakah pengislahan atau islamisasi ekonomi negara dan masyarakat dapat dilaksanakan di dalam sebuah negara yang menolak panduan syariat-syariat Islam dalam kehidupan manusia.

4. Membentuk Generasi Ulamak Yang Berperanan Semula

Sesungguhnya, membiarkan sektor-sektor kehidupan masyarakat Islam di urus dan dikendalikan mengikut aturan, ukuran dan nialaian golongan kafir dan menolak panduan Allah SWT adalah merupakan sebab utama berlakunya kelemahan dan kedhaifan umat Islam sepanjang zaman. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 120:

Sabda Rasulullah SAW:

اللهم لا مانع لما أعطيت ولا معطى لما منعت ولا ينفع الجد ذا الجد

Oleh itu, membentuk kembali generasi ulamak yang berperanan sebagai waris para Anbiya' dan yang mengetahui peranan cara melaksanakannya adalah merupakan pra syarat kepada sebarang langkah pembaharuan yang bermakna atas umat Islam. Hakikat yang menjadi nyata apabila dihubungkan kepada peranannya dalam gerakan Islam sebagai saf yang telah diamanahkan untuk memimpin dan menerajui dakwah Islamiah. Tanpa pengislahan ke atas golongan ulamak, umat Islam akan terus berada dalam kelemahan dan kebangkitan Islam akan mengalami kebuntuan.

5. Perubahan Dari Dalam

Untuk mewujudkan dan melaksanakan pengislahan ini, ia mestilah bermula dari kalangan para ulamak sendiri. Ini haruslah perlu berlaku dari peringkat yang paling asas iaitu pada zaman pembentukan ulamak atau dengan lain perkataan di zaman pelajar. Firman Allah SWT dalam surah Ar-Ra'du ayat 13:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Iaitu Tuhan tidak akan merubah keadaan mereka, selama mereka tidak merubah sebab-sebab kemunduran mereka.

Dalam hal ini golongan penuntut agama hendaklah mewujudkan sebuah gerakan pembaharuan dari kalangan mereka sendiri. Gerakan yang dapat menjadi wadah kepada usaha-usaha pembaharuan dan peningkatan serta penempatan semula pelajar agama dan ulamak di tempat mereka yang sebenarnya. Gerakan seumpama ini perlulah dapat dicorakkan dan dibentuk menurut aspirasi sebenar golongan pelajar-pelajar agama berpandukan kepada syariat Allah SWT. Ia hendaklah dapat diarahkan menurut rencana-rencana pengislahan yang berhubung langsung dengan pelajar agama. Ia mestilah merupakan organisasi dan gerakan yang dapat menjadi model yang memberikan gambaran sebenar keduduakn dan peranan para ulamak, ia mestilah menjadi wadah yang menjadi medan golongan pelajar agama menyuburkan bakat dan kepakaran mereka sebagai pelajar agama. Ia juga menjunjung tinggi aspirasi pelajar-pelajar agama dan ulamak dengan berpandukan kepada peribadi-peribadi dan pengalaman-pengalaman para ulamak silam yang telah berjasa besar kepada Islam. Untuk merealisasikan cita-cita in golongan pelajar-pelajar agama mestilah menjadi teras kepada organisasi dan pergerakan mereka, di mana mereka bebas untuk membentuk dan mencorakkannya bagi melahirkan corak pembaharuan yang dikehendaki.

6. Kepentingan PMRAM

Selepas kita telah mendapat gambaran yang terang berhubung keperluan para pelajar agama kepada suatu organisasi atau gerakan pelajar agama yang murni serta menjunjung tinggi idealisme penuntut-penuntut agama dan ulamak-ulamak Islam dalam rangka untuk melahirkan pengislahan dan pembaharuan yang bermakna, maka kita akan dapat melihat sejauh manakah kepentingan PMRAM dan perannya dalam menjayakan matlamat ini.

Sesungguhnya kelahiran PMRAM sebagai sebuah pertubuhan dan pergerakan pelajar Malaysia di Universiti Al-Azhar adalah sebenarnya merupakan hasil cetusan penuntut-penuntut agama dari keinginan mereka untuk memainkan peranan yang lebih luas sebagai golongan warasatul Anbiya' . Ini jelas tergambar dalam aktiviti PMRAM sepanjang penubuhannya selama 63 tahun. Ia merupakan aktiviti yang cemerlang meliputi aspek pembelajaran, sosial, ekonomi dan politik antarabangsa. Apa yang membanggakan penubuhan PMRAM sebagai sebuah ikatan Mahasiswa Melayu Islam Al-Azhar yang lahir pada tahun 1930 turut sama dipengaruhi cita-cita dan menjunjung perjuangan Pan Islamism yang menjadi slogan perjuangan Isalm pada ketika itu (selepas kejatuhan Khulafa' Othmaniah). Ia merupakan suatu cita-cita dan perjuangan yang dicetuskan oleh Al-Marhum Syed Jamaluddin Al-Afghani dan didokong bersama oleh Al-Marhum Syeikh Muhammad Abduh bekas reaktor Al-Azhar. Cita-cita ini merupakan seruan kepada umat Isalm yang telah kehilangan tempat bernaung , (Khulafak’Othmaniah) supaya terus berjuang untuk mewujudkan negara-negara Islam bersatu tanpa mengira bangsa, keturunan dan tanahair. Hakikat ini tergambar di dalam aktiviti-aktiviti PMRAM (pada ketika itu PPS):

Menyokong penubuhan ikatan pelajar-pelajar Indonesia yang menuntut kemerdekaan negaranya

Turut sama dalam tunjuk perasaan dalam menentang Inggeris keluar dari bumi Mesir.

Bekerjasama menubuhkan satu gabungan emapt serangkai bagi merapatkan hubungan dan memadukan tenaga perjuangan pelajar-pelajar Malaysia, Indonesia, Filipina dan Siam.

Menghantar dua wakil ke kongres "Pemuda Isalm" yang diadakan di Karachi

Menggabungkan diri dalam persatuan pelajar-pelajar Kongres Islam yang berpusat di Kaherah

Mendaftar 65 pemuda Melayu menjadi askar sukarela menentang pencerobohan tiga serangkai iaitu, Perancis dan Israel. Mereka yang tidak berkesempatan telah mendermakan darah dan pelajar puteri membantu menjahit pakaian tentera dan lain-lain lagi.

Kesemua ini merupakan fakta yang terang dan saksi yang jujur atas fungsi PMRAM semenjak penubuhannya telah menjadi organisasi pelajar Malaysia di Al-Azhar yang disegani dan telah menjadi wadah perjuangan Islam yang mereka bawa pada ketika itu. Rahsia keutuhannya adalah berpunca dari hakikat PMRAM sebagai cetusan hatu nurani dan suara batin seluruh penuntut-penuntut agama di Universiti Al-Azhar dahulu dan akan datang. Suatu rahsia yang tidak dimiliki oleh pertubuhan yang lain. Hakikat ini telah membentuk anggotanya dengan sikap yang matang, mengutamakan kemaslahatan ummah lebih dari mereka sendiri dan bersedia untuk memikul perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh golongan pelajar di zaman ini.

Ujian Dan Halangan

Kedatangan dan kamunculan pertubuhan-pertubuhan baru dari luar yang berlatarbelakangkan dan berteraskan golongan bukan pelajar agama, jauh sekali mendokong tinggi aspirasi dan perjuangan pelajar-pelajar agama dan para ulamak sepanjang zaman, begitu juga usaha-usaha untuk menguasai dan menghalang aktiviti-aktiviti yang digerakkan, tidak akan dapat memperagui keutuhan dan kegemilangan PMRAM selaku persatuan dan organisasi yang menjadi milik penuntut-penuntut Al-Ahar dan sebagi wadah perjuangan mereka di zaman ini.

Penutup Dan Kesimpulan

Kini yang menjadi kewajipan generasi baru Al-Azhar ialah mempertahankan organisasi mereka. PMRAM dan meneruskan perjuangannya untuk melahirkan ulamak yang berwibawa serta berperanan sebagai warasatul Anbiya’ . Sesungguhnya keperluan pelajar-pelajar Malaysia di Al-Azhar pada zaman ini menuju kepada suatu organisasi pelajar yang utuh adalah lebih mendesak berbanding pada zaman silam. Oleh itu, adalah amat penting kepada kita supaya menghayati kembali peringatan Rasulullah SAW yang sangat bermakna di medan Uhud.

مكانكم انتصرنا أو انكسرنا

Tuesday, February 17, 2009

Adakah Tidur Di Bilik Sendiri Tanpa Baju Satu Kesalahan???Elizabeth Wong Tidak Perlu Letak kan Jawatannya Sebagai EXCO Kerajaan Negeri Selangor

SHAH ALAM, 17 Feb: "Adakah tidur tanpa baju di bilik tidur sendiri satu kesalahan?" tanya anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya berikutan isu gambar terdedah Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.
Bagi beliau, jika dengan gambar itu sahaja, Exco kerajaan negeri Selangor itu tidak perlu meletakkan jawatannya kerana ia bukan kesalahan.

Yang bersalah adalah pihak yang menceroboh ruang peribadi beliau (bilik tidur), mengambil gambar dan seterusnya menyebarkannya kepada pihak yang tidak layak untuk melihat gambar itu, kata Khalid.

"Lainlah kalau berbogel di khalayak ramai," kata Khalid.

Bagi Khalid, orang ramai tidak perlu pergi lebih jauh dari isu itu dan tidak perlu membuat andaian yang bukan-bukan dalam hal ini.

"Ada yang menambah dan mengatakan ini bukti kurangnya moral kerana pasti YB Eli mempunyai hubungan seks dengan orang yang mengambil gambarnya.

"Itu sekali lagi andaian dan sekiranya YB Eli seorang Islam, nak dituduh zina sebegitu, pihak penuduh perlu membawa 4 orang saksi. Kalau tiada, diam! Andaian-andaian tak main. Boleh jatuh kazaf," tulis Khalid lagi.
Bahkan, katanya, dalam Islam jika ada pengakuan zinapun orang yang membuat pengakuan sahaja yang terlibat bukan temannya.

"Itu kaedahnya terhadap orang Islam. Tetapi, YB Eli bukan seorang Islam," katanya.

Bagi Khalid, kalau Eli dipaksa atau didesak meletak jawatan, maka mereka yang menganiayanya akan mencapai kehendak mereka.

"Dan kerajaan Selangor kehilangan seorang yang (setakat mana saya tahu) menjalankan tugasnya dengan dedikasi," katanya.

Kenyataan Khalid, salah seorang AJK Biro Politik PAS Pusat ini datang bersama dengan kenyataan Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun.
Mei Fun berkata, Wanita MCA mengecam keras tindakan mereka yang terlibat mengambil gambar tanpa kebenaran dan seterusnya menyebarkan gambar itu.
Sebelum ini, anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali juga mengecam tindakan ini.

Thursday, February 12, 2009

Sifat-sifat seorang pemimpin yang perlu ada samada dalam memimpin jama’ah atau memimpin peperangan.

1. Pimpinan ketua terhadap orang-orang di bawahnya

Di antaranya :

1. Hendaklah memulakan "kebaikan" ma'aruf daripada dirinya sendiri.
2. Tidak bersikap angkuh dan sombong. Boleh jadi ada orang-orang lain yang lebih baik daripadanya di bidang ilmu dan pimpinan .
3. Bersikap adil iaitu sentiasa meletakkan sesuatu ditempatnya .
4. Bersimpati dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh orang-orang di bawah jagaannya dan menyelesaikannya dengan cara yang baik.
5. Dan bagi seseorang majikan hendaklah "membayar upah sebelum kering keringat pekerjanya".
6. Seorang pemimpin yang bersifat mesra rakyat.

2. Pimpinan ketua tentera seperti yang dipesan oleh Saidina Abu Bakar r.a.

1. Bilamana kamu datang kepada perajurit kamu janjilah kepada mereka dengan kebaikan. Bila kamu berjanji penuhilah janji tersebut.
2. Perbaikilah dirimu, nescaya orang-orang di bawahmu menjadi baik .
3. Jika datang kepadamu utusan musuh muliakanlah kedudukan mereka, janganlah mereka itu terlalu dikawal, biarlah mereka bebas sedang mereka tidak mengetahui rahsia kedudukanmu.
4. Jangan biarkan orang lain bercakap dengan utusan musuhmu, kamu sendirilah yang bertutur dengan mereka.
5. Jangan jadikan rahsiamu sama dengan perkara yang tidak rahsia, nescaya gagal tugasmu.
6. Sekiranya bermesyuarat selidikilah berita nescaya berhasillah mesyarat itu.
7. Sekiranya sampai sesuatu berita musuh kepadamu hendaklah kamu rahsiakan dahulu sehingga kamu menyelidikinya . Jangan hebohkan berita tersebut kepada tenteramu. Hendaklah bersiap sedia.
8. Banyakkanlah pemeriksaan mengejut terhadap perajuritmu siang dan malam.
9. Berilah semangat bila bertemu dengan tenteramu. Janganlah kamu pengecut nescaya yang lain akan menjadi pengecut.

Sunday, February 8, 2009

Mengapakah mesti terjadinya rusuhan di Kuala Kangsra???

Kemarahan jelata sudah tidak dihiraukan, apa yang penting rancangan jahat mereka berjalan. Semoga Allah melaknati mereka yang zalim, tidak kira siapa, pemimpin, ulama', raja, polis dan siapa sahaja.

ولا تركنوا للذين ظلموا فتمسكم النار

"Janji Allah tidak pernah termungkir"

Mengapakah mesti terjadinya rusuhan di Kuala Kangsra???Siapakah yang bersalah,Raja atau Rakyat???

jikalau berlaku nya pembubaran semesti nya tidak berlaku rusuhan di Kuala Kangsar.Mengapakah Dato' Sri Najib Tun Razak mesti memperlakukan rakyat Perak seperti di Palestin??? Dato' Sri Najib Tun Razak zalim sperti Israel dan Zionis....

Monday, January 19, 2009

Jangan Kita Lalai Dengan Kemenangan,Bertasbih & Istighfar Bila Dikurniakan Kemenagan

Salam Islah,

Debaran menantikan keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu akhirnya berakhir jua dengan kemenangan kepada PAS. Pimpinan dan petugas PAS masing-masing menarik nafas lega bersama kalimah syukur dan tahmid kepada Allah SWT yang telah mengurniakan kemenangan kepada pejuang agamanya.

Firman Allah SWT :

“Dan tidaklah kemenangan itu melainkan dari sisi Allah yang Maha Perkasa lagi Bijaksana” surah Ali ‘Imran : 126

Kemenangan Pas menunjukkan bahawa rakyat semakin serius menolak UMNO dan BN yang sudah sangat tidak relevan lagi untuk memimpin Malaysia. Rakyat dapat melihat dengan mata hati mereka bahawa keruntuhan negara dan kemusnahan masa depan mereka adalah berpunca daripada UMNO dan BN yang sangat tidak beramanah dan korup. UMNO sudah hilang arah tujuan dalam memimpin negara. Orang buta tidak boleh memimpin orang celik mencari arah jalan yang betul. Walau mungkin mereka (si buta) menghafal jalan yang akan dilalui namun mereka tidak akan setepat orang yang celik. UMNO buta kebenaran sehingga cahaya Al Quran pun tak dapat menolongnya. Inilah akibat menolak Al Quran dan panduan Islam yang syumul di dalam perjuangan UMNO.

Kemenangan juga bererti bertambahlah tanggungjawab dan semakin berat amanah yang dipikul dan tergalas di bahu. Seronok dan gembira dengan kemenangan adalah lumrah dan fitrah kita sebagai manusia. Allah SWT memerintahkan kita supaya meraikan kemenangan dengan bertasbih kepada Allah SWT dan memohon keampunan dari Allah SWT. Mengucap tasbih ketika meraikan kemenangan adalah kerana kemenangan itu dari Allah dan memohon keampunan ketika dikurniakan kemenangan adalah kerana kemenangan adalah amanah dan tanggungjawab, melalaikannya adalah dosa dan kesalahan besar di sisi Allah SWT. Moga Allah SWT memberikan kekuatan dan pertolongan kepada kita.

Betapa besarnya harapan umat dan rakyat kepada PAS. Mereka meletakkan harapan ini kepada sebuah jamaah Islam yang teguh dengan dasar Islamnya. Mereka yakin dengan Islam yang menjadi acuan perjuangan PAS. Mereka percaya dengan amanah dan jujurnya kepimpinan PAS. Oleh itu, setiap agenda peribadi dalam perjuangan suci ini mesti dijauhkan dan ditolak sepenuhnya. Berjuang untuk jamaah dan umat adalah tuntutan terbesar perjuangan ini. Kewujudan agenda peribadi hanya akan merosakkan dan membinasakan.

Ingat , Allah sedang memerhatikan kita dan rakyat sedang menilai kemampuan kita.

Saturday, November 22, 2008

Ya ALLAH Rezekikan KAMI SYAHID Di JALANMU

Di sini saya sertakan beberapa keping gambar yang menceritakan segala-galanya tentang perjuangan mereka memburu syahid. Jika ditanya kepada saya sebelum ini, saya lebih senang untuk berdiam diri dan kadang kala saya menjawab mereka lebih faham tentang kondisi mereka di Indonesia dan mereka tentu mempunyai sebab tertentu sewaktu merancang pengeboman di Bali dulu.

Mereka hanya tenang sahaja menghadapi saat-saat kematian.Kerana mereka tahu mereka menghadapi saat-saat kematian yang di redhai oleh Allah S.W.T.Lihat lah ketenagan muka-muka mereka yang saya serta kan di atas.Mereka tidak langsung merasakan gementar pada saat-saat kematian mereka itu.

Apa yang mereka lihat? Apa yang mereka nampak? Adakah telah terpampang dihadapan mereka syurga abadi disamping kelibat bidadari milik mereka telah melambai-lambai untuk menyambut kedatangan wira masing-masing?Mari lah kita azam kan diri kita untuk menemui syahid di jalan Allah S.W.T.Bersama-samalah kita berdoa moga Allah menemukan syahid keatas kita khusus nya ummat islam.


وَلاَ تَقُولُواْ لِمَنْ يُقْتَلُ فِي سَبيلِ اللّهِ أَمْوَاتٌ بَلْ أَحْيَاء وَلَكِن لاَّ تَشْعُرُونَ


"dan janganlah kamu menyangka bahawa mereka yang gugur dijalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup dan kamu tidak menyedarinya"

Azamkanlah di dalam diri kita untuk mati syahid. Hebatkanlah tekad kita untuk menafkahkan jiwa kita ke jalannya. Gunakanlah segenap tenaga dan setiap ruang yang ada untuk menaikkan kalimah Allah. Jika dengan cara berperang, maka berperanglah. Jika belajar, maka belajarlah. Jika melalui penampilan, maka gunakanlah. Jika melalui pekerjaan, maka bekerjalah. Apa yang penting, bawalah Islam bersama-sama. Seeru Ala BarakaatiLlah.Semoga Allah memakbulkan doa kita.

Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar..

Friday, November 21, 2008

BELAJAR DARI TARIQ BIN ZIYAD DALAM PR

BELAJAR DARI TARIQ BIN ZIYAD DALAM PAKATAN RAKYAT

Dalam masa dua hari sahaja, aku berjaya mengkhatamkan buku setebal 242 muka surat, yang membicarakan satu lagi sejarah hidup seorang pahlawan Islam yang agak terkenal, iaitu Tariq bin ziyad.

Membaca buku itu, aku agak tertarik dengan perjuangan panglima perang tersebut. Lebih-lebih lagi, perjuangan beliau itu seakan-akan menyamai situasi PAS dalam menghadapi perjuangan Islam dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Malaysia.

Jika diperhatikan kepada sejarah perjuangan Tariq bin Ziyad, didapati perjuangan membuka andalusia atau kini dikenali sebagai sepanyol adalah disebabkan dendam rakyat andalusia kepada pemerintah mereka yang bernama Roderiga yang berbangsa Gotik yang terlalu zalim terhadap rakyatnya.

Ekoran dari kebencian inilah, menyebabkan salah seorang dari panglima perang kepada Roderiga yang bernama Julian beragama kristian, telah berjumpa dengan wakil Khalifah Islam[1] di Afrika bernama Musa bin Nusair bagi menggulingkan kerajaan Andalusia.

Pertemuan antara Julian dan Musa bin Nusair itu melahirkan satu keputusan bahawa tentera Islam akan pergi menyerang pemerintah Andalusia demi memberikan keadilan kepada rakyatnya, walaupun rakyat andalusia tidak beragama Islam.

Pihak Musa bin Nusair pun bermesyuarat, yang akhirnya melahirkan satu keputusan bahawa Tariq bin Ziyad perlu dilantik menjadi panglima perang dalam menggulingkan Roderiga, walaupun jika dirujuk kepada salsilah Tariq bin Ziyad, beliau adalah seorang budak suruhan dan dari bangsa Barbar yang bukan dari keturunan arab.

Maka bermulalah permusafiran Tariq bin Ziyad ke Andalusia yang ditunjuk jalankan oleh seorang yang bukan beragama islam, iaitu Panglima Julian.

SERANGAN BERMULA

Jika diperhatikan dalam sejarah perjuangan tariq bin Ziyad dalam menguasai Andalusia (sepanyol), didapati serangan bersenjata yang dilancarkan hanya beberapa kali sahaja. adapun yang lain, penguasaan terhadap sesuatu daerah di Andalusia, semuanya disebabkan dakwah Islamiyyah yang disampaikan oleh Tariq bin Ziyad, dengan menceritakan islam dalam bentuk yang sebenar, disamping akhlak Islam yang ditunjukkan oleh tentera Islam kepada masyarakat Andalusia.

Apabila serangan mematikan kekuasaan Roderiga sudah berjaya, menyebabkan kekuasaan itu hendak disambung oleh salah seorang Panglima Rideriga yang bernama Goted.

Ceuta yang menjadi tempat terletakkanya istana roderiga telah berjaya di kuasai oleh tentera Islam, menyebabkan Goted telah lari keluar dari Ceuta dan berlindung dibawah daerah andalusia yang lain.

Di sana Goted menyusun strategi bagi mengalahkan tentera Islam, tetapi ternyata gagal, apabila rakyat meraka dari daerah lain agak tidak mahu menerima mereka disebabkan mereka amat terkenal sebagai pemerintah yang terlalu zalim.

Keadaan menjadi lebih menggerunkan lagi kepada Goted, apabila masuknya tentera Islam ke dearah-daerah dibawah kekuasaan Andalusia, menyebabkan ramai rakyat andalusia memeluk Islam ekoran melihat akhlak Islam yang ditunjukkan oleh Tentera Islam pimpinan Tariq bin Ziyad, juga penerangan Islam yang dilakukan secara serius oleh Tariq bin Ziyad sendiri.

Bukan sekadar itu sahaja, bahkan sebelum Tariq bin Ziyad meninggalkan sesuatu daerah, Tariq mengarahkan tenteranya mengajar ilmu peperangan kepada sesuatu daerah yang telah diislamkan, agar mereka dapat menyelamatkan diri dikala datang tentera goted untuk menyerang mereka.

Apa yang menarik dari kisah Tariq bin Ziyad, sebelum Tariq bin Ziyad menguasai sesuatu daerah, beliau tidak terus masuk ke daerah-daerah tersebut, tetapi terlebih dahulu berhenti bermalam di sempadan daerah. Kemudiannya, beliau akan menghantar wakilnya yang bernama Julian, iaitu seorang yang tidak beragama Islam agar mempengaruhi rakyat dalam daerah tersebut bagi menggambarkan kehadiran tentera Islam bukanlah mahu berperang, tetapi hanyalah mahu memberikan keadilan kepada manusia sejagat.

Disebabkan Julian seorang yang bijak berkata-kata, menyebabkan rata-rata rakyat terpedaya dengan kata-katanya, dan apabila tentera Islam pimpinan Tariq bin Ziyad masuk, ternyata kata-kata Julian itu benar, menyebabkan ramai rakyat dalam daerah-daerah di Andalusia tertarik dengan Islam dan akhirnya memeluk Islam dan mereka mengislamkan daerah-daerah yang mereka duduki itu.

PKR ADALAH JUNCTION

Meneliti kisah ini, aku beranggapan beberapa watak-watak dari kisah Tariq bin Ziyad ini dapat diberikan perhatian dalam usaha hendak mengislamkan negara yang tercinta ini, iaitu Malaysia.

Padaku, watak Julian ini boleh diletakkan kepada PKR, kerana golongan ini adalah golongan yang merupakan jambatan antara kita dari PAS untuk berjumpa dengan Non Muslim, sama ada dari PKR sendiri atau dari DAP dalam menyampaikan Islam.

Apabila dilihat, sokongan rakyat kepada Kerajaan Pakatan Rakyat pada pilihanraya ke 12 baru-baru ini, kita dapati, ianya bukanlah kerana mereka mengerti dan memahami Islam, tetapi lebih kepada mereka benci dengan BN yang terlalu zalim. Keadaan ini agak sama berlaku dalam kerajaan Andalusia pimpinan Roderiga, yang menyebabkan salah seorang panglima roderiga sendiri, iaitu julian yang telah berjumpa dengan Musa bin Nusair untuk menggulingkan kerajaan Andalusia pimpinan Roderiga ekoran kezaliman yang telah dilakukan.

Cumanya, disebalik kebencian rakyat terhadap BN ini, PAS yang memegang watak sebagai Tariq bin Ziyad, sewajibnya mengambil sikap mengambil segala peluang yang ada dalam menyampaikan Islam, menunjukkan akhlak-akhlak islam kepada rakyat, agar mereka akan memilih Islam bahkan memeluk Islam.

PENUTUP

Setelah membaca buku Kisah perjuangan tariq bin Ziyad, aku merasakan banyak perkara yang perlu kita ambil pengajaran dari kisahnya itu, terutama dalam usaha mengislamkan negara kita ini, Malaysia.

Memang tidak dinafikan, kisah pejuang-pejuang islam bukanlah dalil, tetapi dalam sesuatu keadaan, Islam menyuruh kita mempelajari dan mengambil pengajaran dari orang-orang lama.

Sabda Nabi SAW:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

Maksudnya;
”Barangsiapa yang melalui jalan orang lalu dalam mendapatkan ilmu, nescaya Allah akan memudahkannya jalan menuju ke Syurga[2]”

Sekian,

Diambil dari blog;

Al-Bakistani
http://one-g.blogspot.com

abu_abdillah_azzam@yahoo.com

Monday, October 6, 2008

"Saya budak baru belajar.."

Salam Perjuangan, Salam Muhibbah, Salam Revolusi..

Transisi merupakan perubahan yang berlaku melalui beberapa peringkat. Contoh yang mudah untuk saya bawakan ialah transisi umur manusia. Daripada bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. Bagi saya transisi ini berlaku dalam setiap agenda kehidupan individu. Bukan hanya perubahan umur sahaja, tetapi juga perubahan mentaliti dan gaya pemikiran.

Saya sudah lupa berapa umur blog saya yang tak seberapa ini. Pada awalnya saya hanya cuba-cuba. Daripada permulaan 'cuba-cuba' yang nampaknya sedikit berjaya, saya 'cuba-cuba' pula untuk membuat posting. Ia bergantung kepada apa yang saya alami dan lalui saat itu. Blog saya awalnya memang banyak artikel yang membicarakan tentang cinta. Ya, ia merupakan aspek kehidupan. Kemudian bila ada pembaca yang mengkritik blog saya dengan berkata "Kenapa blog ni asyik paparkan benda-benda tentang cinta je? Apa sebenarnya penulis nak sampaikan?"

Kemudian saya sedikit marah. Saya berkata dalam hati "Suka hati la, ni blog aku yang punya". Saya ego, tidak menerima kritikan. Tetapi itu ialah apa yang saya lalui. Lama kelamaan saya terfikir untuk membuat sedikit revolusi. Ubah blog template dan sebagainya. Nampak sedikit perubahan. Masa itu saya lebih gemar bicara soal Muslimah. Blog template saya ketika itu pun berwarna pink!

Lalu, zaman terus mengubah saya. Tika saya berjinak-jinak dengan tugas Dakwah dan Madrasah Tarbiyyah, saya kemudian banyak memaparkan artikel tentang dakwah dan tarbiyyah. Jelas, itulah apa yang saya lalui saat itu. Lagi, ketika saya diamanahkan dengan tanggungjawab kepimpinan, lalu saya cuba menyelongkar dan menaip artikel tentang itu.

Mentaliti dan cara berfikir saya terus berubah masa demi masa. Ya, universiti dan aktiviti kampus mematangkan saya. Aktiviti outdoor(di luar bilik kuliah) lebih banyak membantu saya. Dengan keterlibatan saya dengan program-program MPP & JTK yang agak mampat saat itu, saya melatih diri saya berfikir lebih jauh. Dan hingga kini, saya benar-benar merasakan saya adalah seorang mahasiswa.

Ya! Mahasiswa perlu berfikir dan berubah. Masa demi masa, peringkat demi peringkat. Proses perubahan, tidak kira dalam jangka masa panjang atau pendek, ia sangat dituntut. Malah, banyak perkara di dalam Islam berlaku peringkat demi peringkat ; seperti penurunan wahyu.

Saya sedih dengan segelintir mahasiswa, memperlihatkan ceteknya gaya mereka berfikir. Teringat suatu hari, pensyarah bahasa Inggeris saya memberi arahan, "Sila tulis 2 masalah yang membebankan kamu, yang kamu hadapi sebagai seorang pelajar. Buat dalam kumpulan ya".

Saya sengaja biarkan rakan-rakan yang lain berfikir dan berbincang dan saya ketika itu hanya diam saja. Sengaja saya mahu lihat gaya pemikiran dan idea mereka.

Ada yang memberi idea,
"Haa, apa kata kita buat pasal masalah ni. Tentang cinta."

Ada yang begini,
"Ada seorang lelaki lembut ni dan dia selalu diejek dengan panggilan 'Sotong'. Dia rasa tertekan, dan inilah antara punca dia terus begitu."

Ada pula yang begini,
"Ada seorang perempuan ni. Dia dan bakal suami dia nak kahwin tapi dia masih belajar. Bla.. Bla.. Bla.. "

Aduh! Saya saat itu tidak tahu nak memberi respon yang bagaimana. Semua idea tak kena dengan jiwa saya. Hati saya memberontak,
"Ah, cuba la korang fikir pasal masalah ummat ke.."

Namun saya tetap memberi respon ketika teringat bahawa mereka ialah sasaran mad'u. Moga Allah bantu mereka.

Saya menyeru, ayuh mahasiswa!

Bangkit dari kepompong itu,
keluarlah dari belenggu itu,
kau bisa menggegar dunia dengan akalmu!

Namun, saya masih belajar dan aktiviti pembelajaran saya tidak pernah berhenti hingga saya meninggalkan alam ini. Saya masih muda untuk bicara soal perjuangan. Tidak seperti Tun Dr Mahathir, tidak seperti Perdana Menteri, bukan juga seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz, malah, tidaklah seperti Dato' Seri Anwar Ibrahim. Nyata bahawa mereka lebih bijak mencatur agenda perjuangan dalam jalan yang berbeza. Nyata bahawa mereka lebih berpengalaman. Siapalah saya..

Maka pada hemat saya, saya perlu bimbingan yang efektif dan berpanjangan. Saya masih muda dalam arena ini, perlu sokongan yang jitu. Jika tidak, amat mudah untuk saya jatuh pabila saya melalui jalanan berduri nanti. Oleh itu, saya mengharapkan ilmu daripada sesiapa saja yang sudi memberi, dan saya sangat gembira menerima.

"Besar tapak tangan, nyiru saya tadahkan.."
"Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.."


Di ambil dari blog:

www.islamcintaku.blogspot.com

MAHASISWA:Mampukah kembali menggugat?

Lipatan sejarah telah membuktikan cubaan untuk menerobos benteng yang menyekat dikala ramai yang terkandas di tubirnya merupakan suatu usaha berani. Golongan mahasiswa yang sanggup mendepani cabaran walaupun sedikit jumlahnya perlu diberikan ruang untuk menyatakan aliran pemikiran, merencana idealisma mahupun gagasan baru yang dibawa mereka. Kesediaan mereka untuk bersama dalam suatu gerakan massa adalah perlakuan terpuji yang sudah lama terkubur dalam sejarah panjang perkembangan negara.


Mahasiswa sebegini merintis jalan baru dalam pertumbuhan minda belia seusia mereka. Mereka membuktikan bahawa gaya hidup tipikal belia semakin menampakkan perubahan. Tiada lagi yang memasang angan untuk hidup berdua di galaksi bersama sang kekasih mahupun yang pernah mengimpikan untuk menggapai bulan bagi membuktikan rasa cinta kepada si jantung hati. Mahasiswa kontemporari lebih gemar dengan wacana Islami (dalam konteks mahasiswa Islam) dan turut sama merasai denyut nadi masyarakat di sekeliling mereka.
Mahupun begitu, keberadaan mahasiswa di tengah gelora masyarakat kadangkala dilihat sebagai masalah. Suara mereka adakalanya terlalu lantang mendesak dan langsung tidak boleh digula-gulakan walaupun sedikit. Lantaran itu pergerakan mereka disekat dan langsung diterima oleh semua dengan alasan mahasiswa adalah golongan harapan yang perlu mempastikan mereka diulit oleh buku dan bersedia menghadapi peperiksaan.

Akhirnya, mahasiswa yang mulanya lantang mencanang pelbagai isu tentang hak, keadilan dan kebenaran, solidariti, kesamarataan serta kelangsungan masyarakat akan turut mati. Ia punah dan lebur dalam himpitan cita-cita dan tanggungjawab. Pembelajaran mereka di universiti pula bolehlah dianggap sebagai hanya mengisi masa lapang. Tanpa sedar, mereka telah mengabaikan amanah yang menuntut mereka menyatakan yang hak dan menyanggah yang batil.

Nilainya juga hilang diterbangkan ribut yang melanda masyarakat seputarnya. Mereka akhirnya akan dinilai sama seperti belia-belia biasa yang lebih suka terhenjut-henjut menikmati bingit muzik, tenggelam dalam budaya hedonisma. Mungkin juga mereka akan turut serta memeriahkan konsert-konsert di pesta tahun baru dan entah apa lagi wabak yang telah bernanah dan berulat dalam kalangan belia tanpa ambil peduli tentang dunia sekelilingnya.

Ketika sekularisme (pemisahan antara agama dan keduniaan) begitu parah, mahasiswa harus kembali kepada teras. Mereka bukanlah golongan yang lemah dan merelakan permasalahan bermaharajalela di depan mata. Mahasiswa juga tidak harus semata-mata menentang. Mereka juga perlu menyumbang. Sewajarnya idealisma yang jitu perlu diterjemahkan melalui pendekatan yang holistik dan realistik, perjuangan politik nilai harus terus dihiasi dengan konsistensi kekal dalam mainstream masyarakat agar status quo mahasiswa sebagai pressure group dan front liner kepada rakyat dapat direalisasikan. Tetapi dalam proses itu adakah mereka akan bangkit kembali atau mampukah mereka menggugat?-Azlan Zainal


“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu berdukacita,padahal kamulah orang-orang yang tertinggi(kedudukannya di sisi Allah) jika kamu orang yang benar-benar beriman.”- 'ali imran; 139

MPP UiTM jumpa Khalid

Shah Alam, 22September - Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim mengotakan janjinya untuk bertemu pimpinan MPP UiTM berhubung isu membuka 10% tempat di IPTA tersebut untuk bukan Melayu.

Perjumpaan yang diadakan di Kediaman Rasmi MB tersebut dihadiri 6 orang dari MPP UiTM termasuk Presiden Luqman Nul Hakim di samping Datuk Dr. Mohammed Ariffin Aton yang terlibat mengasaskan UKM di samping menjadi CEO Sirim sebelum ini, YB Dr. Halimah Ali (Exco Pendidikan dan Modal Insan), YB Dr. Dzulkifli Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor / Pengarah Pusat Penyelidikan PAS) dan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Selepas program tersebut, Khalid menjadi tuan rumah kepada lebih 200 mahasiswa dari seluruh Selangor untuk berbuka puasa, solat Maghrib, makan malam dan solat Tarawikh.
Masing-masing meluahkan pandangan mereka secara telus dan terbuka.Khalid di dalam pertemuan tersebut menegaskan Bumiputera generasi ini perlu memikirkan bagaimana memperkasakan daya saing mereka, dan bukan sekadar memikirkan untuk membuka tempat kepada pelajar bukan Bumiputera tempatan, malah pelajar antarabangsa. Beliau menggunakan contoh kejayaan UIAM dalam isu ini di samping pencapaian profesional Melayu di Dubai.

Dr. Ariffin pula menegaskan bahawa melontarkan pandangan tersebut bukan bermakna Kerajaan Negeri anti-Melayu. Ini turut disokong oleh Dr. Dzulkifli yang menyifatkan amatlah malang kenyataan tersebut disensasikan oleh BN bagi menghadapi pilihan raya kecil Permatang Pauh. Jika tidak, ia membuka peluang untuk satu wacana yang benar-benar konstruktif untuk menilai apakah langkah yang perlu diambil untuk kita bergerak ke depan.

ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan dalam pertemuan tersebut bahawa Kerajaan Negeri menyambut secara terbuka pandangan berbeza yang diberikan mahasiswa, tetapi berharap semangat ini diperkembangkan untuk perkara lain, bukan isu ini semata-mata. Apatah lagi isu ini diperhangatkan oleh media, sedangkan komen asal Dr. Halimah cumalah bagi menjawab persoalan yang dilontarkan wartawan. Beliau juga meminta semua jangan membiarkan emosi bermaharajalela tetapi menggunakan akal dan hujah untuk menilai jamak pandangan.

Di pihak pelajar UiTM, mereka memberi beberapa pandangan - antaranya masanya belum sesuai dan juga ada cara lain yang boleh digunakan untuk mencapai objektif yang sama.
(sumber : niknazmi.com)

Wednesday, August 27, 2008

Teka-teki selama ini telah terjawab...

26 Ogos 2008 telah terjawab segala persoalan dan teka-teki oleh rakyat Malaysia di mana kemenangan DSAI yang telah diduga oleh penyokong dan pendokong PR selama ini.

Media utama yang menjadi alat dan balaci UMNO saban hari menimbulkan teka-teki dan fitnah terhadap PR khususnya DSAI sehingga ianya telah menjadi tanda-tanya kepada rakyat apakah tindakan berani Say Fool melakukan 'mubahalah' iaitu sumpah laknat kununnya beliau di pihak yang benar kerana perbuatan sumpah tersebut berani berdepan dengan laknat Allah swt supaya dilihat benar oleh sebahagian masyarakat khususnya orang UMNO yang menjadikan media bangang kuli balaci UMNO sebagai kiblat dan rujukan.

Pengakuan berani Ust Ramlang Porigi mestilah diberi pujian kerana pastinya dia akan berhadapan dengan risiko besar iaitu kemungkinan tekanan dari UMNO dan kemungkinan beliau akan di buang kerja. Syabas ust Ramlang! Bukan macam ulama pengampu UMNO yang dengan begitu tergesa-gesa tanpa menilai dan mengkaji mengatakan bahawa sumpah Say Fool adalah benar. Alangkah rendahnya maruah mereka..Nakhaie, mufti Wilayah.. sanggup sengkongkol dengan pembawa fitnah.

Media balaci UMNO berperanan sebagai penyerang barisan hadapan UMNO dengan peluru-peluru yang disumbatkan oleh UMNO yang menyorok di belakang mereka. Bermula dari tuduhan Liwat DSAI, kemudian Mubahalah Sayfool sehari sebelum penamaan calon kemudian dibesar-besarkan dengan menemuramah ulamak-ulamak pengampu supaya rakyat percaya, kemudian penangkapan dua orang Exco Kerajaan Negeri Perak kerana kununnya terlibat dengan rasuah dan penyalah gunaan kuasa supaya menjejaskan sokong rakyat kepada DSAI pada PRK Permatang Pauh.

Saya rasa UMNO masih lagi tercari-cari dan teraba-raba mencari peluru untuk menambahkan sokongan rakyat kepada mereka dan mencari jalan untuk memecah belahkan kesepaduan PR. Lihatlah ezam dengan roadshow murahan terhegeh-hegeh ke sana kemari semata-mata mencari publisiti murahan supaya rakyat berpaling dari menyokong PR. Begitu juga menghasut ahli PAS dengan mengungkit perbuatan DSAI semasa dalam UMNO yang menyerang PAS. Ezam juga adalah alat dan peluru UMNO bagi mengelirukan rakyat dengan propaganda murahannya. Insyaallah ahli PAS kebanyakannya memahami Islam dan kita mesti ada satu sikap positif iaitu sifat pemaaf yangmana ini adalah suatu sikap yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw dalam dakwah baginda.

Kemenangan DSAI sebagai calon PKR pada PRK Permatang Pauh sebagai menjawab segala persoalan rakyat. Rakyat sudah jemu dengan janji manis UMNO BN, rakyat sudah semakin cerdik dan tahu memilih pemimpin yang mereka yakini kebenarannya. Rakyat tidak perlu digula-gulakan dengan tawaran dan janji palsu dan tidak dikelabukan dengan taburan fitnah oleh media kuli UMNO.

Sebenarnya media seperti TV3 dan RTM lah penyebab kepada kekalahan teruk UMNO BN pada PRU 12 dan PRK Permatang Pauh. Semakin TV3 dan RTM 1 menyebar fitnah semakin bertambah sokongan rakyat kepada PR.Teruskanlah wahai wartawan TV3 dan RTM...jadi alat kepada pemimpin UMNO, sebenarnya peranan kamu memenangkan PR dan kempen untuk PR.

Penutup

Sesungguhnya senjata UMNO semakin tak mengena, peluru sentiasa tersasar, apa yang dibuat serba tak kena. Ini adalah sebagai suatu isyarat bahawa tidak lama lagi UMNO BN akan jatuh dan tersungkur. Kita saksikan tidak lama...lagi. Insyaallah.